Wednesday, October 21, 2020

45% rakyat Malaysia alami isu kesihatan mental semasa pandemik Dan AmLife Manfaatkan Ilmu Pakar Antarabangsa & Alat Terapi Frekuensi Untuk Galakkan Tidur Nyenyak Pada Hari Kesihatan Mental Dunia

Hi Korang,

Sempena Hari Kesihatan Mental Dunia (WMHD), pakar kesihatan tidur AmLife International Sdn. Bhd telah melancarkan acara WMHD bertema “Tidur Lena Demi Kesihatan Mental” meliputi enam negara - Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan. Acara tersebut, yang diadakan dalam bentuk bengkel – dalam talian dan fizikal – bertujuan mendidik orang ramai tentang isu kesihatan mental di rantau ini. 

Hakikatnya tahun ini agak mencabar dengan penularan pandemik Covid-19. Berhadapan dengan realiti kesihatan dan kehidupan, kehilangan pekerjaan, interaksi sosial yang terbatas, kesihatan minda ramai terjejas, di samping menimbulkan kesan fizikal dan emosi yang ketara. 

Informasi dari google.com

Tinjauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa menjelang 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas sakit jantung. Seorang dalam tiga rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas (29.2 peratus) mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda daripada 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006. Antara belia Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun, satu dalam lima mengalami kemurungan, dua dalam lima dibelenggu keresahan dan satu dalam 10 menghadapi tekanan atau stres. 

Mengenai kesejahteraan mental isi rumah Malaysia semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), satu tinjauan kesihatan terbaharu yang dijalankan oleh kumpulan pemikir Malaysia The Centre melibatkan 1084 responden di Malaysia mendapati bahawa: 

· 45% daripada responden melaporkan kesejahteraan minda yang terjejas semasa PKP, dengan tahap keterukan berbeza. 

· 22% melaporkan tahap keresahan pada tahap antara teruk sehingga amat teruk, dengan 20% dan 15% daripada responden melaporkan tahap kemurungan dan tekanan yang serius sehingga amat serius. 

·Kaum wanita dan mereka yang berusia di bawah 35 tahun melaporkan tahap emosi negatif yang lebih tinggi. Antara 18-26% wanita menyatakan bahawa mereka mengalami kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk sehingga amat teruk. 

Menurut Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP), satu bilion orang di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan, dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan. Kemurungan sahaja bakal menjadi beban penyakit utama dalam tempoh 10 tahun akan datang. 

Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife berkata "tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental kita dan begitu juga sebaliknya. Isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global. Seorang dalam lima orang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh yang demikian, AmLife menekankan pendidikan mengenai tidur, yang merupakan sebahagian daripada falsafah perniagaan kami,” jelas Lew. 

Mr Lew dan Elizabeth di majlis pelancaran kempen AmLife World Mental Health Day 2020

AmLife telah melantik Cik Elizabeth Huxtable, Pakar Terapi Bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat) dan Dr Luke Wang – Pakar dalam bidang Psikiatrik, Perubatan Tidur dan Geriatrik & Dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan untuk berkongsi maklumat tentang kesihatan mental. 

Dr. Luke Wang 王修平医师


Dr. Luke berkata, “Seseorang perlu tidur nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental keseluruhan, yang seterusnya menambah baik kesihatan keseluruhan. Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang. Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik menyebabkan Penyakit Alzheimer selain daripada tekanan jangka panjang yang meningkatkan paras glukosa darah, menyebabkan kelemahan metabolisme dan meningkatkan risiko kegemukan, lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan,” ujar beliau. 

Frekuensi Menjadi Penyelamat! 

Kajian mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda dan badan. Menurut Elizabeth, “Terapi bunyi membantu meringankan tahap stres orang ramai, dengan mengurangkan tekanan darah mereka dan membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah dan membolehkan darah mengalir dengan lebih lancar. Setiap organ dan sel dalam badan kita mempunyai frekuensi resonans. Kadangkan, disebabkan stres, toksin dalam persekitaran, penyakit dll, organ mula menggetarkan frekuensi yang salah, maka getaran bunyi yang memulihkan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih relaks, ujar beliau. 



Berasaskan pandangan Cik Elizabeth, AmLife telah memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic – teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Haba dan Terapi Kekerapan AmSonic – semuanya dalam bentuk tilam. Terapi Frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan dan menyerasikannya dengan persekitaran semula jadi untuk merehatkan badan, melegakan ketegangan dan memastikan anda tidur lena supaya badan anda boleh pulih dan menikmati manfaat kesihatan. 

DeepZleep Amsonic 


DeepZleep Amsonic boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong. 

Satu kajian oleh Northwestern University School of Medicine mendapati bahawa terapi frekuensi desibel rendah boleh membantu menambah baik tidur yang lena, terutamanya bagi warga emas. Pakar kesihatan terbabit percaya fasa tidur lena penting untuk penyepaduan daya ingatan dan proses pemikiran lebih pintar. 

Mereka mendapati orang yang tertidur semasa mendengar terapi frekuensi desibel rendah mencatatkan markah ujian tiga kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendengar muzik latar dalam ujian memori pada waktu pagi. Ini bermakna mereka sebenarnya menjadi lebih pintar selepas tidur semalaman. 

“Oleh yang demikian, AmLife akan meneruskan misi dan hala tuju perniagaannya untuk memimpin dunia dalam teknologi tidur regeneratif pertama demi kesejahteraan fizikal dan spiritual yang menyeluruh. Kami berharap semua orang boleh mencergaskan semula kesihatan fizikal dan mencerdaskan minda mereka semasa tidur,” tambah Lew. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my.



#AmLife
#AmLifeSleep
#DeepZleep
#WorldMentalHealthDay2020
#AmLifeMattersMentalHealth
#LetsTalkMentalHealth

No comments :