Sunday, September 20, 2026

MUNCHY’S Meraikan 35 Tahun Berkongsi Kegembiraan Bersama Jutaan Rakyat Malaysia

Hi Semua,

Munchy’s Malaysia
meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang tahun ini diraikan melalui penyertaan sulung Munchy’s sebagai kontinjen dalam Perbarisan Hari Kebangsaan serta pelaksanaan inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes) di seluruh negara. Inisiatif yang digerakkan oleh warga kerja Munchy’s ini menjadi tanda penghargaan kepada mereka yang melindungi, menjaga dan mendidik rakyat Malaysia.


Sejak sekian lama, produk Munchy’s telah menjadi sebahagian daripada pelbagai detik dalam kehidupan rakyat Malaysia, daripada waktu rehat di sekolah dan saat bersama keluarga hingga sambutan perayaan. Hubungan yang terjalin selama ini telah mengukuhkan kedudukan Munchy’s sebagai jenama biskut kegemaran rakyat Malaysia, dinikmati dan dipercayai merentasi generasi.

“Mencapai peristiwa penting ini memberi kami peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana berkembang bersama Munchy’s,” kata Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif URMunchy’s Malaysia.

“Kami mahu sambutan ulang tahun ini bukan sahaja meraikan perjalanan Munchy’s, tetapi turut menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air serta mengiktiraf insan yang berbakti kepada negara setiap hari.”

Pada 31 Ogos lalu, Munchy’s buat julung kalinya menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya sebagai kontinjen. Kontinjen itu terdiri daripada pekerja Munchy’s yang dengan bangganya mewakili syarikat di perbarisan tersebut, sekali gus mencerminkan semangat patriotisme, kerja berpasukan dan komitmen mereka.

Penyertaan tersebut merupakan sebahagian daripada sokongan lebih menyeluruh Munchy’s terhadap sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, yang turut merangkumi sumbangan produk bernilai RM500,000.  Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Munchy’s meneruskan komitmen dalam menyokong sambutan tersebut.

Menerusi inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes), warga kerja Munchy’s telah menyalurkan sumbangan produk ke hampir 100 lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Lokasi tersebut merangkumi pejabat dan fasiliti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, serta hospital dan sekolah.

“Penyertaan dalam perbarisan tersebut memberi peluang kepada warga kerja kami untuk meraikan Malaysia bersama-sama, manakala menerusi inisiatif Menyantuni Wira Malaysia (Powering Malaysia’s Heroes), kami dapat menyampaikan tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat untuk negara setiap hari,” tambah Wong.

“Para wira ini telah mendedikasikan kekuatan, keberanian dan dedikasi mereka kepada Malaysia. Kami berdiri di sisi mereka untuk memastikan sumbangan mereka dilihat, dihargai dan diiktiraf.”

Kedua-dua inisiatif ini memberikan makna yang lebih mendalam kepada sambutan ulang tahun Munchy’s dengan menghubungkan detik kegembiraan yang dikongsi dengan aspirasi bersama untuk meraikan Malaysia serta insan yang terus memacu negara ke hadapan.

Maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Munchy’s boleh didapati menerusi laman Facebook rasmi Munchy’s di https://www.facebook.com/Munchys/ dan Instagram di https://www.instagram.com/munchys.my/.

No comments :