Sunday, June 23, 2019

Kempen Shopee 7.7 Orange Madness

Hi Korang,

Tabiat membeli-belah dalam talian berkembang pesat disebabkan oleh faktor-faktor seperti harga berdaya saing, kesenangan serta aksesibiliti yang ditawarkan oleh dunia e-dagang. Mengimbas kembali permulaan pasaran e-dagang, pelanggan perlu menunggu lebih daripada seminggu untuk menerima pesanan mereka dan lebih lama lagi jika produk dihantar dari luar negara. Namun, Shopee berjaya mengurangkan masa penghantaran kepada kira-kira dua hingga tiga hari menerusi sistem penyisihan dan penjejakan bungkusan yang lebih baik, operasi lebih cekap dan hubungan lebih rapat yang terjalin dengan rakan-rakan logistik. 


Hari ini, Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan serba baharu – Shopee24 Express Delivery (Shopee24) – penghantaran ekspres yang pasti menjadi penukar permainan industri besar. Shopee24 menjamin penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee jika pesanan dibuat sebelum 2pm (kecuali Ahad dan hari cuti umum). Jika tidak, penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma. Shopee24 ditawarkan untuk lebih daripada 10,000 barangan berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Drypers, Dove, Dettol, Khind, Philips dan banyak lagi. Semua barangan boleh dikenal pasti menerusi tag “Shopee24”. Buat masa ini, Shopee24 boleh didapati untuk pengguna di Lembah Klang bagi menunaikan permintaan pengguna yang mahu penghantaran segera apabila mereka membeli-belah dalam talian. 

“Penghantaran merupakan aspek penting dalam pembelian dalam talian. Kami mendapati bahawa pengguna bukan sahaja mahu menerima barangan yang dibeli dalam talian dalam keadaan baik namun semakin ramai juga mahukan penghantaran yang lebih cepat. Oleh sebab itu, kami memperkenalkan perkhidmatan Shopee24 Express Delivery untuk menunaikan permintaan bagi penghantaran lebih pantas, bermula dengan Lembah Klang dan seluruh Malaysia pada masa akan datang. Sebagai sebuah platform e-dagang, keupayaan untuk menjamin penghantaran ekspres bagi pelbagai produk tanpa mengenakan caj yang tinggi bukan sahaja akan mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian tetapi juga dijangka memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi lebih kesenangan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 


Untuk merayakan pelancaran Shopee24 dan memastikan tawaran yang terbaik, Shopee juga memperkenalkan kempen Shopee 7.7 Orange Madness. Dari 24 Jun hingga 7 Julai, pengguna Shopee boleh menikmati diskaun hebat dan merebut tawaran promosi khas serta menyertai permainan dan banyak lagi: 

● Jualan Kilat Shocking Sale RM0.77 – Shocking Sale Shopee akan berlangsung setiap hari, sehingga tujuh kali sehari dengan tawaran harga serendah RM0.77. 

● Hadiah Terjamin “One or Not”? – Pengguna boleh membeli dari senarai yang mengandungi lebih daripada 40 barangan bernilai tinggi termasuk Xiaomi Mi 9T, Samsung Galaxy S10, Haier 50” Ultra HD Smart LED TV, drone DJI Tello Boost Combo, set Nintendo dan Jam Tangan Pintar Fitbit Versa Health & Fitness pada harga RM1 sahaja. Jika pelanggan tidak terpilih sebagai pembeli, Shopee jamin bayaran balik RM1 ke dalam kad kredit atau Shopee wallet mereka. 

● Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM27. 

● Jumlah baucar bernilai RM7 juta untuk direbut dan diskaun hingga 90% untuk semua kategori. 

● Shopee Quiz pada 12.00pm setiap hari kerja yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi sehingga dua juta Shopee Coins apabila mereka menjawab lapan soalan dengan betul. Mereka akan mendapat hayat tambahan apabila merujukkan kawan untuk turut menyertai kuiz. 

Pelancaran kempen Shopee24 dan 7.7 Orange Madness berlangsung semasa Rumah Terbuka Hari Raya Shopee dalam suasana meriah dan bergaya. Tetamu-tetamu dan wakil media jemputan menikmati jamuan makan tengah hari di W Kuala Lumpur dan dilimpahi hadiah-hadiah menarik daripada cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti. 


Ahli Shopee Selebriti Skuad Shalma Ainaa, Sophia Liana, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Zoey Rahman, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Nora Danish, Elyana dan Ifa Raziah turut hadir dan menerima hadiah tanda penghargaan kerana sokongan mereka yang berterusan kepada Shopee. Nikmati tawaran khas sebanyak 17% bagi kedai rasmi pelbagai selebriti di Shopee sepanjang kempen 7.7 Orange Madness. 

Selain daripada itu, pengguna boleh mengikuti siaran Shopee Live dan menyaksikan sesi penstriman langsung setiap hari oleh jenama dan penjual tentang produk terkini dan ulasan mengenainya. Mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah, mendapatkan baucar menarik dan berbual dengan selebriti terkenal dan tokoh berpengaruh apabila mereka menjadi juruacara siaran. Shopee Live adalah ciri terbaharu Shopee yang telah menyiarkan kandungan menarik termasuk pengumuman jantina bayi Sarimah dan juga menyaksikan lebih 2,000 unit lipstik terbaharu Beautyra dijual dalam beberapa minit. 

Manfaat rakan kerjasama: 

Berpegang teguh kepada slogan iklannya "Creating Safe and Connected Communities", kipleHome, sebuah penyelesaian pengurusan kediaman akan memperkenalkan Shopee24 dalam aplikasinya untuk membolehkan pengguna kipleHome merasai kesenangan membeli-belah tanpa batasan. Untuk memperingati pakatan berkongsian dengan Shopee, kipleHome akan mengagihkan jumlah baucar Shopee bernilai RM10,000 kepada pengguna kipleHome untuk pembelian pertama kali dari laman koleksi khas Shopee24 bermula 1 Julai 2019. Perkhidmatan Shopee24 akan memanfaatkan lebih daripada 80,000 pengguna berdaftar kerana kipleHome dijangka menarik sejumlah 400 komuniti kediaman menjelang hujung tahun ini. 

Dunkin’ Donuts memulakan perjalanan e-dagangnya di Malaysia dengan pelancaran kedai rasminya di Shopee pada 27 Jun. Rakyat Malaysia boleh mendapat baucar donut dan minuman yang boleh ditebus di mana-mana kedai Dunkin’ Donuts di seluruh negara. Untuk merayakan kempen 7.7 Orange Madness, Dunkin’ Donuts menawarkan kepada pengguna tiga donut pada harga RM7.70 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/7-7


No comments :