Wednesday, December 30, 2020

Little Homes Jo's Marble Cookware, Cantik Namun Tahan Lasak

Hi Korang, 

Yesza memasak memang menjadi salah satu tanggungjawab kak lily, yelah ahkak kan dah kahwin so memasak nieh haruslah wajib. Lagipun selalu sangat makan kat luar, bosan jugak. Alah masak simple-simple pun tak per janji enak di makan. 

Dulu-dulu kak lily main bedal jer beli kuali, periuk belanga tapi sekarang ni nak jugaklah beli yang cantik-cantik sket, jadi makin bersemangatlah nak masak nanti, heehhe. 


Kak lily sukakan design yang simple tak nak yang berbunga-bunga bagai, ringan dan tahan lasak. Bila google di shopee ni ternampak set kuali dan periuk yang comey dari Little Homes Jo’s Marble Cookware. 

Kalau korang nak tau, Jo’s Marble Cookware ini dihasilkan daripada bahan semula jadi yang digunakan pada setiap lapisan marble, supaya ianya tidak menghasilkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan ketika kita menggunakannya. 



Produk memasak ini juga memberikan pengedaran haba yang sekata bagi memelihara vitamin dan nutrisi dalam masakan. Ianya juga mudah di gunakan untuk apa jua kaedah memasak seperti menggoreng, memasak gulai, membuat sup dan pelbagai jenis masakan lagi. 

Jo's Marble Cookware 5 pcs ini terdiri daripada : 



1. Jo's by LH Marble Non Stick Wok Pan 28cm (9555390536901) 
*Diameter: 28cm x Height: 9.5cm *Weight: 1669gram with lid 

2. Jo's by LH Marble Non Stick Frying Pan 24cm (9555390536888) 
*Diameter: 24 x Height: 4.7cm *Weight: 650gram 

3. Jo's by LH Marble Non Stick Soup Pot 20cm (9555390536925) 
*Diameter: 20 x Height: 8.5cm *Weight: 1107gram with lid 

4. Glass lid 28cm 

5. Glass lid 20cm 



Ianya cepat panas dan makanan yang dimasak akan lebih cepat dimasak. Set periuk dan kuali ini amat mudah penjagaannya dan selamat digunakan pada mesin pinggan mangkuk. Oh ya, Jo’s Marble Cookware ini boleh di gunakan di atas dapur gas, dapur elektrik dan induction cooker. 



Pemegang kayu ‘Bakelite’ di setiap kuali dan periuk yang sangat lembut dan selesa di pegang. 



Jo’s Marble Cookware ini boleh digunakan untuk menyediakan makanan secara sihat kerana boleh di masak tanpa minyak, jadi korang tidak perlu risau lagi mengenai kandungan kalori makanan yang di masak dan selamat untuk dihidangkan seisi keluarga. 

Untuk dapatkan set Jo’s Marble Cookware ini boleh di dapati di Shopee, cuma klik di link tau 




Little Homes, Where Happiness Begins! 😍 

Little Homes Malaysia 





#LittleHomes 
#JoMarbleNonstickPan 
#healthycooking 
#Bestcookware 
#kitchenware 
#cookware 
#Jo’sMarble 
#littlehomes 
#littlehomeskitchen 
#Jo’sMarble 
#Jo’sMarbleElegant 
#ChefWan 

No comments :