Monday, January 28, 2013

Dapat Jugak Tengok FILEM JUVANA


Hi Korang,

Hah, sape dah tengok JUVANA THE Movie ni? Eleh korang memang advance. Tak macam aku lembab je bab-bab citer melayu ni kan.


Bukan tak dapat pi tengok preview filem Juvana ni dengan media but tak sempat nak pi hari tuh, keje banyaklah awal-awal tahun ni.


Aku ni pun, S.I.L aku yang ajak kalau tak confirm-confirm tunggu keluar kat Astro FIRST jelah.

Sinopsis Filem Juvana:-

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.

Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.


Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.


Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Time tu lah….

Alah ramai yang dah tau kan ending citer ni, siapa mati dan siapa hidup dan siapa kena tangkap balik? So tak yah aku sesusah nak citer. Hehehehhehe

Ok la citernya NOT BAD tapi banyak bercakap sangatlah, patutnya selitkan lah banyak sket action baru lebih gempak. Watak Sharnaaz Ahmad tu memang terbaik oooo. Menjadi sangat, dengan kepala teleng-teleng sekali betul-betul macam psychotic la. Tapi time dia kena belasah dengan Apek tu best, nampak real sangat.

But seriously last part a few minutes sebelum abis tu aku rasa cam tak best plak lah. Cam tak sesuai je

So far Mr Big kasi 3/5 star je coz dia kata action sket sangatlah.


Korang, sempat la nak pi tengok but kena book awal coz filem ni tengah ON baik punya. Penuh je setiap showtime tau.


credit pics from google.com



Gomo Kelate Gomo!

Hi Korang,

4-5 hari entry agak berterabur seket.


Maklumlah baru je balik bercuti dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kalau tak sebab cousin Mr Big kahwin dengan orang sekampung dengan Apek (KFCM) belum tentu aku sampai ke mari.


Ktorg pi naik flight je coz tak sanggup nak drive 8-9 jam kan, so bangun la pepagi nak kejarkan flight. 


Sempat jugakla ktorg berjalan abis satu pekan Kota Bahru ni cuma tak sempat ke Pulau Melaka nak pi ziarah rumah MB Kelantan. 


Yang bestnya haruslah pi tempat shopping. Aku dapat pi Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh dan memacam tempat lagi lah.


Okla nanti citer more details lagi ek...

Hari ni keje la, uhhuuhuhuh cam ne nak berarak nie...


Sunday, January 27, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia : Antara Angin Dan Air

Hi Korang,

Nasib baik sempat aku tengok episod minggu ni punya Fear Factor Selebriti Malaysia

Yelah touch down kat LCCT dalam kul 6.30 cam tu dari Kota Bahru, kemudian pi dinner kat Shaftsbury Square dan akhirnya baru sampai rumah.


Minggu ni cabaran dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ni memang hebat. Mana tak nya kena berlawan dengan nature. Cam ne nak control nature kan? itu kan ciptaan semulajadi yang kita tak boleh predict. 


Cabaran Pertama

Para peserta kena alihkan bendera dari satu point ke point yang lain. Nampak macam senang tapi rasanya bila dah tergantung kat tempat tinggi tu memang cuak jugak lah. Sampai kan Azri AF tu tak boleh buat disebabkan gayat. Hebat jugak penyakit gayat ni ek? Sama hebat dengan sakit jantung. Zawen plak tak boleh buat disebabkan ligamen kat bahunya koyak masa last week punye challenge. 


Cabaran Kedua

Peserta kena melepaskan pasangannya di dalam kotak kaca bermangga yang di rendam secara perlahan-lahan di dalam kolam renang. Mudah kalau pandai control  breathing technique boleh duk lama dalam air tuh. Yang aku perasan kebanyakan peserta yang kena bukak mangga tu yang tak berapa pandai control breath. Maybe sebab panik dan nak cepat.


Keputusan minggu ini

Pemenang Imuniti : Akim dan Farish

Pemenang RM10K : Johan dan Kaka

Pasangan terkeluar : Zawen dan Iz Sulaihi  menarik diri disebabkan kecederaan bahu Zawen yang tak boleh teruskan challenge seterusnya.

Pandangan Aku:

Kalau aku untuk first challenge tu rasanya aku boleh buat dengan syarat jangan pandang bawah sebab kalau duk pandang bawah je memang seram dan gayat la kan. Cabaran kedua tu, aku memang tak boleh buat sebab aku tak pandai berenang so camne nak selamatkan orang lain kalau diri sendiri pun tak terselamat kan.

Kesimpulan:\

Air dan angin memang tak boleh di sangkalkan lagi, so terpulang pada nasib kita untuk tentukannya.

So kita tengok plak minggu depan cam ne plak cabarannya ye.