Sunday, January 9, 2011

Pencalonan Lagu untuk AJL 25

Hi Korang,

Mesti korang tengah asyik layan Anugerah Juara Lagu  (AJL) 25 nie kan. So aku nak bagitau senarai pencalonan lagu2 yang bertanding malam nie.



1. Sempurna (Yuna/Yuna)


2. Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok)

3. Pelita (A.P.I/ Loque)

4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim)

5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)

6. Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)

8. Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

9. Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim)

10. Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface)

11. Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril)

12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

13. Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim)

14. Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

Credit : http://selangor2u.com

 
Sapa keluar dulu aku tak sure lah but now nie Yuna tengah perform. Baju dia meletops uolls..
 

Saturday, January 8, 2011

Broga Hill - Hampir Menjadi Realiti

Hi Korang,


Ermm weekend datang lagi yeah.. Kemana korang kan? Aku + MrBig? Ktorg ke Broga Hill. Ingat tak dulu aku penah tulis pasal impian nak mendaki Broga Hill nie, ye hampir menjadi realiti.

Yang penting dah sampai dah..


Kali nie aku pi dengan bebudak bank Mr Big, ala ktorg memang kenal each other pun. So tempat yang di janji kan Petronas Semenyih pukul 4.30am. Ktorg nie kul 3.45am dah bangun, kemas2 baju bagai then sampai exactly seperti yang dijanjikan. Tapi diorg? ermm nan ado, kul 6.00am baru terpacul itu pun setelah 3-4 kali kena panggilan hangit kan.

Pukul 6.50am


Nie dah hampir sampai nie but....

Dari petronas tuh dah dekat dah sangat dengan Broga Hill. Actually Broga Hill terletak sebelah The University Of Nottingham but dalam GPS tak de lagi mark tempat nie.  Ktorg park kereta kat kaki bukit nie iaitu dalam satu ladang kelapa sawit. Kena bayar jugak RM 2 per kereta. Eventho, parking nie tak de lampu but ramai pendaki bawak torchlight tempat tu jadi terang. Dengan stamina yang tak de dan jugak tak cukup tido, ktorg mendaki jugak.

Nampak cam mendatar but...

Eh, curam nie tau!

Bukit Broga tak mendatar langsung, memang curam. Sebenarnya bukit Broga nie dalam 1.7km je but keadaan tanahnya yang berliku menyebabkan perjalanan tu nampak jauh. Yelah mendaki tau. Track yang ada pun tak berapa cun sangat so memang kena berhati2. Tapi jangan bimbang pendaki2 yang majoritinya student very helpful. Diorg nie encourage each other. Makin nak matahari terbit makin ramai pendaki. Geng2 yang lain semua dah sampai atas.  Ktorg slowly je mendaki, kejap2 stop, kejap2 jalan. Bila dah dekat sampai first puncak tu, Mr Big dah x larat. Dia cakap dada nak pecah. Rehat kejap dan ktorg berdua decide untuk turun balik. Tak nak aku tengok Mr Big suffer cam tu sekali kan. Tak perlah ktorg akan tawan jugak bukit Broga nie. Tapi kalau aku sorang tadi confirm2 aku akan terus daki lagi. But sebelum turun tu sempat jugaklah bercamwhore jugak kan.


Bila time turun tuh, kejap plak rasanya. A few minute dah sampai kat bawah. Ada plak auntie jual air. Apa lagi sarapan pagi ktorg air kelapa lah kan. Lepak2 kejap, then sampai sampai 1/2 jam dah ramai yang start turun, sebab cuaca mendung. So matahari tak de. Ramai jugak yang frust x dapat amik gambo matahari terbit kan.


Untuk sedapkan hati, Mr Big cakap nanti kita naik lagi lah. Bila dah ada cukup stamina. Maklumlah orang2 yang comel cam ktorg nie bukan kuat sangat pun. Tambah2 plak Mr Big tu kaki dah ada besi kan haruslah payah untuk first attempt kan. Kalau orang2 kurus ok la kot kan. Badan ringan. Ktorg nie dahlah badan berat ditambah lagi 1kg barang2 DSLR lagi kan pas tu dengan tripod dengan air botol lagi. Manalah larat betul tak?


Anyway, satu pengalaman baru untuk ktorg yang kekononnya berazam nak keep fit tahun nie kan. Takpe2 akan ktorg takluk jugak Broga Hill nanti.


Panduan Untuk Ke Broga Hill nie.
1. First timer nak daki, baik naik awal. Sebab banyak stop nanti takut tak sempat nak tengok matahari terbit.
2. Kalau tak bawak air pun takpe sebab ada few gerai jual air.
3. Kalau boleh bawak walking stick. Masa kawasan curam2 tu tak delah korang mengelabah sangat kan. Memang ada tali but certain area je kan.
4. Torchlight penting sebab time mendaki tu memang sesangat gelap.
5.Dengar lagu sebab korang tak rasa pun sampai atas sebab duk leka nyanyi2 kan.
6. Untuk orang2 comel, please keep fit dulu. Cari stamina. So tak lah rasa dada nak pecah kan.

