Saturday, March 26, 2016

‘eBu BabyPedia’ Singkap Perjalanan Lisa Surihani & Yusry Tempuhi Saat-Saat Bergelar Ibu dan Bapa

Hi Korang,

Nak citer pasal program terbaru di Astro iaitu ‘eBu BabyPedia’


Astro hari ini memperkenalkan sebuah program baharu yang menyasarkan golongan ibu dan bapa muda. Sebagai ibu bapa baharu, ramai yang mendapat pelbagai petua dan tradisi sehingga tertanya-tanya yang mana harus diikuti. Jadi eBu Babypedia, sebuah siri terbaharu di bawah payung eBu bakal menampilkan pasangan selebriti popular Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim yang akan mengupas kebenaran yang terselindung di sebalik tradisi yang terdapat di seluruh dunia.


Naib Presiden Perniagaan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Kami di Astro sentiasa berusaha untuk memberikan kandungan yang terbaik buat penonton kami. Oleh yang demikian kamipun mewujudkan eBu. Perjalanan melangkah ke dunia keibubapaan merupakan fasa yang mengembirakan serta mencabar. eBu rata-rata memberi penekanan dan pendedahan terhadap kemahiran keibubapaan, tip-tip berguna serta informasi penting yang boleh dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk menerokai fasa baharu ini.

eBu Babypedia menghimpunkan pelbagai petua serata dunia serta amalan turun temurun dalam membantu ibubapa untuk menjaga cahaya mata mereka dengan sempurna. Antaranya termasuklah petua kehamilan masyarakat Melayu, Cina, India, Afrika, tip-tip kesuburan, pantang larang serta adat istiadat tradisional dan sebagainya. eBu Babypedia juga menampilkan pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Jihan Muse dan Bell Ngasri yang pasti akan mencuit hati penonton dengan telatah dan gelagat mereka melakonkan semula isu-isu yang dipaparkan secara santai dan cukup bersahaja. eBu Babypedia yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu bermula 23 Mac 2016, jam 9.00 malam ini bakal menemui penonton selama 13 minggu dengan setiap episod mengenengahkan topik-topik yang kehamilan yang menarik. 

Tambah Yasmin lagi, “eBu Babypedia merupakan satu program yang cukup istimewa kerana kami menyentuh pelbagai pantang larang serta tip-tip berguna yang boleh dimanfaatkan ibu-ibu mengandung di luar sana. Kami mendapatkan pandangan dari pakar serta membuat penyelidikan yang teliti demi memastikan kandungan eBu Babypedia tepat daripada segi faktanya dan sahih agar boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu muda”.


Sementara itu segmen eBu, yang menampilkan program berbentuk keibubapaan bakal menyiarkan pelbagai variasi rancangan yang bukan sahaja menghiburkan para penonton malah memberi pendedahan ilmiah berkenaan tip-tip, informasi dan hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan. eBu merupakan dedikasi khas Astro untuk ibu-ibu di luar sana terutamanya dalam perjalanan mereka melangkah ke dunia keibubapaan, sebuah fasa yang bukan sahaja mengembirakan tetapi mencabar diri mereka. eBu bukanlah sekadar hiburan semata-mata, ianya bertindak sebagai wahana penting yang boleh dijadikan rujukan dalam persediaan mereka untuk menerokai fasa baharu ini. Segmen eBu akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123. Sebelum ini, siri Papa Hero Saya musim kedua dan Untuk Dia telah pun terdahulu mengisi slot eBu.

eBu bukan sahaja bersiaran di televisyen tetapi pendekatan 360 darjah slot ini juga akan menggabungkan integrasi pelbagai lagi platform lain yang sedia ada, selaras dengan hasrat eBu menjadi ‘one stop parenting center’ di Malaysia. Radio Sinar FM menerusi penyampai popularnya, Abby Fana telah pun memulakan segmen eBu di radio tersebut pada jam 11 pagi setiap hari Rabu di mana beliau mengutarakan pelbagai topik menarik berkaitan motivasi dan pengalaman bergelar seorang ibu serta berkongsi pandangan bersama pendengarnya berkenaan isu-isu tersebut. Pendengar setia Sinar FM juga boleh mendapatkan inspirasi, petua dan tips keibubapaan menerusi segmen istimewa ini.

Istimewanya lagi, sebuah aplikasi khas eBu telah dihasilkan oleh pihak Astro di mana aplikasi ini memudahkan ibu-ibu mencatat perkembangan aktiviti si manja sama ada daripada segi penyusuan, pembesaran fizikal serta perbelanjaan yang telah digunakan. Ibu-ibu yang hamil juga boleh mancatat perkembangan bayi dalam kandungan.

