Tuesday, April 15, 2014

Sajian Jawa ‘Yok Maring Dapur’ Di Grand BLUEWAVE Hotel Shah Alam


Hi Korang,

Aku memang bukan orang jawa pun walaupun duk membesar dengan disekelilingi orang jawa kan. Yelah kat JB tu time aku sekolah dulu semuanya orang jawa. Sebab tu aku dah terbiasa dengan makanan jawa ni. Kira macam tempe tu kena makan setiap hari lah bila time balik sekolah.


Bila Achiek dari Grand Bluewave ni jemput makan ke Royale Songket untuk promosi ‘Yok Maring Dapur’ ni, memanglah tak lepaskan peluang.





Promotion di sepanjang bulan April ni bertemakan Keenakan Sajian Asli Jawa. Makanan daripada masyarakat Jawa dengan mengekalkan ciri-ciri khas rasa dan teknik masakan.







Di antara menu popular seperti Nasi Ambeng, Pecal Jawa dan Udang Pecel Goreng dan memacam lagi. Tambah istimewanya lagi, korang akan turut dijamu dengan keenakan pemanis mulut yang disediakan oleh Chef Firdaus selaku Chef Pastri.












Nasi Ambeng Jawa, ermm I like...

Promosi ‘Yok Maring Dapur’ Grand BlueWave Hotel ni bermula dari 1hb April - 30hb April 2014

Harga buffet ‘Yok Maring Dapur’ iaitu di Restoran Royale Songket ialah

RM89.35nett bagi dewasa
RM44.70nett bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM66.15nett bagi warga emas (60 tahun ke atas)


Jom kita ke


Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612

Sesiapa yang tengah mengidam nak makanan Jawa tu bolelah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.

Tapi Nasi Ambeng memang favourite aku tau sebab semua komponen ada, just gaul then terus masuk mulut.


Shampoo Bahan Semulajadi MATRIX BIOLAGE


Hi Korang,


Dah memacam syampu yang aku jumpa kat pasaran hari ni. Daripada yang biasa-biasa je sampai ke yang professional lagi. Semuanya mempunyai pelbagai khasiat yang bersesuaian dengan rambut kita.



Baru-baru ni aku ke media launch MATRIX BIOLAGE. Ermm yang first time dengar, ini adalah syampu telah dicipta pada tahun 1990 dengan komitmen menawarkan hairstylist yang pendekatan yang unik untuk penjagaan rambut secara profesional. Biolage dibahagikan kepada 2 rangkaian - Core & Advanced. 

CORE : Essential Hair Needs (ColorLast, SmoothProof, HydraSource, VolumneBloom)

ADVANCED : Prescriptive Haircare (FiberStrong)

So inilah dia rangkaian syampu Matrix Biolage ni ye


Matrix Biolage HydraSource Shampoo: RM55
Matrix Biolage HydraSource Conditioner: RM55
Matrix Biolage HydraSource Mask: RM45
Matrix Biolage HydraSource Detangling Solution: RM55
Matrix Biolage HydraSource Leave-in Tonic: RM70
Matrix Biolage HydraSource Hydra-Seal Spray: RM45




Matrix Biolage SmoothProof Shampoo: RM55
Matrix Biolage SmoothProof Conditioner: RM55
Matrix Biolage SmoothProof Mask: RM45
Matrix Biolage SmoothProof Leave-In Cream: RM65
Matrix Biolage SmoothProof Leave-in Serum: RM45



Matrix Biolage ColorLast Shampoo: RM55
Matrix Biolage ColorLast Conditioner: RM55
Matrix Biolage ColorLast Mask: RM45



Matrix Biolage VolumeBloom Shampoo: RM55
Matrix Biolage VolumeBloom Conditioner: RM55
Matrix Biolage VolumeBloom Full-Lift Volumizer: RM60


Bestkan, pelbagai jenis rangkaian ada.

cantik kan rambut Tanuja ni, pakai syampu Matrix Biolage la ni ek

Rangkaian Matrix Biolage Reinvention ini boleh di dapati di Matrix Salons yang berhampiran dengan korang ye

Monday, April 14, 2014

Suka Makan Ais Krim Magnolia GOTCHA Safari, Boleh Menang Hadiah Best


Hi Korang,

Siapa tak suka ais krim? Ermm jangan nak tipu ek. Even ayah aku peminat ais krim coklat tau.


Magnolia mengeluarkan produk ais krim mereka terbaru yang berkonsepkan pembelajaran bagi kanak-kanak. Mana taknye ais krim ni warnanya seakan-akan warna haiwan-haiwan.

Lepas tu anak-anak korang boleh belajar mengenai fakta-fakta tentang haiwan pada pembungkus tuh.

ice cream Tiger

ice cream leopard

ice cream zebra

Boleh belajar tentang Zebra, Tiger dan Leopard dan jugak corak bulu mereka. Perisa Zebra di hasilkan campuran perisa Cola dan Lemon-Lime yang membentuk corak bulu jalur hitam dan putih kuda belang ini manakala perisa Tiger mempunyai gabungan yang menarik Coklat dan Vanila dengan jalur hitam dan oren seperti bulunya sementara perisa Leopard mempunyai gabungan perisa Limau dan Anggur dengan bintik bintik seperti kulitnya.


Gotcha Safari adalah konsep aiskrim pertama seumpamanya yang menampilkan ciri-ciri cetakan kulit haiwan pada aiskrim dan maklumat pendidikan pada bungkusannya. Korang dapat mempelajari tentang habitat haiwan dan tabiatnya di belakang bungkusan.

Gotcha Safari sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM1.50 sebatang. Pek variasi yang mengandungi dua Zebra dan dua Tiger juga boleh didapati di pasaran pada harga RM5.80/setiap pek.


Untuk menambahkan lagi keseronokan, korang yang memiliki batang aiskrim istimewa boleh memenangi hadiah seperti yang tertera pada batang aiskrim. Hadiah-hadiah menarik seperti iPad Air, iPod Shuffle dan basikal menanti para pemenang. Pertandingan akan bermula pada April dan tamat pada Jun 2014.


F&N Magnolia akan turut mengadakan pameran pendidikan bergerak yang menyeronokkan untuk mempromosikan aiskrim terbaru ini. Pelawat akan menerima hadiah percuma, belon dan juga peluang bergambar bersama Maskot Gotcha Safari di pameran bergerak itu. Majalah Kuntum dengan kolaborasi bersama F&N Magnolia akan melawat 15 buah sekolah sekitar Semenanjung Malaysia untuk mendidik kanak-kanak tentang dunia haiwan yang menakjubkan.

Ok tengok balik karang singgah kedai runcit abe kat bawah ni ek..