Thursday, September 12, 2019

iORA Meraikan Pembukaan Rasmi Butik Konsep Terbesar Di Malaysia

Hi Korang,


iORA, label busana wanita yang berkualiti dan mudah didapati, dengan rasminya membuka butik konsep terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah ikonik, Mid Valley Megamall. 


Dengan keluasan menjangkau lebih daripada 9,000 kaki persegi, butik konsep baru di F-JA2(B), Aras Satu, Mid Valley Megamall ini adalah epitome kepada gaya penuh elegan, yang direka untuk memberikan ruang optimum bagi pengunjung kala membeli-belah dengan himpunan produk yang pastinya lebih memukau. 


Kak lily berkesempatan ke majlis perasmian butik konsep iORA ni di Mid Valley baru-baru ini, di samping majlis perasmian butik di adakan juga pertunjukan fesyen koleksi pakaian iORA kepada pada tetamu yang hadir.


Butik pertama iORA dibuka pada tahun 1998, menawarkan gaya asas tak lapuk dek zaman yang boleh dipakai musim demi musim. Daripada hanya satu jenama, iORA berkembang kepada 25 butik (termasuk butik mandiri dan butik konsainan) di seluruh Singapura dan Malaysia dengan mengetengahkan lebih banyak sub-jenama bagi menepati keperluan serta citarasa wanita era ini. Butik konsep ini merupakan butik yang ketiga di Malaysia dan terbesar seumpamanya.









Menempatkan tiga sub-jenama dalam satu bumbung - iORA, LALU dan SORA – butik ini pastinya akan membantu melengkapkan lagi ‘wardrobe’ setiap wanita. 

iORA mencipta pakaian asas berkualiti dengan serlahan stail yang dikemaskini bagi memenuhi gaya hidup wanita moden. Wanita iORA melengkapkan penampilannya dengan padanan klasik malar segar bersama sentuhan elemen trendy menepati musim. 

LALU mensasarkan pelanggan yang lebih muda dan dinamik. Pencinta fesyen percaya bahawa LALU menyerlahkan stail yang lebih ceria dan trendy, yang mana ia turut mudah digayakan dan mampu milik. 

SORA melengkapi padanan harian wanita dengan kasut, beg dan aksesori yang bukan hanya moden malah minimalis. Rekaan SORA mencetuskan gaya versatil dan penuh fungsi, yang merangkumi padanan kemas ke pejabat dan kasual.


Butik konsep baru ini turut menghidupkan DNA iORA, dengan ruang yang terbuka dan rapi bagi membolehkan produknya menjadi tumpuan utama. Kontemporari namun canggih, hiasan dalamannya dibiarkan minimal, seakan-akan ruang dalaman sebuah galeri seni. Dengan unit rak terhad, produk disusun dan dipaparkan dengan rapi mengikut jenama, variasi jenis, serta kombinasi warna bergaya, untuk cetusan rasa segar dan penuh semangat. Laluan yang lapang, ditambah pencahayaan yang selesa, turut membuatkan suasana keseluruhannya santai untuk pelanggan membeli-belah. 

Sejurus melangkah masuk ke butik, pelanggan disambut dengan ruang tumpuan yang penuh warna-warni dalam paparan pengayaan dari kepala hingga ke kaki, dengan koleksi rekaan terkini. Visual kempen terkini diletakkan di kedua-dua sisi dinding yang menonjolkan lagi ruangan dalaman butik sementara cermin berbingkai membangkitkan daya tarikan iORA yang tersendiri. Teruskan melangkah jauh ke dalam ruangan butik yang besar, dipenuhi lebih banyak himpunan koleksi fesyen, khususnya iORA dan LALU.


Selain ruang ini, bilik-bilik persalinan yang luas dan terang namun masih tertutup rapi, memberikan ruang peribadi yang diperlukan untuk mencuba sendiri helaian iORA atau LALU. Aksesori SORA juga diletakkan secara strategik di dalam butik, untuk memberi inspirasi kepada pembeli mengenai padanan aksesori terbaik sebagai pelengkap gaya. 

Serlahan warna unik koleksi Musim Luruh/Salju 2019 boleh dilihat kala membelek pelbagai jenis blaus, pakaian luar, baju panas, skirt, gaun, celana serta pakaian rajut. Pastinya akan ketemu rangkaian fesyen terkini yang merangkumi semua keperluan wanita, mudah digabung serta dipadankan untuk penampilan penuh keyakinan. Dengan siluet yang terletak cantik pada tubuh, ia sememangnya padanan sempurna dan selesa untuk penggayaan dari siang hingga ke malam, bahkan sebelum serta selepas waktu pejabat.


iORA sentiasa berkembang selaras dengan citarasa, pilihan dan keperluan wanita moden. Dengan wujudnya butik konsep baru ini, iORA mensasarkan untuk mencetuskan inspirasi kepada lebih ramai individu dalam mengembangkan gaya peribadi masing-masing di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. 




Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman web :

Facebook: 

Instagram: 


No comments :