Thursday, June 13, 2019

Pelancaran Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir Dari JAZZ & CO

Hi Korang,

Apabila fesyen menjadi topik perbincangan, golongan berbadan besar seringkali dipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana. Namun kehadiran portal atas talian Jazz & Co mampu menghentikan tanggapan ini dengan pelancaran Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir baru-baru ini. Hadir dengan penampilan lebih segar, koleksi ini membuktikan komuniti berbadan besar sama seperti orang lain dan mampu bergaya pada musim perayaan ini. 


Koleksi ini dilancarkan bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co yang baru sahaja dilantik. Dina yang juga naib juara Malaysian Idol musim pertama sebenarnya sudah menjalinkan kerjasama dengan Jazz & Co bagi mempromosikan nilai positif serta keyakinan diri sebelum ini. Berikutan kerjasama yang cukup berjaya, Dina sekali lagi diundang bagi menggayakan koleksi raya pada tahun ini. 

"Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individu disaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalah kunci kejayaan paling utama," kata Dina. 



Tambah Dina lagi, kebanyakan wanita berbadan besar bimbang ketika mendapatkan busana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran. Namun menerusi platform seperti Jazz & Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi apabila mereka boleh mendapatkan pakaian kegemaran pada bila-bila masa. 

“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang boleh digayakan ke pejabat atau beraya di rumah," katanya. 

Koleksi baju raya Dina menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometri bagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya. Ia tampil dengan palet rona gelap bagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkan gaya. Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai. Pastinya koleksi ini bakal menjadi ikutan pada lebaran kali ini. Selain itu, rekaan serta perincian pada busana membolehkan ia untuk digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga ke pejabat dan untuk aktiviti kasual. 

Menurut Pengarah Jazz & Co Jasdeep Katari, koleksi raya 2019 menampilkan padanan yang lebih segar serta nampak lebih muda. Aksi gaya bersahaja yang ditonjolkan menjadikan busana digayakan tampil anggun dan memikat. 

"Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dina untuk kesekian kalinya. Ini kerana kami sangat memahami keresahan golongan ini apabila tidak berjaya memperoleh busana disebabkan tiada saiz, potongan yang kurang menarik serta pilihan yang tidak menggambarkan usia mereka," katanya. 

Memahami kehendak pelanggan, Jazz & Co menyediakan rekaan yang lebih mesra serta membiarkan pembeli meneroka siluet dengan gaya yang cukup berbeza. 

Tambah Jasdeep, “Secara langsung atau tidak, diskriminasi terhadap komuniti bertubuh besar bukanlah perkara yang aneh. Oleh itu, sebagai jenama pakaian yang mewakili komuniti ini, kami ingin memainkan peranan untuk memperkasakan pengguna kami dan menyuntik semangat baru bagi mereka semua. Pada akhirnya, ia bukan mengenai saiz yang dipakai, sebaliknya bagaimana mereka memakainya.” 



Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaian kasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan. Di samping membeli pakaian berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan ukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki. 

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo:

JAZZRAYA2019

Diskaun ini hanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu, penghantaran dalam Malaysia adalah percuma.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web : 



No comments :