Senang kan? Ada sesape lagi nak pi tak? Aku ikut!!! (Tak puas hati selain tak sampai Gunung Tok Wan (4.8km))

Friday, January 7, 2011

Acoustic Night With Atilia & Adibah Noor

Hi Korang,


Aku dapat invitation pi tengok untuk Acoustic Night with Atilia & Adibah Noor kat KL Pac. Disebabkan semua orang sibuk termasuk MrBig yang ada event kat opis dia kan, aku pun ajak Daydeck & K Ina KL. La bukan tak nak ajak yang lelain but aku cari yang paling dekat dengan area Sentul West nie je.

Ahli mesyuarat tingkap yang ada, K Ina KL dengan Daydeck

Show start kul 9.00malam and is actually live recording untuk Astro. So boleh nampak cam ne all the crews nie keje amik2 video nie, semuanya real. Dan nama pun acoustic night so segala instrument semua yang acoustic punya lah. Ktorg sampai before 8pm so sempatlah bercamwhore kat luar KL Pac nie walaupun gelap dan lepas hujan. Maklumlah aku kan first time jejak kaki ke sini. Cantik dah bangunan KTMB lama nie. So jakun lah aku sket kan.

Kurus kan Atilia nie

Performance Atilia malam tu memang superb. Kagum gilalah aku dengan dia. Suara dia memang sedap. Especially bawak lagu `Leka’ dan `Indah`. Memang dibuai mimpi lah orang kata. Tapi lagi best bila dia nyanyi lagu `Kekanda Adinda` yang ada feat Monoloque tuh, lagu tu diorg tukar melodinya jadi inang cha-cha. Bestlah.

So masa intermission, sempat jugaklah ktorg bercamwhore lagi. Dan sempat jugak amik gambo dengan Atilia okeh. Memang dia kurus giler. Cantik.


Comel kan diorg nie

So next show, Adibah Noor plak. Performance dia pun tak kurang hebat jugak. Sambil nyanyi sambil entertain ktorg dengan jokes2 dia yang sempoi2 tuh. Memang talented, lawak dia spontaneous. Lagu2 yang dia bawak plak memang lagu2 lama but sedap sangat bila dengar.


Abis show dalam pukul 11 cam tu, ktorg tunggu plak kat lobby coz nak bercamwhore dengan diorg nie. Banyak gak shot yang dapat amik lah. Atilia dan Adibah Noor memang very sporting. Siap buat2 lawak lagi. Ktorg jugaklah yang last2 sekali tinggalkan KL Pac nie.

 
Comel ketiga2nya

Orang kuat

Emcee show - Yasmin CLPT

Nasib baik, hujan dah berhenti dan nasib baik jugak lah K Ina sudi anta Daydeck balik kan. So aku pecut balik Bangi, lebih kurang 30minit cam tu dah sampai umah.


Ermm what a night ek, tapi I like..

 
Oh ya, kalau ada lagi sesapa yang suke pi tengok show2 cam nie,bagitau aku lekas. So apa2 aku hallo2 je korang kan..

I Love U Adibah Noor..

Hi Korang,

Korang tengok nie..



Adibah Noor bersama sekutunya



Adibah Noor bersama bodyguardnya

Yang penting semua sihat2 kan... huahuahuahuahuaa...

Nantilah aku citer lagi, gambo tengah upload nie... Jap lagi tau..

Wednesday, January 5, 2011

If I Were the Green Hornet

Hi Korang,


Kalau aku jadi one of the Green Hornet team member, aku bantu mereka dari segi IT.

Apsal plak IT ek, apa kena mengena kan?


Macam nie, aku yang akan jadi Technical Analysis. Ala yang buat research or search memana tempat yang memerlukan khidmat bakti diorg nie untuk menentang kejahatan. Keje aku cuma dekat HQ diorg je. Anything yang diorg nak tau or nak cari semua serah kat aku. Aku cuma duduk depan komputer dan hijack info from mana-mana source pasal penjahat2 yang diorg nak banteras nie. Aku boleh identified dari sekecil2 kuman sampai sebesar2 gergasi.

Selain daripada tu, aku juga akan cipta gadget2 terkini yang boleh diorg gunakan untuk memperhebatkan lagi kerja2 diorg. Eh, korang ingat keje2 merekacipta nie senang ke? Haruslah ada ilmu dan teknologi terkini. Selain dari bijak, cantik juga perlu tau. Mana tau kalau aku kena buat kerja undercover plak kan. Hehehe

Ermm kalaulah aku dapat jadi dream team diorg nie kan.... tepuk dahi sket, jangan nak berangan okeh. Buat je keje2 aku sekarang nie. Nak jadi Green Hornet team member plak, perasan kan.

Actually sebab nie lah.

70 lucky Nuffnangers and their guests will get the chance to catch Green Hornet 3 days before its official release courtesy of Sony Pictures Entertainment Malaysia!

Green Hornet


The 70 most creative blog posts will win a pair of invites to the preview screening of Green Hornet on 24 January. Psst… you’ll wanna impress us with your grand plans for fighting crime, because the best written blog post will also win a Sony Walkman worth RM 299!

More info, click link Nuffnang nie


Cepat buat tau!