Monday, October 12, 2015

JUST SEAFOOD Restaurant, Sunway Giza Mall

Hi Korang,


Yeah, citer bab makan lagi… I like!!


Seafood ermm siapa yang tak suka kan, lebih-lebih lagi aku. Yelah ko makanan bercengkerang ni kalau tak kena gaya masak boleh hanyir dibuatnya. So baik aku pi makan kedai sudah, dan tentu confirm diaorang ni lebih expert memasak daripada aku kan.


So last week, ktorang dapat jemputan makan di Just Seafood Restaurat, Sunway Giza Mall. Alah dekat area Kota Damansara tuh, nasib baik weekend so tak de busy sangat area tuh kan.




Aku sempatkan borak-borak dengan Terrence tuan punya restoran ni, dia dapat idea bukak restoran ni sebab nak memperkenalkan makanan laut daripada Australia yang jarang atau payah nak dapat kat Malaysia ni. So kebanyakan bahan makanan laut di ambil dari Australia dan di bawa ke mari. Wow import mari wokeh…




Restoran ni berkonsepkan open air, but still tak leh smoking dan vaping la coz ist still dalam mall. Memang lepaklah sambil makan sambil tengok orang lalu lalang hehehehhee bolehlah usha awekk gituh.

Dah merapu lebih, meh nak citer pasal makanan plak

Oyster Fritters

Ini adalah tiram yang digoreng bersalut tepung dan dihidangkan panas-panas. Di makan pula dengan Tartar dipping Sauce sungguh membuka selera korang nak makan banyak lagi seafood segar.

Kale Salad with Honey Mustard Vinaigrette

Salad sebagai pembuka selera. Sayur Kale ni di antara sayur termahal di kalangan keluarga sayur gituh lah. Sayur segar dengan buah nangka dalamnya memang menarik dan rasa segar2 rangup. 

Australian Seafood Feast




Ini ada menu yang mesti kena cuba sebab ianya merangkumi 3 jenis makanan laut yang di hidangkan didalam satu dish, bertingkek-tingkek oooo. Ada fresh oysters yang dihidangkan secara raw bersama perahan lemon, mussel or garlic mussel dan Mangrove Crab yang di masak charcoal BBQ. Nampak kan semuanya bersaiz beso dan menyelerakan, sesuai untuk di makan untuk 3-4 orang.

Famous Australian Chili Mussels

Asia-Cajun Clams

Asia-Cajun Prawns

Ini adalah hidangan wajib cuba ek, mussel, clams dan prawns. Di masak secara Asian-cajun, tak pedas dan tak manis. Rasa tomato je kuahnya dan dicicah sekali dengan roti memang awesome sungguhlah. 

BBQ Squid

BBQ Prawns

BBQ Barramundi

BBQ Sting Ray

Yang ni pulak, hidangan makanan laut yang dimasak secara BBQ. Ni memang sedap, semuanya bakar or panggang. Sotong memang cepat abis, sekali letak je terussssss licin. Aku rasa cara ianya di bakar tak sama dengan kita selalu panggang lah coz unik sungguh rasanya. Pekena pulak dengan sos pencicah yang pelbagia jenis ni, lagilah terangkat!

BBQ Oyster with Cheese

Kepada yang tak suka makan oyster mentah tuh jangan bimbang, ada menu khas untuk korang. Oyster yang di makan dengan cheese, cheezy dan melting dalam mulut. Dah macam makan pizza plak.

Scallops With Roe

Nampak macam pedas tapi tak pun, sedap. Di bakar dengan sos istimewa ciptaan tukang masak sendiri. Sekali ngap je masuk mulut kan.

Salted Fish Fried Rice

Ia untuk mereka yang teringin jugak nak makan nasi dengan laut-laut seafood ni kan, nasi goreng bersama dengan ikan masin dan juga ikan bilis. Memula nak rasa sesudu je lepas tuh bersudu-sudu masuk mulut ek

BBQ Brown Crab



Ini yang terakhir sekali ek yang mesti korang cuba sebab harganya yang sangat boom boom paw. Tanya sendirilah kat tokeh kedai kan hehehhe. Inilah dia Brown Crab atau lebih di kenali dengan ketam laut dalam. Tengok lah saiz ketam ni memagn cukup besar dan juga isi paling banyak. Di masak secara charcoal BBQ sahaja memang dah sedappp.

