Tuesday, May 4, 2010

Aku Tak Sombong!

Salam korang,

Lama betul tak update ek! Maklumlah baru balik bercuti. Ala bukan ke mana pun. Balik JB je. Itu pun day trip. Boleh gitu? Boleh aje kan. Nanti aku story2 lagi pasal cuti tu.


Entry nie khas untuk student ex-SMPT JB (Aku tau korang baca blog aku nie senyap2 kan!)

Now aku nak citer pasal tajuk entry aku nie. Kenape jadi cam tu ek? La bukan apa, last week bebudak sekolah aku buat reunion.Kononnya reunion yang grand lah. Ok fine. So dah berbulan diorg nie plan dan sibuk nau suruh aku datang. Bukan aku tak nak datang tapi aku memang ada hal yang tak boleh di elakkan. So aku explain kat diorg.

Nasib baik ramai kengkawan yang paham. TQ Guys!

Aku ingat bila dah explain, tak de la timbul issue. Rupa2nya banyak plak yang beri komen. Ada yang kata aku nie anti sosial lah, dah sombonglah, berlagak lah ermm macam2 lagi lah. Yang best tu yang mengata tuh, di antara orang2 yang rapat dengan aku plak tu.  Ishk korang nie, tak baik buat tuduhan melulu. Cuba fikir sebelum bercakap.


Ermm malas aku nak layan lagi lah. Lantaklah apa diorg nak cakap. Aku ok je. Tapi yang aku sakit hati tu, bila orang cakap aku nie anti sosial. Bila plak aku jadi katak bawah tempurung plak nie. Kalau korang nak tau, sila lepak2 kat blog aku nie lelama sket. Review entry2 aku yang lama. Bila dah baca baru nanti korang tau kan, aku nie sapa.

Macam mak aku suke cakap sekarang nie, Ada Aku Kisah!!  (Kat mana plak mak aku adapt bende2 nie ek?, ishk pengaruh tv betul lah)

Kepada ex-SMPT JB. Aku dah tengok gambo2 yang korang amik. Great! mesti best dapat jumpe geng2 setan lama balik kan! Insyallah kalau ade reunion lagi aku akan join.

Friday, April 30, 2010

Kalau Dah Johorean Tu Mengaku Aje!

Korang,

Weekend nie aku akan ke sini. Bukan pi bercuti pun. Tapi dah janji dengan mak aku nak bawak dia tengok cucu kesayangan dia. Mentang-mentang aku lom ada anak lagi kan huhuhu sedey tau mak..

Ooo JB. Apa ada kat bandar Johor Bahru tu ek? Dah tempat aku membesar kat sini. Mestilah macam-macam ada kan.

Antara yang aku suka buat bila balik, korang tengoklah ye:-

Danga Bay - Tempat lepak2 yang dulu di panggil Pantai Lido. Sekarang dah happening tempat nak nak bila malam. Ada amusement park okeh untuk kids.

Anjung Warisan - Tempat makan atas pokok yang paling cool sekali. Makanan sedap2 nak nak sirap bandungnya. Perghh!

Kacang Pool - Makanan favourite aku yang tak de kat KL. Kalau balik mesti aku cari nie. Yang makan lain yang tapau lain. Aku memang gilakan bende nie.

So Cik Lily Putih, welcome back to tempat asal ko. Jangan nak perasan ko tu orang KL. JB nie tempat asal ko tau tak!

p/s: Kepada geng comittee 1SuperKids, minggu nie tak dapat join meeting sebab menjalankan tugas untuk negara. Kang kalau tak buat aku di chop anak derhaka plak kang. Apa-apa pun saya bersetuju segala usul dalam meeting itu nanti dan saya juga rela untuk jadi apa2 committee yang di arahkan. Sekian terima kasih.

Dengan Bangganya Saya Digelar Dot Com

Selamat Pagi Jumaat,

Di pagi yang mulia ini, saya dengan rasa bangganya mempersembahkan nama baru di blog saya ini CikLilyPutih.Com. Setelah puas di komen oleh Eyriqazz dan setelah penat saya berfikir cam macam nak memperbetulkan komen2 yang telah diberikan, maka datang seseorang yang di panggil Tasha untuk membantu saya. Dia cam tau tau je saya memerlukan bantuan. Dengan segeranya dia membuat kerja2 magic ini tak sampai satu hari dia telah menyetelkan semuanya sekali.

Cuba korang amati kronologi ini:-

a) Sebelum

b)Dalam proses

c)Setelah


Ermm cantik kan. Saya sendiri hampir tak percaya dengan apa yang terjadi. Sampai sekarang saya masih belum ada masa untuk godek2 layout dalam blog saya ini. Semuanya masih dalam tukar sana, tambah sini, cilok situ sket..

Apa-apa pun buat hari ini saya akan mendabik dada cam ayam serama lah dengan kejayaan saya ini.

Terima kasih kepada angel yang telah menolong saya.


Sebagai tanda terima kasih saya telah pun membelanja dia makan kat kedai perabut keluaran Sweeden semalam sambil bawak dia jejalan ke TV3.

Korang kalau nak ber dot com yang simple cam aku, sila2lah contact dia nie. Sure dia boleh tolong, kalau tak de apa hal lah.

p/s : Semalam aku betul2 demam okeh! Tak caya nanti aku scan MC aku tau! Btw apsal aku bahasakan diri aku saya nie, ishkk weird la plak!

Thursday, April 29, 2010

Aku-Demam Dot Com

Korang,

ari nie tak dapat update bebanyak coz aku diserang demam dot com.

tak caya tanya Tasha

Masa aku jumpe dia tadi, tup tup terus hingus meleleh2 cam cendol siap bersin2 lagi tau.

Cian kan?

So esoklah citer ye... nak makan ubat dan nak tgk The Good Wife...

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip With My Broadband

Salam Korang,

Project Alpha datang lagi. Tengah aku borak2 dengan Tasha tadi, aku ternampak entry berantai nie. Cepat2 aku cakap dengan Tasha, jom kite pi buat Project Alpha punye entry dulu lah. Apa lagi trus kelam kabut check website Project Alpha, memang betul pun ade tajuk baru.
Meh aku citer.

Dulu kalau nak pergi berjalan kemana-mana memang kene fikir dulu 2-3 kali. Lagi-lagi bila nak pergi bercuti tempat2 yang jauh2 sket, maklumlah sebab bila dah masuk kawasan pendalaman nie, line internet memang payah tak kira lah ade jenis line pun memang payah.So kenalah singgah ke mana2 cyber cafe untuk berinternet.
So sekarang nie, tidak lagi. Sejak P1wimax nie memperkenalkan broadband Wiggy nie, memang lah senang kan. Dahlah kecil dan ringan serta mudah nak di bawa kemana2. Simple je, so tak delah wayar berjela2 panjang kan. Orang kata very handylah.

Sesape yang belum mendapatkannya, cepat2lah beli ye. Lagipun harganya berpatutan dan penting senang bawak berjalan kan.

Untuk Project Alpha Season 2 Episod 8-10, korang leh tengok kat sini. Tapi aku cube masukkan Project Alpha Video punye code tapi tak jadi lah. Anyway korang click je link nie okeh!



Hah cepat buat tau, sebab hanya 50 entries je dipilih.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS