Thursday, September 5, 2019

Tahniah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Di Atas Penganugerahan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Hi Korang, 

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG) telah di anugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today. Beliau yang dipilih menerima anugerah berkenaan bersama enam lagi penerima lain baru – baru ini. 


Kak lily dan beberapa rakan bloggers lain berkesempatan untuk menemuramah beliau di 9th Muslim World Biz 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Beliau tidak menyangka yang beliau terpilih di antara beribu-ribu usahawan yang di calonkan dan merasa sangat terharu dengan segala cabaran yang dilalui sepanjang beliau pembabitan beliau di dalam bidang financial wealth ini. 

Dalam acara ini juga, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang tadi. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman turut berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. 


Sedikit kata-kata beliau semasa sessi temuramah tadi, "Keberanian adalah apa yang membantu saya melangkah ke hadapan dan bertemu dengan orang ramai, menawarkan kemahiran saya untuk membantu menguruskan kekayaan dan wang mereka," jelasnya. "Sekarang saya bersyukur kerana orang tahu bahawa saya boleh membantu dan mereka mempercayai saya dengan nasihat kewangan dan perniagaan." 

Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam {OIC) telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini telah bermula daripada 4 hingga 6 September 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur {KLCC). Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. 


Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. 

Memang sepatutnya Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman di jadikan contoh dan tauladan bagi para usahawan-usahawan muda di luar sana. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website: 

Facebook: 

Instagram: 
https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup

1 comment :

Kerja Sendiri said...

Tahniah kepada beliau. Saya setuju dengan bab keberanian yang dikatakan tu.