Friday, May 29, 2015

US Potatoes Culinary Festival 2015

Hi Korang,


Sangat seronok bila dapat ajakan daripada food blogger termasyur Dr Sidney Kan ke majlis yang special ni iaitu festival "US Potatoes Culinary Festival 2015" yang telah pun berlangsung buat kali keduanya di Malaysia.


Pesta kulinari berasaskan kentang US Potatoes dianjurkan oleh US Potato Board akan berlangsung bermula dari 1 sehingga 30 Jun 2015. Sebanyak 13 restoran berprestij di sekitar Lembah Klang menyertainya dan masing-masing akan menampilkan pelbagai keenakan hidangan unik ala-ala hidangan fusion tanpa mengenepikan khasiat pemakanan dan rasa unggul dari kentang US yang berkualiti.


Restoran berprestij dan hotel yang mengambil bahagian tahun ini antaranya seperti:-

Best Western Hotel, Petaling Jaya

Big Hug Burger

Burger Factory

Jibby & Co.

La Bo Ca Latino

La Risata

Maria’s Steakcafe

Naughty Nuri’s

Rendezvous Steak Garden Restauran

Secret Of Lousinan

Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur

The Daily Grind

The Roulette Bar

Ucapan aluan dari pihak penganjur festival.

Satu majlis memperkenalkan hidangan yang disediakan oleh chef-chef dari restoran berperstij yang terlibat telah diadakan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan of courselah aku rasa amat bertuah kerana menjadi sebahagian media yang dijemput untuk melihat dan merasai sendiri hidangan hebat yang disediakan berasaskan US Potato.


14 antara chef-chef terbaik di Malaysia yang berjaya menghasilkan hidangan fusion yang istimewa berasaskan kentang US yang punyai khasiat dan rasa unggulnya tersendiri.

By the way, nak sket info lagi ek

Tujuan US Potato Board menganjurkan festival ini adalah untuk mempamerkan dan memperlihatkan bagaimana kentang US boleh digunakan sebagai bahan utama dalam pelbagai resipi dari hidangan pembuka selera sehinggalah kepada pencuci mulut. Ini secara tidak langsung akan menarik minat orang ramai untuk mencuba hidangan berasaskan kentang US dengan cara baru, menarik dan sihat.

Pakar pemakanan Malaysia Puan Indra Balaratham menyentuh tentang khasiat pemakanan yang boleh diperolehi daripada kentang US.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia mungkin telah menjadi tradisi menikmati kentang dalam bentuk seperti goreng, lecek atau dibakar, kentang yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Namun apabila diberi pendedahan tentang hidangan berasaskan kentang dengan cara menarik, secara tidak langsung membuka dimensi baru untuk masyarakat Malaysia sendiri untuk lari daripada memasak hidangan kentang mereka dengan cara biasa.

Satu sederhana (5.3 auns) kulit-ke US kentang hanya mengandungi 110 kalori setiap hidangan, mempunyai kalium lebih (620g) daripada pisang, menyediakan hampir separuh nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol.

Penerangan ringkas dari pihak US Potato Board

Apatah lagi kita tahu tentang khasiat kentang itu sendiri yang tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol. Oleh jangan risau kalau kita mengambil banyak kentang berkualiti dalam setiap hidangan ini kerana ianya boleh dijadikan antara diet sihat.

Jomlah kita tengok di antara sajian menarik berasaskan kentang daripada hidangan utama sehinggalah pencuci mulut. 







































Semuanya menarik, sedap dan paling penting berkhasiat..

So sekarang ni tak perlu lagi lah korang rasa was-was bila makan kentang, ermm takut gemuklah itu lah inilah kan. Sebenarnya kentang sangat bagus dalam masakan kita wokeh




Thursday, May 28, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | Hilton Petaling Jaya, Selangor

Hi Korang,


Entry adalah entry untuk buffet Ramadhan 2015 yang kedua. Ermm slow dan steady je menaip ni kan, walaupun dah ada 8 tempat yang aku pi review ni. 

So sabarrrrr ye…


As usual Restoran Paya Serai bakal menghidangkan lebih 300 jenis makanan ala kampung dan juga antarabangsa yang bertemakan Nostalgic Ramadhan at Paya Serai.







Antara yang bakal jadi hidangan hits adalah Lauk Gulai Kawah, Rendang Tok, Ikan Bakar Melaka, Whole Roasted Lamb Malay Style, Perchik counter with choice of Chicken, beef or fish, Variety of Lemang, Dodol, Apam Balik dan macam-macam lagi.

Jomlah tengok beberapa jenis makanan yang bakal menjadi hidangan di bulan puasa nanti.
















