Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label IOI City Mall Putrajaya. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

SEMANGAT KETABAHAN DALAM PAMERAN THE BEST OF YOU 2015

Hi Korang,

Kempen “The Best of You 2015” anjuran Julies untuk tatapan korang


Kini mungkin adalah waktu yang agak mencabar kepada negara kita, tetapi rakyat Malaysia tidak mudah mengalah. Ketabahan pada waktu kesusahan merupakan semangat di sebalik “The Best of You 2015”. Pergerakan “The Best of You” dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada tahun lalu oleh pengeluar biskut terkenal, Julie’s. 


Tahun ini, kami ingin memberi pengiktirafan kepada semangat kental rakyat Malaysia yang berjaya mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dan menampilkan diri yang terbaik mereka secara berterusan. Kesimpulannya, “The Best of You 2015” adalah mengenai penghargaan, keberanian dan ketabahan pada saat-saat kesusahan.


Pada awal tahun ini, Pergerakan “The Best of You 2015” menyeru kepada orang ramai supaya menghantar dan berkongsi kisah peribadi berunsur inspirasi serta pengalaman menampilkan diri mereka yang terbaik melalui laman sesawang www.thebestofyou.my dan juga melalui pameran mini di sekitar Lembah Klang, Kolej New Era, Kolej Antarabangsa KBU, Mines Shopping Centre, Sunway Pyramid dan SACC Mall. Ramai yang menghantar kisah mereka melalui pelbagai pendekatan kreatif termasuklah tulisan, seni dan reka bentuk, fotografi, klip video dan muzik. Sambutan terhadap pameran ini amat baik. Sejumlah 2200 buah kisah yang penuh dengan mesej penghargaan serta menyentuh hati telah kami terima. 


“The Best of You adalah berdasarkan penghargaan dan pengiktirafan yang ringkas dan sejagat. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk kisah yang mengharukan, menginspirasikan serta memberikan tenaga positif,” kata Encik Sai Tzy Horng, penasihat dan jurucakap The Best of You. “Pameran merupakan satu pentas yang ideal untuk berkongsi semangat pergerakan ini melalui hasil karya orang awam, tokoh-tokoh, mereka yang berbakat serta organisasi yang menyokong namun turut mendapat inspirasi daripada pergerakan ini.”

Wednesday, January 7, 2015

Akibat Tak Sarapan Pagi..

Hi Korang,

Breakfast memang penting ooo

Kalau tak makan rasa cam tak boleh nak fikir betul. Itu yang jadi mengamuk je bila drive nak pi keje kan, segala orang dia nak di honk kuat..

Ishkk tak elok tuh

Tengok ni…


Hari tuh masa cuti, memang tak de mood nak masak kan. Tambahan plak Mr Big keja plak. Lagilah perasaan meronta-ronta tak nak masuk dapur. So lepas siap housekeeping terus keluar berjalan. 

Dengan tak de arah tujuan, terus ke IOI City Mall

Kedai pun baru nak bukak, aku dah sibuk nak pi makan breakfast kan.

Pusing punya pusing nak plak ada restoran TAPPERS yang dah lama bukak untuk breakfast . ermm apalagi terus masuk, duduk dan order. Malas nak fikir panjang.

English breakfast uolls, nah makan jelah.


Sedap dan berkhasiat jugak bagi aku. Kira cam seimbanglah kan. Sekali sekali tukar selera, kalau tak asyik roti tampal je kan.

Lepas makan tu, terus tawaf dari atas sambil kebawah dan masuk Tesco pi beli barang dapur untuk masak tengahari tu ek. Singgah plak HomePro beli barang DIY, masuk Sephora beli lipstick ermm memacamlah.

So apa tujuan entry ni? 

Cuma nak bagitau breakfast tu penting sebelum buat sesuatu perkara. Kalau tak breakfast jadi cam aku ni lah, tak boleh nak berfikir betul. Cuba kalau aku breakfast kat umah confirm aku tak kuar umah langsung hari tuh , dapat jimat duit...hahahhahahhaha

Memang mengarut dah CikLilyPutih ni ek

Tapi agak remeh jugak kan nak buat english breakfast kat umah, banyak bahan nak guna. Baik pi makan kat kedai jelah kan..

ok chow..