Monday, October 6, 2014

Sekali Sekala Layan Kartun Best Gak!



Hi Korang,

Bila cuti balik kampung, selain daripada dapat makan yang sedap-sedap dapat jugak spend time bersama keluarga tersayang.


Itulah tujuannya supaya kita dapat release tension daripada segala stress yang kita alami masa kat bandar ni kan. 

hehehehe ayat memang poyo betul kan, yang tak boleh blah langsung pompuan gemuk ni tau.


Macam aku, memang suka layan anak-anak sedara aku yang ramai dan still bebudak kecik ni lagi especially time tengok tv.

So sambil tengok kartun nilah, Bagi aku ini masanya dapat rapatkan diri dengan diorang yang jarang aku jumpa, yelah memasing duk jejauh, its time to catch up dengan sekolah diorang, apa yang diorang minat kan.


Lagipun tengok kartun ni memang dapat release tension jugak, yelah kartun kan kelakar so kita akan gelak sakan kan macam tengok kartun Pink Panther ni, walaupun tak de dialog pun kita still boleh faham.

Anak-anak ni plak dapat mempelajari sesuatu samada positif ataupun negatif daripada kartun yang diorang tu tengok sambil hiburkan hati


Tapi setengah jam pertama je aku layan, lepas tuh ermm zzzzzzzz...

hehehehhee

Puaslah bebudak ni kejut aku bangun kan

Teruk punye orang sungguh!






Sunday, October 5, 2014

Cuti Sempena Hari Raya AidilAdha

Hi Korang,

Ermm cuti hujung minggu ni..

Tak kemana pun sebab beraya di Shah Alam sempena Hari Raya AidilAdha ni.


Lepak-lepak kat umah gemuk je, sambil tunggu sedara mara lain datang sebab diorang nak tengok babyboy comel #Aakif ni..

Anyway, selamat bercuti korang...

Friday, October 3, 2014

Dapat Jugak CPUV Iklan Nuffnang Ni Ek

Hi Korang,

Aku bukan kisah pun dengan dengan menda-menda iklan ni.

Yelah berapa sen sangat pun kan, maklumlah unique visitor blog ciklilyputih.com ni bukanlah sekencang otai blogger yang lain kan. So duduk diam-diam dan update jelah apa yang patutkan.

Tup-tup pagi tadi masa nak upload sponsored post kat website Nuffnang ni, tergatal plak aku nak klik bahagian earnings ni plak kan.

Hah tengok ni.


Ada iklan CPUV plak.

Bukan satu, bukan 2 tapi empat sekali gus. 

Alhamdulilah bertambah rezeki aku untuk bulan ni. Tak kisahlah sket ke banyak, janji ada kan. Bolehlah buat tambah-tambah sementara belum cash out kan.