Monday, February 4, 2019

Sambutan Tahun Baru Cina ‘Reunion Dinner’ Di iOi City Mall 2019

Hi Korang,

Kak lily berkesempatan ke majlis ‘CSR’ anjuran iOi Resort City bersama Palm Garden Resort, Marriot Putrajaya dan iOi Golf Resort yang di adakan di West Garden di iOi City Mall ini. 


Selain daripada makan besar, mereka juga meraikan orang-orang yang kurang bernasib baik yang di datangkan dari rumah-rumah kebajikan seperti berikut:- 

Charity Homes 

House of Joy, Puchong 

Little Sisters of the Poor, Cheras 

Rumah Amal Murni, Kajang 

Rumah Victory, Puchong 


Seronoklah kak lily tengok diorang ini di raikan, dapat membeli belah untuk keperluan Tahun Baru Cina ni. Eh dapat angpow jugak tau best kan.. 



Kemudiannya ada Yee sang Tossing dan ‘Reunion Dinner’ sekali gak tau 




Kemain panjangnya Yee Sang masa event ni, seriously satu meja panjang diorang buat so ktorang Yee Sang sekali harung serentak. Hah lambung-lambung, siapa lambung paling tinggi bagi banyak kebaikan yang orang tuh dapat katanya. Kak lily tossing gak lah, tapi tak delah tinggi mana ikut syarat je hah. 

Di antara menu makanan yang di hidangkan seperti: 


Fu Yong Omelette 
Steamed Chicken with Herbs and Fungus 
Steamed Fish Fillet with Hong Kong Style 
Braised Assorted Mushroon with Brocoli 
Steamed Money Bag with Superior Soup 

Kira macam makan keluarga gituh, makan ramai-ramai yang tak cukup tambah je no hal. 




Sambil makan-makan tuh, di hidangkan juga persembahan tarian singa dan juga Diablo Show. Hah memang terhiburlah diorang ni, even kak lily pun seronok menyaksikannya. Alah sekali sekala dapat tengok persembahan sebegini kan. 

Terima kasih iOi City Mall atas jemputan ni sukalah kak lily makan dapat hiburan pun dapat hehehhe









Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

3 comments :

sharmien said...

wah untungnya dapat pengalaman sebegini, last saya ber yee sang ni ngan big boss berbangsa Cina, lepas dia pencen, dah x de yee sang dh. huhu

Illy Ariffin said...

sedapnya nampak lauk2 tu kak lily, yg steam chicken tu paling mengoda :) hehehe...

ejulz said...

terbaek.. :)