Showing posts with label indah water. Show all posts
Showing posts with label indah water. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

Mari Sertai Selfie & Wefie Photo Contest ‘IWK & I’ Sekarang Jugak

Hi Korang,

Tengah buat apa tuh?

Haruslah tengah baca blog comot Cik Lily Putih ni kan hehehehhe

Ni nak habaq mai nie, ada berita baik untuk kaki-kaki selfie di luar sanaaaaa..


IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd) ada menganjurkan satu peraduan yang sangat mudah untuk disertai iaitu ---> IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015. Untuk pengetahuan semua peraduan ini terbuka ye kepada semua rakyat Malaysia dan ianya adalah tertakluk pada syarat-syarat seperti di bawah :-

Syarat IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

1. Haruslah warganegara Malaysia. Semuanya warga Malaysia layak menyertai kecuali kakitangan IWK.

2. Peserta boleh selfie ataupun wefie di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang sedang bertugas.

3. Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Tempoh Peraduan :-
1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Minggu 1 : 1 – 7 Disember 2015
Minggu 2 : 8 – 14 Disember 2015
Minggu 3 : 15 – 21 Disember 2015
Minggu 4 : 22 – 28 Disember 2015

Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Oh ya. pemenang mingguan akan dipilih dan seorang sahaja pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’

Cara Penyertaan
Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui email iwkcontest@gmail.com dan sertakan bersama :

Nama 
Nombor Telefon 
Alamat 
Lokasi gambar 
Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil

Hadiah Pemenang:-
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera

Ada sebarang pertanyaan boleh shoot email ke iwkcontest@gmail.com.

Segala maklumat lanjut mengenai peraduan boleh layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau FB Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms

Dah ler tuh.. apa tunggu lagi kan. Pi cer-cepat amik smartphone korang dan berselfie ek

Jom sama-sama menyokong IWK yang begitu komited dalam merawat air negara kita demi kesejahteraan semua 

#iwkselfie2015 
#iwkcleantheunseen
#blooggersmedia