Wednesday, February 24, 2010

Kereta Breakdown? Sorang? Baca tips nie!



Aku tak reti nak bagi tips pasal blogging2 nie coz baru2 je belajar menulis kan, jadi tips nie je yang aku tau so aku tulis lah ye, nie based on pengalaman sepanjang aku bawak kete.

Bukan apa, aku nie selalu kene cam nie time aku sorang. Kereta aku nie sejak dari aku beli sampai sekarang nie dia jarang meragam. Tapi bile dia meragam, payah gak lah kan. Lagipun mr Big keje area KL CDB tuh, aku plak kat Cyberjaya. Kalau nak tunggu dia datang, aku boleh rentung kat tepi jalan tu. Tak pun ramai plak mamat2 kete yang beria2 nak tolong aku sambil terjuling2 matanya memandang ke arah bende yang tak patut di tengok kan.

So ini ada sket tips untuk korang supaya tak delah mengalabah sangat kan! Macam aku dulu, siap nak nangis2 lagi. Masa tu kene kat highway PLUS nak ke JB, kene kat Kulai so bertowing lah sampai tol Skudai. Pas tol, kene towing sampai Tun Aminah, nasib baik adik aku dah tunggu kat bengkel tu.

  1. Jangan panik, rileks. Tarik nafas pepanjang. Kalau korang panik, korang x leh nak fikir pun kan. So itu lagi menyusahkan.

  1. Berhenti tepi, pasang hazard light (takkan itu pun x tau, kalau dalam hujan tau plak korang gunakan) kalau kereta mati tengah-tengah jalan selalunya mesti ada orang akan tolong tolakkan ke tepi dan diorg nie pun x bodoh nak langgar kete korang tu kan. Lebih2 lagi pompuan kan. Mesti diorg tolonglah, so janganlah bimbang.

  1. Call laki korang untuk inform yang kete tersadai kat tepi jalan nie. Maybe diorg boleh mintak tolong sesape ke yg dekat kat area korang tu ke kan. Kalau time keje call opis dulu kang sah2 ko kene potong gaji sebab tak datang x de sebab kan.

  1. Call tow truck. Cam aku ade Kurnia Auto Assist so aku call je diorg nie,bagi je no kereta, automatic diorg boleh tau details korang semua tau. Nanti diorg tanya breakdown kat mane, nak tow truck anta kemane dan macam2 soalan lagi lah. Klu kene kat highway boleh call kotak orange yang ada setiap 250m tu. Tapi aku simpan no kotak orange highway nie, senang sebenarnya.

  1. Tunggu tow truck datang. Jangan tahan tow truck yg bersepak kat tepi jalan tu, diorg tu cekik darah tau. Kalau korang pandai, cube2lah tengok kat enjin kete tu apa yang berasap ke kuar api ke kuar air ke. So senang nak explain kat bengkel nanti. Kalau korang pandai lah kan. Kalau tak, duk dediam bawah pokok kat tepi jalan tu.

  1. Pas dah call segala mak nenek semua tu, korang cube fikir bengkel yang korang selalu pegi or yg berdekatan dengan korang. Tak pun x kan laki korang nak biarkn korang rentung kat tepi jalan tu kan, eventho dia x leh nak datang, im sure dia mesti ade jalan untuk tolong korang dr jauh. Betul tak? Confirmkn bengkel mane korang nak pegi, senang tow truck nak bawak. Ala kalau susah sangat ikut je panel insurans korang tuh. Senang tapi mahal lah kan.

  1. Bile tow truck datang, amik segala info pasal tow truck tu then inform kat laki korang yang korang akan ikut tow truck tu sampai ke bengkel. Bukan apa, if anything happen laki korang taulah nak cari korang kat mane kan. Lagipun x kan korang nak tinggal tepi jalan tu tunggu teksi. Bongoklah tu kan

  1. Sampai bengkel, discuss dengan tokey cam ne. Kalau boleh claim insurans then get proper document. Kalau bayar sendiri, suruh laki ko kautim dgn tokey bengkel. Normally orang lelaki pandai bab-bab kereta nie so tak de lah kite orang pompuan nie kene tipu kan.

Kesimpulannya :-

-          Carilah satu bengkel yang boleh jadi geng, supaya bile ade apa-apa senang korang nak refer kat bengkel tuh kan. Macam ktorg, ktorg ada mechanic family kat Ampang. Apa-apa semua refer kat dia.

-          Biasa2kan independent, kalau nak harapkan orang susah beb! Belum tentu orang tu nak tolong kite kan


Tips nie leh pakai time kereta breakdown je bukan tayar pancit okeh.. Tapi kalau accident tu lebih kurang sama tapi ade sket different. Kalau korang nak, nanti aku buat entry. Sebab accident kereta jadi burger pun aku dah rasa tau. Maklumlah dulu I nie gangster kampung dusun.

Semoga apa yang aku tulis nie memberi tak banyak, sket pun jadilah manfaat untuk korang,mak2,nenek2, wanita2, bini2 orang, GF2 orang kat luar sane tau!

Yang lelaki plak bile baca entry janganlah plak nak lepas tangan. Ingat! Itu tanggungjawab tu tau! Tapi mrBig senang, dia trus tunggu kat bengkel sambil lepak2 dengan mekanik ktorg kat kedai mamak sebelah bengkel tu. Uishk itu yang aku geram tu tau!

5 comments :

Aus said...

jgn pggl towtruck tepi jalan..
diorg ske tipu..
hahaha...
sye sokong..
kekeke..

fitri oh fitri said...

la, kalau dkt negeri sdiri bole la kot tahan, tp, kalau outstation, trs xle. haha.





www.fitridzulkifli.blgospot.com

CikLilyPutih said...

@Aus
giler klu panggil tow truck tepi jalan.. cari nahas mananya..

@Fitri
klu tpt negeri lain, kene pakai ape yg panel insurans suggest la kan..

Matjoe said...

wow, tips berguna. mmg aku pon ada sound kt wife suruh simpan nombor autoassist.

CikLilyPutih said...

@Matjoe
service diorg nie bagus, dr kete aku dulu sampai ke kete skrg nie nie, boleh tahan cepat gak diorg sampai eventho jalan jem.