Fried Mars Bars with Ice Cream

Its dessert time..

Specially menu ni sampai aku tak terfikirkan coklat Mars di goreng unik dan dihidangkan sekali dengan vanilla ice cream. Memang penutup / ending yang hebatlah.





In terms of harga, bagi aku bersesuaian dengan harga makanan laut di pasaran. Tak mahal dan tak murah, its worth it.

Ermm menjejes la air liur tu kan, ni hah tempatnya


JUST SEAFOOD RESTAURANT
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, 
Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya


Jemput makan semuanyeeeeeee.....


MALAIKA OIL | Hilangkan Kesan Jerawat Dan Jeragat

Hi Korang,

Masalah kulit muka ni memang senantiasa dalam perhatian aku.


Alah jangan cakap aku je, korang pun kan. Ishk malu-malu plak. Ni aku nak citer pasal facial treatment oil yang namanya MALAIKA OIL. Curlass kan nama, teringat aku nak anak Mawi World tuh coz anak perempuan dia kan namanya Cahaya Malaika. Hah gitulah bunyinye ek.

Apa sebenarnya kelebihan Malaika Oil ni?

First of course lah aku suka bau dia, keduanya, Malaika Oil ni mampu menanggalkan minyak kotor dari muka korang terutama dari alat solek dan bahan kimia yang terdedah setiap hari. Kita tak tau kan mcm mana kotornya muka kita, so Malaika Oil dpt cuci sedalam-dalamnya kulit muka korang. Malaika Oil juga boleh dijadikan sebagai serum untuk menghilangkan parut jerawat dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah.


Minyak Malaika ini berasakan 'Extra Virgin Olive Oil' yang merupakan bahan rahsia dalam dunia kecantikan sejak dari zaman dahulu kala hingga la sekarang. Kalau nak tahu apa kebenda Extra Virgin Olive Oil ni, alah google lah sendiri ek.

Uniknya Malaika Oil kerana menggunakan semua bahan semulajadi, like Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan. Bahan-bahan ni semua mempunyai khasiat yang tersendiri, bila digabungkan, mmg malatops lah

Berikut adalah kebaikan or kelebihan menggunakan Malaika Oil.

1) Mengecut dan menghilangkan jerawat mahupun jeragat
2) Menghapuskan bintik hitam serta putih
3) Mengurangkan parut jerawat samada parut yang baru ataupun yang lama
4) Mengecilkan masalah liang pori
5) Melembapkan dan melembutkan kulit muka
6) Mengawal penghasilan minyak di wajah

Cara Penggunaan Malaika Oil




1. Goncang botol, titis di tangan dan apply kat muka, urut seluruh muka selama 1 minit kemudian bilas dengan pencuci muka.


2. Sebelum tidur, sapukan Malaika Oil pada jerawat, jeragat, parut kemudian biarkan semalaman dan cuci muka menggunakan pencuci muka apabila bangun keesokan pagi.

P/s: jgn campurkan Malaika Oil dengan apa2 foundation atau bedak yg mengandungi bahan kimia yg tinggi.

*Bagi pengguna pertama kali, korang disarankan menggunakan malaika oil 1x sehari dahulu iaitu pada waktu malam sahaja sebelum tidur.

*Lemon oil sangat sensitif dengan cahaya matahari. Pastikan korang menyimpan malaika oil di tempat yang dingin dan jauh dari haba atau cahaya matahari.

Testimonial Pelanggan Malaika Oil




Harga pasaran
RM49  (Tidak termasuk kos pos laju)

Layari dan sebarang tempahan boleh ke:

WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:


Whatssap: 'Malaika' ke 016-9418247 / 011-6825669

Thursday, October 8, 2015

Weekend Di Resort Suites Sunway Lagoon Resort

Hi Korang,

Baru balik outstation dah berjalan lagi.

