Wednesday, October 30, 2013

My WD Passport Slim

Hi Korang,

Kita-kita blogger ni kalau citer pasal camwhoring bukan main lagi kan.


Pose sana pose sini, lepas tu mestilah heboh nak simpan gambar tu kan mana plak. Kalau dalam laptop, tak ke berat nanti laptop korang loading kan.

Kenalah cari hard disk.


Pilihan hati aku harus lah hard disk yang berkapasiti tinggi. Sekali pi event amik gambo kekadang sampai 1gB. Kena 10 event, amik ko mana nak di sumbatkan.


Bila Western Digital (WD) duk war-warkan yang hard disk My Passport Slim yang aku rasa amat nipis sungguh ni dengan kemampuan 1 TB dan 2 TB, macam nak angkat satu plak kan. Ianya metal case dan 256-bit hardware-based encryption. Ada disertakan juga WD smartware pro data protection yang membolehkan pengguna menyimpan data di dalam My Passport Slim dan juga di account DROPBOX mereka.


Maknanya save sekali 2 tempat gituh.

Ada 2 kapasiti iaitu


1 TB - 4.33 x 3.14 x 0.48 - inches
2 TB - 4.33 x 3.14 x 0.7 - inches


Dengan saiz sebegini, korang boleh bawak kemana saje tanpa nak kisah samaada berat ke besar ke kan.



In terms of harga plak, 1 TB dalam RM309.00 dan 2 TB dalam RM489.00. Alah bukan kena keluar duit setiap kali korang nak save data kan. Lagipun duit blogging korang kan banyak, apa gunanya.


Boleh lah angkat satu kan.

Wordless Wednesday - I Love MAMEE

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk minggu ni


Comel kan maskot MAMEE nie ehehe

Tapi aku lagi comel kan... aahahahahha

Tuesday, October 29, 2013

Beg YAKULT Merah

Hi Korang,

Lately ni suke update thru iPad la.

Mudah dan cepat tapi entry simple-simple jelah. Kalau pepanjang haruslah mencari latop kan.

Ni sempena #NNFoodFest Giveaway last 2 weeks, aku ade join simple contest kat website Nuffnang. Ntah apa ke menda je pun aku tak ingat bijik butir.

Tup-tup, dapat email plak yang aku ni salah sorang pemenang untuk giveaway blogger ni kan.

So tengahari semalam, time lunch sempat gak aku ke Nuffnang opis untuk collect. Tak naik atas pun, mintak tolong Nuffies Anne Cheah antokan kat bawah. Pemalas punya blogger kan, semuanya nak bersuap. Tapi aku bukan cam tu la, sebab tempat tu susah parking je.

Kalau ada parking sudah semestinya aku naik ke atas lepak-lepak kat sofa empuk yang ada kat Nuffies office.

Inilah dia hadiahnya



Beg YAKULT Merah.

Dalamnya info dan brochure berkaitan dengan YAKULT dan kepentingannya meminum minuman kesihatan ni. Ada gak voucher restoran yang tak boleh nak reveal takut nanti korang mintak plak. Merchandise dan memacam lagi lah.

Dan tak ketinggalan jugak


Sebaris YAKULT untuk diminum setiap pagi bagi memcuci perut.

Best tuh......
Sekadar main tweet-tweet je terus boleh menang hadiah. Tu lah sape suruh tak join ni, kan dah rugi.

Thanks tau Nuffnang...