Showing posts with label resepi roti naan. Show all posts
Showing posts with label resepi roti naan. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Roti Naan Bersama Ayam Tandoori Untuk Dinner

Hi Korang,

Citer makan-makan lagi.

Bini malas masak memang cam tu, jawabnya asyik ke kedai jelah kan.

Lately ni aku bukan malas masak but balik keje selalu nau lambat. Sejak-sejak bekerja dalam kereta ni ke sana kemari mensettlekan errands office ni balik rumah pun dah tak menetu masa. Rasanya kucing-kucing aku Dak UBAN dengan ABG NIN tu mesti membebel asyik balik lambat je kan.

So dinner yang paling senang sekali adalah makan kat kedai mamak.

Semuanya cepat dan murah plak tuh.


Selalu yang akan aku order ialah ROTI NAAN bersama AYAM TANDOORI.

Selain daripada ringkas dan cepat, malah berkhasiat plak tuh. Yelah sebab masak tak pakai minyak kan, semuanya bakar/panggang je bagai kan.


Apa itu Roti Naan? (cilok dari google.com)

Roti nan adalah roti yang dibakar dalam tempayan dengan menggunakan haba dari arang. Roti nan agak lembut, dan tak berminyak, which is baik untuk kesihatan berbanding roti canai. Roti ini membekalkan karbohidrat, jadi ia alternatif yang baik kalau korang tak mahu makan nasi.


Apa itu ayam tandoori? (cilok dari google.com)

Ayam Tandoori ialah sejenis ayam yang dipanggang/ dibakar dengan menggunakan suhu yang tinggi dalam tandoor (bermaksud oven tanah liat), namun terlebih dahulu telah diperap dengan yogurt dan rempah Tandoori Masala (terdiri daripada campuran rempah “garam masala”, bawang putih, halia, jintan, cili cayenne, perahan limau, dan beberapa rempah yang lain).

Apmacam, terbaek ooo

Harga tak de lah mahal pun tak sampai pun RM10.00 untuk 2 hidangan ni. Kalau roti nan korang kosong je tak de flavour kira murah sket, kalau berperisa garlic la, cheese la memang mahal sket. Ayam Tandoori standard harga RM5 - RM6 sepiring.

Banyak plak aku membebel ek, padahal nak citer pasal dinner je ni. Dah melalut ke laut plak. Memang nampak sangat perangai food blogger tu terbawak-bawak kan, semua nak citer.

Ni terikut-ikut foodblogger Hazman la ni, asyik citer pasal makan je kan hahahahahahhahaha

Makan jelah kalau dah suka..