Tuesday, October 13, 2020

Makan-Makan Di EAT SUSHI, Sunway GIZA Kota Damansara.

Hi Korang,

Lama betul tak pi makan-makan luar dengan kengkawan kan.

Maklumlah musim PKPB segala-galanya terhad, kena patuhi SOP yang Kerajaan perintahkan demi untuk menghapuskan Pandemik Covid-19 nieh.

Tapi bukan tak boleh keluar makan cuma ikut SOP yang ditetapkan, hidup dengan norma baru katanya hehehehehe..

Ahad lepas, kak lily berkesempatan ke restoran EAT SUSHI di Sunway Giza nieh.

Alah kengkawan ajak gather-gather so kita pi lah, pakai mask, bawak hand sanitizer bagai semua lah kan. Sesampai jer haruslah kene scan QR code dulu, ambil suhu dan guna hand sanitizer.

Kalau korang nak tau yang EAT SUSHI ini merupakan sebuah restoran yang bermulanya di Australia sejak tahun 2009 dan mempunyai 6 buah restoran termasuk lah restoran sushi PERTAMA di Malaysia iaitu di Sunway Giza ni.

bahagian atas - ruangan khas yang inginkan privasi



ini bahagian bawah, tempat penyediaan sebahagian sushi

Kak lily suka dengan dekorasi dan susun atur perabut di dalam restoran Eat Sushi ni, simple tapi menarik. Ada ruangan khas di bahagian atas untuk para pelanggan yang ingin membuat jamuan tertutup yang boleh memuatkan 50-60 orang di dalam satu-satu masa.




Ianya menyediakan pelbagai jenis sushi yang segar dan berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka di samping itu ia menampilkan ciri-ciri ‘auhtentic’ Jepun di setiap hidangan mereka.

Harga sila tengok di dinding heheehe, yang penting tak mahal mana pun


Ya ampun bestnya, di antara hidangan sushi yang merupakan ‘signature dish’ di EAT SUSHI ini adalah :








Unagi Rainbow Maki Roll

Grill Salmon Rainbow Maki Roll

Tempura Sushi Maki

Avocado Rainbow Maki

Grill Hotate Rainbow Maki

Egg Rainbow Maki

Seriously kak lily memang sukerlah sushi-sushi nieh, dapat kalau ada sashimi ya ampun, memang ahkak ko ni makan tak pandang kiri kanan yer hehehehe




Bagi pandangan kak lily:

Rasanya authentic sushi di Jepun, ewah macam pernah pi Jepun plak. Eh bukan cam tuh kak lily biasa makan sushi dimerata tempat di KL ni, mostly Eat Sushi ni setanding dengan rasa restoran jepun premium yang ada di Kuala Lumpur ni. So ahkak bagi 4.5 star untuk sushi-sushi di sini.


perangai hazab sungguh

senyum memasing ek

penuh meja kan

Pilihannya yang pelbagai, rasa yang enak dan yang paling penting harga yang berpatutan gituhhh. Kalau korang yang tak biasa makan sushi, elok cuba makan di sini kerana langsung tidak ada rasa dan bau yang korang tak boleh terima tekak tuh hehehhee.

Betul kak lily tak tipu tau!!

Apa lagi jom ke:


Eat Sushi Japanese Cuisine

A-13-G Sunway Giza,

Jalan PJU 5/14 Kota Damansara,

47810 PJ, Selangor.

Reservation line : 603g 7496 7318


ermm makan reramai memang seronok kan


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-

Facebook Link : 

www.facebook.com/EatSushiMalaysia

Instagram Link :

www.instagram.com/eatsushi.malaysia


 

 

 

#eatsushisunwaygiza

#eatsushimalaysia

#japanesecuisine

#bestsushiinkl

2 comments :

Zaza Azman said...

amboi sedap nyaa sushi2 dia... lepas ni nak try bento set pulak lah.... jommmmmmmmm

Amie said...

Sedap-sedapnya! Rasa nak nyelit kat situ, tumpang sushi semulut...ahaks!