Sunday, November 12, 2017

Review | Tropika Face Cleansing Oil

Hi Korang,

Muka muka muka ermm semuanye tentang muka kan... hahhahaa

Orang perempuan memang obses dengan kecantikan so memang jadi kebiasaanlah kita-kita ni mencuba segala produk yang ada di pasaran tuh tanpa jemu.

Kali ni kak lily nak kongsikan berita kecantikan ni dengan korang tau..

Memperkenalkan

TROPIKA Face Cleansing Oil 

Face Cleansing oil ini telah diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia merupakan pilihan pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit kerana minyak kelapa dara dapat mencuci sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan dan merengsakan kulit. 

Produk ini telah dirumus khas dengan hadirnya VCO, Licorice Root Extract dan vitamin E yang mencipta fungsi 3 dalam 1 iaitu penanggal makeup, pembersih muka dan juga sebagai pelembap supaya kulit kelihatan segar sentiasa. 

Banyak betul fungsi pembersih muka ni ek


Di antara bahan-bahan yang digunakan adalah :

Minyak Kelapa Dara (VCO)
Pelembap semulajadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektan yang, membantu untuk mengekalkan liang roma bersih dan mencegah jerawat. 

Vitamin E
Mewujudkan fungsi 3-in-1 iaitu mencerahkan kulit wajah, membersihkan dan melembapkan kulit untuk kulit yang segar dan bersih. malah ia juga sesuai untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan .

Licorice Root Extract
Mengandungi glabridin yang membantu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata, perubahan warna dan bintik-bintik. Juga digunakan secara tradisional untuk mencerahkan kulit. 

Olive Oil Ester
Ejen pembersihan tambahan yang selamat untuk digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri-ciri anti-radang dan membantu untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan

Wow 

penanggal make up boleh 💗 💗 💗
Pembersih muka boleh 💗 💗 💗
Pelembap muka lagilah boleh kan 💗 💗 💗

Ishkk memang tak sabar nak gunakan lah


Cara penggunaan:-

Bersih dan segarkan kulit dengan 3 langkah mudah yang tak payah nak di ajar lagi kan

1. Sapukan ke kulit kering. Urut secara membulat. 

2. Tambahkan air sedikit untuk hasilkan buih dan terus urut. 

3. Bilas bersih dengan air.

Digunakan 2 kali sehari atau  setiap kali nak tanggalkan make up. 


Untuk Siapa Face Cleansing Oil ni ye, eh penting ni tau

* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.

* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.

* Sesiapa yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka.

* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Sila berhenti serta-merta sekiranya terdapat sebarang iritasi atau kerengsaan pada kulit selepas menggunakannya .

Ok.. bagi sesiapa yang ingin dapatkannya.. boleh order terus
di link-link atau website dibawah ni ye..

Facebook: 

Instagram: 

Website: 

Youtube : 

Ok korang selamat mencuba ek



Saturday, November 11, 2017

3M Malaysia Meraikan Sains dan Inovasi selama 50 Tahun

Hi Korang,

Sempena sambutan ulang tahun yang ke-50, 3M Malaysia buat julung kalinya menganjurkan pameran pengalaman yang bertajuk “3M 50 Years of Science and Innovation that Cares”. Pameran yang diadakan dari 8 hingga 12 November 2017 ini menonjolkan Sains dan Inovasi di sebalik rangkaian produk dan penyelesaian 3M supaya para pengguna dapat merasai pengalaman tersebut dalam pelbagai bidang.

(From Left to Right) Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia and Mohamad Alex Edward Jamuh Abdullah, Deputy General Manager from the Malaysia Book of Records officiating the “Biggest Collage Made of Sticky Notes” using Post-It® Super Sticky Notes by 3M Malaysia and INTI International University & Colleges.

Semasa majlis pembukaan, Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata, “3M sentiasa berusaha untuk melangkaui batasan Sains dan Inovasi. Tujuan utama kami adalah untuk memperbaiki setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Keazaman dan semangat inilah yang telah menyumbang kepada kejayaan kami selama 50 tahun di Malaysia.”

Tambah Parameswaran,“3M menggalakkan budaya penciptaan dan inovasi melalui pengaplikasian Sains dalam penghasilan produk yang efektif dan penyediaan penyelesaian yang inovatif untuk menghadapi cabaran harian walau sesukar mana pun. 3M 50 Years of Science that Cares menyemarakkan semangat tersebut menerusi pameran ini yang dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia.”

