Monday, May 15, 2023

Lot Parcel Resindensi Terakhir di Tiara Sendayan

Hi Korang,

Seperti sedia maklum perumahan Tiara Sendayan adalah sebuah perbandaran premium terletak bersebelahan 6,272 ekar tanah pegangan bebas kelas pertama Bandar Sri Sendayan yang ianya terletak di Lingkaran Lembah Klang Besar di Seremban Barat.


Setelah pelbagai jenis perumahan yang telah di perkenalkan di Tiara Sendayan ini dan ianya mendapatkan sambutan yang hebat dan habis terjual kini tibalah ke perumahan yang terakhir yang mana ianya terletak berhampiran dengan berhampiran dengan segala-galanya yang memenuhi gaya hidup penduduk dan lokasi ini merangkumi kemudahan runcit yang luas, hub pendidikan, rekreasi luar, taman gaya hidup, Bazar Makanan, Stesen Minyak dan banyak lagi.

Pihak Matrix Concepts membina perbandaran dengan kemudahan terbaik seperti Tiara Biz, Central Park seluas 12 ekar, Stesen Minyak, Medan Tiara, Matrix Global Schools dan Rumah kelab d'Tempat

Semua perkara di atas telah siap dan sedia berkhidmat untuk para penduduknya.

Selain daripada kemudahan yang pelbagai, Matrix Concepts mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam Tiara Sendayan dan fasa sebelumnya telah dijual sepenuhnya sejak 2018, adalah bukti bahawa produknya diterima dengan baik.


Kini Matrix Concepts memperkenalkan lot kediaman terakhir di Tiara Sendayan. Lokasi kediaman ini dikelilingi oleh persekitaran yang menghijau dan kalau korang yang tahu yang kisah kejayaan fasa terdahulu adalah bukti di mana mereka telah meletakkan pemikiran yang sewajarnya untuk memastikan yang terbaik disediakan di kawasan perumahan sebelum ini serta memahami keperluan pasaran untuk menjadikannya projek yang berjaya dan diterima dengan baik oleh orang ramai. Berdasarkan pengalaman ini, mereka telah melakukan yang terbaik untuk pelancaran baharu ini.

Ini merupakan peluang terakhir bagi korang mahupun mereka di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan.


Sedikit info kak lily kongsikan kepada korang mengenai perumahan terakhir ini yer

a) Presint 14C3-A&B ialah petak kediaman teres terakhir di Tiara Sendayan

b) Tiada lagi 1 atau 2 tingkat pada masa hadapan.

c) Ini adalah peluang terakhir untuk memiliki siri rumah tiara.

d) Presint akhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas di dalam presint & rumah.

e) Cukup Hidup dengan keperluan harian

Lot kediaman yang terakhir bakal terdiri daripada 336 unit di atas tanah pegangan bebas. Kediaman indah ini di datangkan dengan saiz lot 20' x 65' hingga 20' x 75' dan binaan untuk satu tingkat bermula dari 1,056 kaki persegi. reka bentuk yang dilanjutkan sepenuhnya dan dua tingkat bermula dari 1,576 kaki persegi.


Ianya disasarkan kepada pembeli rumah pertama dan juga mereka ingin menjalani hari-hari tua mereka di sini


Sedikit informasi mengenai projek-projek di Tiara Sendayan ini

a) Pelancaran Akan Datang

- Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan

- Lot saiz 20’ x 65’ (Single Storey), 20’ x 70 – 75’ (Double Storey)

- Built-up from 1,056 sq.ft. (Single Storey), 1,576 (Double Storey)

- 336 units, 20.54-acre

- 3 bilik + 2 Bilik air (Single Storey), 4 bilik + 3 bilik air (Double Storey)

- Harga bermula dari 225k (Single Storey), 360k (Double Storey)

b) Kemudahan Di Tiara Sendayan

12 ekar kawasan Central Park dengan kemudahan seperti Futsal Court, Basketball Court, Gym, Parcourse Station, Seating Terrace, Shelter, Children Play Area dan banyak lagi

c) d’Tempat Country Club

Kesemua para pembeli Calia & Elara akan mendapat keahlian kelab percuma dari 2 penggal hingga 5 penggal

Kemudahan tersedia seperti Olympic size swimming pool, gymnasium, bowling alley, snooker, movie room, reading room, tennis court, badminton court, table tennis, squash, banquet hall, meeting rooms, Spa, bar dan cafes

d) Matrix Global Schools

Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.

Ianya terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.

e) X-Park

Lokasi pusat sukan yang penuh dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, archery, futsal court, badminton court dan driving range

f) Merchant Square

163 unit pejabat kedai yang melengkapi Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti - Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan

Menarik bukan!


Lot kediaman terakhir di Tiara Sendayan ini akan dilancarkan tidak lama lagi, oleh itu mari sama-sama kita mendaftar dengan kadar segera

Ingin dapatkan info lanjut mengenai jenis-jenis pembangunan perumahan di Tiara Sendayan ini boleh layari ke www.tiarasendayan.com atau hubungi 1-800-88-2688


No comments :