Ok meh tengok dessert pulak ye











ermm tempting dibuatnya lah.. terus jadi lapo dah ni

Untuk buffet “NOSTALGIC RAMADHAN” ni, ianya bermula dari 18hb Jun 2015 hingga 16hb Julai 2015 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di PJ Hilton Hotel ni adalah

RM159nett untuk dewasa (inclusive of 10% service charge & 6% GST)

RM80nett untuk kanak-kanak (inclusive of 10% service charge & 6% GST)

Note:-
Special promo :RM145nett per adult, for the first three days (17 – 19 June) and the last three days (14 – 16 July) of the fasting month. 


Jom kita ke

No 2, Jalan Barat,
Petaling Jaya,
46200, Selangor

TEL: +60-3-79559122 
FAX: +60-3-79553909

Untuk buat tempahan dan info lanjut boleh ke social media PJ Hitlon, click di 

Website : www.zestpj.com

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 




Koleksi XES Signature "The Tales Of Olympus" Sangat Menarik Hati

Hi Korang,

Dah banyak aku pi event XES ni tapi event yang ni memang sangat-sangat awesome.


Kali ini event XES bertemakan fesyen zaman Greek dan para tetamu yang hadir majoriti mengenakan pakaian mengikut tema. Selain daripada produk "signature" - The Tales of Olympus dilancarkan, majlis ini juga meraikan ulang tahun XES yang ke 13 tahun.



Terdapat banyak booth-booth penaja yang menawarkan pelbagai aktiviti. Antaranya seperti Fitness First Malaysia, Luffy Buskers, Ethnic Sense, Sence & Style Beauty Academy, Occubite, Nelson's, The Sompton Spa, BMS Organics, YFS Concept Store, Sakura Kristal, OxyOne, MaskSlim dan Quill City Mall (selaku penaja lokasi).




Sebelum start, ayuh bergembira dengan singgah di booth-booth permainan yang disediakan. Haruslah cuba semuanya untuk menang hadiah hehehhehehe


Ada juga peraduan selfie bersama maskot XES. Pemenang dipilih berdasarkan LIKE terbanyak di Instagram. Aku pun cuba-cuba nasib jugaklah post kat insta.


Ok ok penuh dah kenyang, hati pun senang. Acara pun bermula lah.



Ada persembahan pembukaan daripada Fitness First. Hah kemain ketul-ketul brader ni kan.

Seterusnya pelancaran koleksi "Tales of Olympus" 2015 yang mana didatangkan dalam 12 kumpulan rekaan seperti :-



Tales of Heart
HEARTS- Pada mereka yang menyerlah kecantikannya dari dalam.
"No Beauty Shines Than That Of A Good Heart"

Tales of Courage
COLORS - Untuk mereka yang mencari kegembiraan biarpun pada perkara yang kecil
"Try to be a rainbow in someones cloud"

Tales of Music
MUSIC - For those whos ing the language of the soul
"Music is the art of thinking with sounds"

Tales of Life
LIFE - Untuk mereka yang hidup dalam kehidupan yang boleh menarik perhatian bagi menjayakan impian.
"Enjoy the little things in life for one day, you'll look back and realize they were big things"

Tales of Belief
BELIEF - Mereka yang sentiasa tidak pernah gagal dan percaya tentang kuasa harapan yang dipertaruhkan
"You can have anything you want if you are willing to give up that belief that you can't have it"

Tales of Destiny
Destiny - Bermula dengan kepercayaan dan percaya sesuatu yang baik akan menanti di pengakhiran pelangi
"Destiny decides who you meet in life but it's only your heart that can decide who gets to stay in your life"

Tales of Beauty
BEAUTY - Mereka yang sentiasa berkata perkata yang baik pada setiap orang yang ditemui
"Be yourself, because an original is woth more than a copy"

Tales of Courage
COURAGE - Jiwa yang paling kuat akan memenangi respek paling tinggi daripada orang yang berdekatan denganmu
"Courage is doing what you are afraid to do there can be no courage unless you are scared"

Tales of Love
LOVE- Cinta sejati akan percaya tentang untuk hidup dalam cinta yang penuh bermakna
"Love is magical and it gives you the strength to heal and transform your pain"

Tales of Enchantment
ENCHANTMENT - Tarikan pada mereka yang menemui magis
"You are a stranger magnificient creature and you have enchanted me completely"

Tales of Glory
GLORY -Sebagai pejuang yang akan menghadapi setiap apa cabaran yang diberikan. Dan kemenangan menjadikan anda lebih perhatian dari dalam dan luar diri.
"Our gretaest glory is not in never falling but rising everytime we fall"

Tales of Victory
VICTORY - The combination of effort, diligence and faith is the recipe for victory. VIcory is for those who reap rewards of such success.
"The greatest victory is not winning against people but winning againts self"




Ermm 12 rekaan tuh kemain banyak lagi tau sampai duk pening aku nak fikir mana satu nak pilih. Nasib baik tak lebam otak kan uahauhauhauahuaha


Korang boleh dapatkan koleksi "Tales of Olympus" 2015 di mana butik Signature XES seluruh negara pada harga yang berpatutan.

Keterangan lanjut mengenai produk, boleh klik pada pautan:-


Thank you XES team for the invite tau....