Fungsi “Scrap Book” pula membolehkan para ibu merakamkan gambar-gambar si manja mereka dari sehari ke sehari dan mengabadikannya dalam bentuk persembahan multimedia yang boleh disunting sendiri menerusi aplikasi berkenaan. Aplikasi menarik ini juga adalah aplikasi keibubapaan dan kehamilan dalam versi Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Setiap detik ibu bapa bersama si manja kini boleh dirakamkan dengan menggunakan aplikasi eBu. 


Selain itu, laman sesawang eBu yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal menyaksikan kerjasama eBu dengan majalah keibubapaan terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang cukup terkenal di Malaysia, Pa&Ma. Kandungan dan artikel terpilih daripada majalah itu akan ditransformasikan menjadi infografik yang cukup menarik dan akan dimuatnaik ke laman sesawang tersebut yang boleh diakses secara percuma. eBu juga tidak ketinggalan untuk turut sama berinteraksi di media sosial menerusi akaun Facebook, MyeBu dan Instagramnya, @my.eBu . Untuk maklumat lanjut mengenai eBu, layari www.eBu.com.my

Jangan lupa, saksikan program eBu Babypedia yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria, saluran 104 dan Astro Ria HD, saluran 123.

Friday, March 25, 2016

Mencuba Produk Kecantikan Daripada NEESYA SkinCare Series Lumi°®

Hi Korang,

Kan aku cakap aku kan suka mencuba!


So tak salah rasanya aku cuba produk kecantikan keluaran NEESYA ni kan. Kalau berkesan jadikan amalan, kalau tak nak buat cam ne huhuhuhuhu nangis tepi bucu katil..


Wei produk ni dah lama ada di pasaran Malaysia tau, tengok Duta NEESYA iaitu penyanyi ainantasneem. comey nau dia nie ek

Ada 2 produk yang aku nak perkenalkan iaitu LumiScience°® Illuminating Essence dan juga Lumi°® Brightening Overnight Mask. 

So satu-satu dulu ek


LumiScience°® Illuminating Essence (65ml)

Visibly boosts skin luminosity with LumiScience°® Technology through a 360° approach. Skin regains its translucent appearance as skin is brightened, hydrated and protected against damaging free radicals and oxidative stress. Results: An illuminated and more even toned complexion.

Di antara bahan utama yang terkandung didalam Illuminating Essence ni adalah

AcquaBiomin™ Gem Blend 
Enhances skin radiance, hydration and active ingredients absorption.

Acquacell™
Immediate, intensive Hydration. (within 15 mins) Strengthens skin’s natural moisturising ability. Increases skin hydration levels at every layer of the epidermis. Immediate smoothening of fine lines. Smoothening of superficial wrinkles in 2 weeks.

Alpha-Melight™
Effective Skin Whitening - melanin inhibilation with anti-inflamotary and soothing effect.

Silver Vine Extract 
Anti-carbonylation (anti-protein oxidation) at the stratum corneum - Skin radiance & clarity enhancer. Melanin inhibition for fairer, even toned skin. Skin energizer and healthy metabolism. Anti-Free radical and anti-oxidant protection.

Elok kan bahan-bahannya kesemuanya kearah kebaikan kulit seperti buat wajah berseri-seri, lembutkan kulit muka, membaikpulihkan sel-sel mata di muka tuh.


Cara penggunaan:

Lepaskan bersihkan muka dan sapu toner, korang boleh titikkan 4-5 titik dan sapukan di seluruh muka. Buatlah urutan muka sket kan. Boleh guna 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan malam.

LumiScience° Illuminating Essence, bernilai RM99 (tidak termasuk GST)

Ok produk kedua adalah:


Lumi°® Brightening Overnight Mask (75ml)

An intensive overnight treatment mask formulated with Silver Vine Extract and AlphaMelight™. Contains concentrated dose of brightening complex to help diminish skin discoloration, revitalise complexion and restore skin hydration while you rest. Recharges tired skin with essential moisture and anti-oxidants to help skin regain it suppleness, vitality and youthful glow.

Yelah kena guna mask jugak sekali sekala tapi bukanlah tiap-tiap hari ek. Bukan apa nak menghilangkan daki-daki yang berlebihan yang pencuci muka kekadang tak boleh nak meresap hehehehe


Di antara bahan utama yang terkandung didalam Brightening Overnight Mask ni adalah

Aloe Leaf Extract, Sodium Hyaluronate 
Moisturising, soothing.

AcquaBiomin™ Gem Blend
Enhances skin radiance, hydration and active ingredients absorption.

Alpha-Melight™
Effective Skin Whitening - melanin inhibilation with anti-inflamotary and soothing effect.