(Middle) Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia, Mohamad Alex Edward Jamuh Abdullah, Deputy General Manager from the Malaysia Book of Records, together with students from INTI International University & Colleges in front of the newly awarded “Biggest Collage Made of Sticky Notes” using Post-It® Super Sticky Notes in Malaysia.

Pameran pengalaman tersebut dimulakan dengan penampilan Dr. Ezani Monoto sebagai duta rasmi jenama Scotch-Brite™. Dr. Ezani Monoto, yang merupakan seorang doktor gigi dan pemenang Masterchef Malaysia yang pertama, membawakan pengalamannya di dapur untuk mewakili produk Scotch-Brite™ dalam penggunaannya di rumah, supaya dapat membantu rakyat Malaysia berjimat dan membelanjakan wang mereka dengan sebaiknya. Pada acara tersebut, Dr. Ezani Monoto turut mengadakan sesi memasak dan perkongsian tip pembersihan dengan menggunakan produk Scotch-Brite™.

“Sebagai seorang chef yang aktif, saya bergantung pada produk Scotch-Brite™ yang membolehkan saya membersih dengan cekap dan berkesan dalam urusan harian saya, tidak kira di rumah atau di dapur; ini adalah kerana Sains yang digunakan untuk menghasilkan rangkaian produknya. Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan jenama Scotch-Brite™ yang sudah dikenali dan dipercayai oleh ramai rakyat Malaysia,” kata Dr. Ezani.

Dr Ezani Monoto and Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia during the signing ceremony of Dr Ezani Monoto as the official 3M Scotch-Brite™ brand ambassador.

Sejurus itu, majlis pembukaan disemarakkan dengan catatan rekod dalam Malaysia Book of Records bagi “Kolaj Terbesar menggunakan Nota Lekat” menggunakan Post-It® Super Sticky Notes. Rekod ini merupakan kerjasama antara 3M Malaysia dan INTI International University & Colleges yang membantu dalam penghasilan dan reka bentuk latar belakang tersebut.

Sepanjang pameran pengalaman yang diadakan minggu ini, 3M akan mempamerkan Sains dan Inovasi di sebalik produk 3M dalam setiap aspek kehidupan. Ini termasuk teknologi di sebalik sistem penulenan air 3M, bagaimana produk Scotch-Brite™ dapat membantu anda membersih 3X lebih pantas dan tahan 3X lebih lama, serta melindungi bahagian luar kereta anda dari serpihan dan calar ringan dengan 3M™ Scotchgard™ Paint Protection Film Pro Series.

Selain itu, 3M turut mempamerkan produk dan penyelesaiannya dalam pengelolaan rumah dan tempat kerja, kesihatan, kecergasan, penjagaan kereta dan keselamatan peribadi; dengan rangkaian produk dari peralatan membersih, pencangkuk, pita, pelekat, alat bantuan kesihatan & pendakap, pembalut klinikal, produk automotif, penapis air, dan banyak lagi penyelesaian yang inovatif.

Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia getting hands-on at the experiential exhibition, by explaining to visitors and members of the media on the Science and technology behind 3M’s range of water filtration and purification systems.

Sepanjang acara selama lima hari tersebut, pengguna boleh mengalami sendiri dan mengetahui bagaimana Sains diaplikasikan atas produk 3M dan pada masa yang sama dapat memenangi hadiah-hadiah menarik. Para pengguna juga akan dapat menyaksikan secara langsung bagaimana sebuah kereta diubah sepenuhnya dalam demonstrasi membalut kereta. Ingin mendapatkan ASD$100. Atasi ujian kekuatan 3M™ VHB™ Tape dan anda akan memenangi hadiah lumayan ini. Di samping itu, 3M juga akan menganjurkan sebuah ceramah pergigian yang bertajuk "Caring for Your Chompers" untuk berkongsi pengetahuan dengan pengguna.

3M 50 Years of Science That Cares diadakan dari 8 November hingga 12 November 2017 di Oval Concourse, 1 Utama Shopping Centre. Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari https://www.facebook.com/scotchbrite.my/














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, November 10, 2017

ENCHANTEUR Paris Petite Parfum, Senang Di Bawa Ke Mana Sahaja

Hi Korang,

Sesuatu yang unik untuk seorang wanita miliki....


Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. 

Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan. 


ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. 


Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)

Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)

Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu. 


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, korang akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara. 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com