Showing posts with label ‘The Best Of You’ Movement. Show all posts
Showing posts with label ‘The Best Of You’ Movement. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

SEMANGAT KETABAHAN DALAM PAMERAN THE BEST OF YOU 2015

Hi Korang,

Kempen “The Best of You 2015” anjuran Julies untuk tatapan korang


Kini mungkin adalah waktu yang agak mencabar kepada negara kita, tetapi rakyat Malaysia tidak mudah mengalah. Ketabahan pada waktu kesusahan merupakan semangat di sebalik “The Best of You 2015”. Pergerakan “The Best of You” dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada tahun lalu oleh pengeluar biskut terkenal, Julie’s. 


Tahun ini, kami ingin memberi pengiktirafan kepada semangat kental rakyat Malaysia yang berjaya mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dan menampilkan diri yang terbaik mereka secara berterusan. Kesimpulannya, “The Best of You 2015” adalah mengenai penghargaan, keberanian dan ketabahan pada saat-saat kesusahan.


Pada awal tahun ini, Pergerakan “The Best of You 2015” menyeru kepada orang ramai supaya menghantar dan berkongsi kisah peribadi berunsur inspirasi serta pengalaman menampilkan diri mereka yang terbaik melalui laman sesawang www.thebestofyou.my dan juga melalui pameran mini di sekitar Lembah Klang, Kolej New Era, Kolej Antarabangsa KBU, Mines Shopping Centre, Sunway Pyramid dan SACC Mall. Ramai yang menghantar kisah mereka melalui pelbagai pendekatan kreatif termasuklah tulisan, seni dan reka bentuk, fotografi, klip video dan muzik. Sambutan terhadap pameran ini amat baik. Sejumlah 2200 buah kisah yang penuh dengan mesej penghargaan serta menyentuh hati telah kami terima. 


“The Best of You adalah berdasarkan penghargaan dan pengiktirafan yang ringkas dan sejagat. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk kisah yang mengharukan, menginspirasikan serta memberikan tenaga positif,” kata Encik Sai Tzy Horng, penasihat dan jurucakap The Best of You. “Pameran merupakan satu pentas yang ideal untuk berkongsi semangat pergerakan ini melalui hasil karya orang awam, tokoh-tokoh, mereka yang berbakat serta organisasi yang menyokong namun turut mendapat inspirasi daripada pergerakan ini.”

Wednesday, November 5, 2014

FIZO OMAR & Pameran Julie ‘The Best Of You’ Movement

Hi Korang,

Ini kira first time aku hadiri kempen bersama Julie’s, alah pengeluar biskut tu kan.


‘The Best Of You’ Movement telah dilancarkan oleh Julie's, pengeluar biskut yang terkenal, di Malaysia dan Singapura pada 1Jun2014. Ia adalah satu pergerakan kesedaran sosial untuk meraikan wira setiap hari.


Tujuan kempen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada pencapaian dan detikpenting setiap hari tanpa mengira betapa besar atau kecil sumbangan tersebut.

Kempen ini menggesa orang ramai mengemukakan dan berkongsi karya peribadi yang memberi mereka inspirasi dari segiindividu, perkara menarik atau pengalaman yang telah menampilkan yang terbaik dalam diri mereka melalui Iaman web www.thebestofyou.my.

Para peserta digalak agar mengemukakan sumbangan menerusi pelbagai pendekatan kreatif termasuk menulis, seni dan rekabentuk, fotografi atau filem dan muzik. Kira-kira 1,000 penyertaan ‘The Best Of You’ Movement telah dimuat naik oleh peserta dariMalaysia dan Singapura.

Penyertaan mereka diberi pengiktirafan dalam Pameran ‘The Best Of You’ yang telah pun diadakan di The Curve, Petaling Jaya, dari 28 Oktober hingga 2 November 2014 minggu lepas.


Untuk mempengaruhi atau menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam acara ini, para "influencer" atau jurucakap berpengaruh akan menerajui cerita terbaik melalui Facebook.


Para 'influencer' termasuk pelakon Fizo Omar, hos TV Owen Yap, juara dunia harmonika Aiden dan Evelyn, jurugambar profesionalterkenal Faizal Tan Sri Mustafa, DJ radio Sophia Chin, penyanyi Peggy Lai beserta penglibatan daripada tiga kolej swasta .


lnstitut termasuk Kolej Era Baru, Kolej One World Hanxing dan Akademi Kulinari Cilantro juga melibatkan kerjasama Persatuan FotoWartawan Malaysia, Persatuan Rumah Caring Kajang dan House of Hope and Light.


"Kebanyakan tindakan yang tampaknya kecil dan pencapaian dalam kehidupan kita yang sering diabaikan serta dilupakansebenarnya mempunyai impak besar," kata Sai. 

"Kesemua ini mewakili usaha terbaik kami dan berasal dari cinta yang kita ada untuk kehidupan. Kita semua sepatutnya meluangkan masa untuk menghargai usaha dan prestasi dalam diri kita sendiri dan oranglain."


Mehlah kita tengok beberapa karya hasil mereka-mereka yang terpilih di ‘The Best Of You’ Movement ni.














Memang menarik karya-karya dan cerita yang di pertandingkan. Kalau aku jadi judge, rasanya semua aku nak bagi hadiah kan..

Anyway, thank you Julie's for the invite!