Silver Vine Extract 
Anti-carbonylation (anti-protein oxidation)
Radiance and skin clarity enhancer.
Melanin inhibilation anti-free radical and anti-oxidant.


Cara penggunaan:

Sapu je di muka sebelum tidur sambil urut-urut muka tu dah biarkan sampai esok pagi. Tak yah nak cuci-cuci ek barulah meresap masuk ke kulit muka tu kan. Seminggu 1-2 kali je tau

Lumi° Brightening Overnight Mask, bernilai RM59 (tidak termasuk GST)

Oh ye NEESYA Skincare ni menggunakan bahan-bahan yang telah pun mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat chop HALAL Jakim. So gunakan tanpa was-was


Untuk info lanjut, 


Website :

Thursday, March 24, 2016

Makan KIMCHI Halal Buatan Muslim, Sedap Ler

Hi Korang,

안녕하세요 모두 
annyeonghaseyo modu 
maknanya 
Hello Everyone…

Wah berkorea plak kite ek, itulah banyak nau tengok Running Man, 2 days 1 night, Infinite Challenge, Law of The Jungle sangat kan terus terrer sket cakap Korea hahahahhha

Itu semua tipuuuu!!

Memang aku layan reality tv Korea ni tapi tengok jelah sebab kelakar yang ampun boleh bergegar rumah kalau gelak memalam ek hehehehe


Time ada challenge makan-makan tuh, aku mesti terpandang menda alah Kimchi ni. Apa mendalah yang kemain sedap nau diorang ni makan, sampai makan nasi kalau tak de kimchi memang tak sah. So aku pun google lah serba sedikit apa dia Kimchi ni ek

Kimchi (김치) adalah makanan atau dikenali sebagai lauk pauk yang paling terkenal di Korea Selatan. kimchi selalu dihidangkan ketika kita sedang makan bersama di restoran Korea Selatan. Kimchi merupakan antara lauk wajib atau lebih dikenali dengan (side dish) sebagai pelengkap makanan orang Korea. Jika orang Korea makan tanpa kimchi, seperti waktu makan mereka tidak lengkap . Selain orang Korea, kita pun boleh menikmatinya kimchi ini.

sumber : google.com

Ermm kira macam sambal belacan gituhlah ataupun ulam, memanglah menambah selera. So berkobar-kobar nak buat sendiri ni so aku google lagi cara nak buat Kimchi


Bagaimana Proses Pembuatan Kimchi? 

Makanan Korea Selatan kimchi biasanya paling banyak dimasak ketika menghadapi musim sejuk . Pada musim sejuk dan musim sejuk yang panjang kimchi dimakan sebagai sayur-sayuran. cara membuat kimchi adalah yang pertama sayur-sayurannya direndam dalam air garam , lalu di perap dengan dengan srbuk cili, bawang putih, bawang bombay, daun bawang, dan sos ikan.

sumber : google.com

Senang memanglah senang tapi masa tu tak de wei. Aku ni jadual senantiasa penuh so curi-curi sket pun payah ek. So apa ada hal, kita order saja dari 

@Haskoreankitchen

Dia ni sebenarnya contractor aku masa projek yang lepas-lepas, abis je projek tuko profession jadi lain plak. Dia buat kimchi ni secara suka-suka then ramai pulak yang minat dan order terus kat dia. Selain daripada Kimchi, dia da Gimbab tapi yang tu tak leh courier coz tak tahan lama kan.


kemain berbalut tebal ek, takut tumpah katanya

Tengok 2-3 hari order dah sampai pun hah, siap berbalut-balut bagai lagi takut airnya tumpah. Aku biarkan semalam tu balancekan temperature kimchi then baru makan. 

Nampak makan dengan apa?



Hehehehe lauk menu tengahari, aku bawak bekal dah suku jalan makan baru teringatkan kimchi ni. Cepat-cepat bukak fridge dan keluarkan, ya ampun sedap tak delah masam, sayur kobis tu tu crunchy lagi tau. Bertambah selera makan, sampai licin lauk tu semua ek. 



Lepas dari tu, kalau keluar lunch kat bawah-bawah ni mesti aku bawak sekali kimchi tu ek, sedap la wei.

Baca ni




Testimoni orang-orang yang pernah order dengan HasKoreanKitchen ni ek.


Korang kalau nak order boleh ke


Whatsapp :017-3240596

IG : @HasKoreanKitchen


Order je dengan dia, nak berdesup dia hantar. Dia ni base kat Penang, kalau yang nak rasa Gimbab tu boleh lah pi cuba order dengan dia jugak.

Cuba dulu then baru tau…