Monday, October 11, 2021

Pelancaran CHARMS Cosmetic Skincare ‘Charms Hyra Terbaru’ Di Morphosis 2021

Hi Korang,

Kak lily berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Morphosis 2021 anjuran CHARMS Cosmetic Skincare baru -baru ini.

Kalau korang nak tau yang jenama CHARMS ini mula memasuki pasaran pada tahun 2012.


Terdahulunya CHARMS hanya mengeluarkan produk kosmetik sahaja. 

Namun setelah 9 tahun bertapak, CHARMS kini lebih memberi penumpuan kepada penjagaan dan perawatan wajah. Terkini CHARMS telah memperkenalkan produk terbaru khas untuk wanita 30 tahun ke atas dengan memberi lebih penekanan masalah anti-aging, jeragat dan meningkatkan keanjalan wajah.


Oh ya, founder jenama Charms Cosmetic Skincare iaitu Puan Nur Bashirah Hussin atau lebih dikenali dengan panggilan Mommy Syira, adalah seorang figura yang mempunyai pesona tersendiri, lembut dan tersusun setiap butir bicaranya merupakan seorang wanita yang memang luar biasa.

Beliau sebenarnya mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri jualan pemasaran. Antaranya seperti di Jabatan Perdana Menteri, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan juga pernah menjawat sebagai sorang pensyarah di UITM. Dan beliau meninggalkan semua kerjaya hebatnya hanya kerana mahu memulakan perniagaannya sendiri iaitu produk kecantikan dan penjagaan wajah - CHARMS.


CHARMS Cosmetic Skincare Melancarkan Morphosis 2021



Pelancaran Morphosis 2021 telah diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom dan juga Facebook Live. Acara ini merupakan anjuran dari CHARMS Cosmetic Skincare dengan inisiatif untuk memperkasa rakyat Malaysia serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan dikalangan bumiputera. Ini merupakan satu peluang terutama bagi mereka yang terkesan akibat pandemik.

Lebih menarik seramai 220 peserta telah berdaftar dengan program ini dan mereka semua akan diberi siri latihan selama 30 hari dengan diberi bimbingan lebih dari 12 jurulatih perniagaan. Setiap peserta akan diberi jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, diberikan ulasan pencapaian dan pelbagai lagi.


Hadir sama di majlis pelancaran adalah pengasas CHARMS Cosmetic Skincare, Mommy Syira dan juga Encik Khairul Nazuan Khairuddin yang merupakan jurulatih serta perunding dalam penutupan jualan. Kedua mereka telah membuat perkongsian ringkas tentang topik keusahawanan sepanjang majlis ini berlangsung.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah kepada semua ejen serta peserta CHARMS yang menghadiri majlis ini. Biarpun dilaksana secara maya, namun majlis tetap berlangsung dengan meriah.


CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50

Di majlis pelancaran Morphosis 2021 juga turut diadakan majlis pengenalan kepada produk terkini iaitu CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50. Didatangkan dengan saiz baru yang lebih berbaloi serta menjimatkan.


CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 ini telah diuji secara klinikal dan dematologi bagi membuktikan ramuan yang digunakan semuanya terbaik dan selamat digunakan. Formulasi ini juga hasil daripada penyelidikan daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).


Dengan bahan-bahan terpilih berprestasi tinggi, CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50 berfungsi bukan sahaja melembap bahkan mampu mencerahkan serta melindungi kulit wajah dari kesan cahaya sinar matahari (sunscreen). Ini kerana dengan adanya aloe vera yang sememangnya kita tahu ianya kaya dengan antioksidan dapat membantu melembut serta melembapkan kulit.

Begitu juga dengan glicerin yang dapat memelihara kulit dari kekeringan. Sangat sesuai kegunaannya dikala dunia mengalami perubahan iklim yang menjadikan cuaca lebih panas daripada biasa. Biarpun ianya produk keluaran bumiputera namun kualitinya adalah setanding dengan jenama antarabangsa.



CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G: RM 39.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G: RM 59.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G: RM 99.00

Melalui penyertaan Morphosis 2021 bukan sahaja dapat memotivasikan diri bahkan bangkit menjadi insan yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan pembelian boleh hubungi CHARMS Angels (ejen CHARMS) yang berdekatan dengan korang!


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Laman web : 

Instagram : 

Facebook: 



#Charms 
#CharmsSkinCare 
#CharmsCosmeticSkincare

No comments :