Aik tak reti penat ke kan? Ek bukanlah. Sebenarnya aku ada dapat voucher untuk berhujung minggu di Resort Suites ni. Dekat benau kat Sunway Lagoon tu je.


Kalau nak tau Resort Suites ni terletak bersebelahan dengan Sunway Piramid dan juga Piramid Tower Hotel, ini macam in between of this two lah. So ke kiri boleh dan ke kanan pun boleh.



Disebabkan ktorang ni special sket, so dapatlah check in awal dalam kul 12 tengahari gituh. Oh ye, lobby resort ni di tingkat 12 so kalau korang dari basement ada special lift entrance kat B1. Ikut signboard je senang.


Kira privacy sungguh tempat ni, lobby pun tak semak dengan orang. Quiet dan peaceful sajor, Cuma ada 2 orang reception yang lobby ni. Settle je urusan check ini bagai, terus je ktorang di bawa naik ke tingkat 28, wow ingat paling tinggi rupanya ada lagi satu lagi tingkat iaitu tingkat 29. Sayup je bilik pandang ke bawah ek.

boleh pi mandi kat sunway lagoon nanti ek

Ini dia bilik 28111

Its actually macam studio apartment gituhlah tapi luas yang amat. Hall luas, katil beso, bilik air luas, dapur just nice pendek kata selesa la kan.

Ok snap-snap gambar dulu untuk tatapan korang.

living hall

katil empuk

dalam bilik pun ada tv tapi tv lama jelah alah janji boleh tengok kan

selfie jap 

toiletries 


bathtub untuk mandi buih pun ada

dapur yang almost lengkap, boleh masak sekali ek





Internet sangat laju tapi kena double check dulu suis internet dengan housekeeping ek sebab kalau tak de guest, automatically diorang akan tutup service wifi untuk bilik tuh.


Lepak kat bilik sekejapan abis amik gambar tuh, lepas tu terus keluar sampai malam. Sekali sekala jadi budak Subang Jaya so hangout lah a few places for coffee kan hehehehhe

Malam tu balik terus tidur sebab kekenyangan makan seafood kat Just Seafood Sunway Giza Mall, seriously tak pernah Mr Big makan seafood sampai sengkih2 perut dia kan. Hebat sungguh penangan restoran tu ek. Nanti aku citer lah..

Esoknya bangun boleh lambat plak, dalam kul 9.30 pagi cam tu.

Letih sangat kot lagipun tilam tuh empuk benau rasa macam ditarik-tarik supaya jangan bangun dan teruskan je tidur. Disebabkan voucher untuk promotion ni tak disediakan sarapan so aku dah prepare awal-awal makanan untuk sarapan ek.


Tada.. hebat tak?

beli yang frozen punye, jadilah kan


Ada nasi goreng kampung, spagethi bolognese, beef lasagne, kopi dan siap ada juice sekali ek. Heaven sangat breakfastnya, semuanya panaskan guna microwave sahaja.

Lepak kejap dan siap-siap untuk check out ek.

sempat lagi nak selfie kat lobby ek

Thanks Resort Suites for this special accommodation. Kalau boleh nak datang lagi ke sini nanti, bukan apa sekali sekala lepak-lepak chillax apa salahnya kan.

Korang kalau nak book hotel ni dengan pada RM199 per night, ni klik kat link http://www.bit.ly/ResortSuitesBS nanti korang boleh pilih yang mana sesuai dengan budget or pilihan hati korang ek.

Yeah selamat bercuti korang….

Wednesday, October 7, 2015

Sejuk-Sejuk Pekena Kopi Memang Best!

Hi Korang,

Lama tak pekena kopi dengan roti bakar kan!

Itulah sejuk-sejuk ni memang sedap ooo kalau pekena yang panas-panas ni kan..



Arghh


Tak boleh tahan oooo tapi kat area opis aku kat Seri Kembangan nie tak de kedai kopi yang serve cam ni lah. Kalau korang tau memana kedai kopi yang cam ni ek hehhehe aku nak pi terjah!

ermm miss my coffee session with my bos sado huhuhuhu...