Sunday, December 19, 2021

HOHM Pavilion Bukit Jalil – Kedai Konsep Keperluan Rumah Terbesar Kini Di Buka

Hi Korang,

Siapa yang tak suka rumah di hias cantik!!

Even anak-anak kecil pun sudah pandai menilai yang mana cantik dan yang mana kurang nilainya.

Jadinya di mana korang dapatkan barang-barang keperluan rumah in?

Of course ler ramai yang akan cakap alah beli online jer senang tapi kita takut yang lain di order tapi lain yang dapat ermm betul kan kan kan!!! Hehehehehhehe

Ada hari tuh, kawan kak lily bagitau yang ada satu kedai yang cukup cukup besar yang menawarkan segala-gala barang keperluan rumah dari set cadar katil, peralatan memasak, pokok bunga, peralatan alat tulis dan pelbagai lagi termasuk juga hand sanitzer yang kak lily tengok kemain comel lagi tau


HOHM atau di sebut sebagai HOME ataupun rumah ini terletak di tingkat 4 Pavilion Bukit Jalil.

Ianya meliputi kawasan lantai yang besar seluas 58,000 kaki persegi, dengan lebih daripada 10,000 barangan yang dipilih susun dengan teliti untuk dipamerkan. Ia menampilkan barangan untuk Ruang Tamu & Hiasan, Makan & Dapur dan Tempat Mandi & Tempat Tidur di mana rakyat Malaysia boleh mengubah rumah mereka daripada biasa-biasa hingga menjadi rumah impian.











Kedai konsep ini mengutamakan kemampuan, pilihan dan kualiti ini adalah konsep baharu yang di bawakan oleh HOHM. Korang pasti akan terpikat dan kagum dengan kepelbagaian produk yang terunggul yang telah dipilih susun di dalam dan luar negara oleh pasukan profesional yang dinamik. Para profesional di HOHM ini telah mengumpulkan kekayaan sumber mereka untuk men cipta semula dan mencipta konsep gaya hidup "fesyen rumah" yang masih mampu dimiliki.

Oh ya, lupa plak kak lily yang bagitau yang HOHM ni memang benar-benar luas, kalau korang tak leh nak bayangkan, ni kak lily bagitau ek cuba korang bayangkan 114 katil bersaiz king hah tak ke luas bangat tuh

Mari kak lily tunjukkan serba sedikit barangan yang terdapat di HOHM ini mengikut kategori :

Ruang Tamu





Sebenarnya banyak lagi produk-produk untuk ruang tamu yang kak lily nak tunjukkan lagi tau

Ruang Makan dan Peralatan Dapur



Kak lily amat tertarik dengan set pinggan mangkuk Correlle yang cantik ini, rekaan sangat simple dan sesuai dengan citarasa kak lily. 








Lagipun kita semua sudah maklum yang jenama Corningware Correlle ini tidak asing lagi di kalangan pengumpul set pinggan mangkuk kerana kualitinya dan harganya yang berpatutan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenama pinggan mangkuk dan juga periuk belanga yang di tempatkan di bawah satu bumbung.

Kelengkapan Bilik Mandi




Tuala mandi pelbagai saiz dan warna juga turut ada di sini, set bilik mandi sudah sepastinya ada juga

Bilik Tidur



Cadar, bantal, sarung tilam yang pelbagai rekaan dan warna turut di jual di sini. Bantal hiasan dan tilam lipat pun kak lily suker gak

Perhiasan Rumah





Perhiasan rumah penting kerana ianya menaikkan lagi seri sesebuah rumah itu, tak kira kecil ataupun besar

Perhiasan Pokok Bunga





Seriously bila ada section ni, kak lily agak lama kat sini. Yelah duk membelek pokok-pokok yang cantik nie. Ingat dalam rumah jer nak cantik, ermm balkoni luar, depan pintu pun kena cantik jugak kan.

Kesemua produk-produk ini amat jarang kita temui di kedai-kedai biasa, sudah semestinya kak lily amat menggemari produk-produk ini.

Di sini juga di tonjolkan beberapa bahagian yang di jadikan showroom agar korang dapat jadikan panduan di dalam menghias rumah.


Bersempena dengan perayaan Krismas yang akan tiba tidak lama lagi, HOHM di hiasi dengan pelbagai hiasan Krismas termasuklah pokok Krismas yang bekerlipan dengan lampu berwarna-warni.

Oh ya, ada lagi promo baek punya nieh




Sekarang ni tengah ade promo pisau Brisscoes dari serendah RM 98 dan gunting dan juga pisau utiliti percuma apabila korang menambah pembelian korang tau. (t&c dikenakan). Promo dari sekarang hingga 25 Dec!

Jom apa tunggu lagi, ayuh kita ke:-

HOHM
L4.30.01, L4.30.02 & L4.82.00
Aras 4,
Pavilion Bukit Jalil


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Instagram:

Facebook:

Saturday, December 18, 2021

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Hi Korang,

Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat[1].


Satu kajian[2] mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.

Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. 

Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria[3].



TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.

Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.

“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.

Dapatkan Buku Cerita Kiki Menentang Dunia Kuman secara PERCUMA dengan pembelian produk detergent TOP atau Kirei Kirei sebanyak RM45 dan ke atas.

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.

Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.

Friday, December 17, 2021

CYSTONE Dari HIMALAYA – Supplemen Membantu Mereka Yang Menghadapi Masalah Asid Urik Tinggi, Kencing Kotor Dan Batu Karang

Hi Korang,

Tidak kira lelaki mahupun wanita, semakin menghampiri usia senja ni, semakin macam-macam penyakit yang mula timbul kalau kita tak menjaga kesihatan.

Selain melakukan aktiviti fizikal untuk membakar lemak dan mengeluarkan tenaga tapi kalau corak pemakanan tidak di jaga ermm agak payah jugak kan maka timbullah penyakit-penyakit yang kita tak nampak tapi kita boleh rasa kerana semuanya terjadi di bahagian dalam badan.

Kebanyakan lelaki yang lazim mengalami masalah kesihatan ini adalah berpunca daripada berat badan berlebihan, masalah kesihatan lain dan juga pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan.

Mereka yang mengalami masalah batu karang selalunya akan diserang rasa sakit yang amat dan jika tidak dirawat dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan dan merosakkan buah pinggang.

Aduimak menyeramkan bethull!!

Penyakit batu karang ini juga boleh berlaku kepada kanak-kanak pada usia seawal 5 tahun. Antara punca utama keadaan ini ialah tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Beberapa jenis penyakit batu karang yang korang perlu ketahui


Ermm macam-macam rupanya jenis batu karang ek, semuanya kak lily tak tau nie. Seriously informative sungguh lah kan

Walaupun Mr Big aka laki ahkak ni tak de penyakit sebegini tapi untuk mencegahnya memang kak lilu selalu cari supplemen sebegini untuk suruh Mr Big makan dan amalkan. Yelah masa kita boleh cegah ni eloklah kita mulakan ye takk??

Memperkenalkan Cystone Dari Himalaya


Cystone dari Himalaya ini mempunyai kuat anti-lithiatic (mencegah pembentukan batu karang) dan lithotriptic (larut batu karang) hartanah. Cystone berupaya untuk menghalang pengumpulan, pemendapan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic seperti asid oksalik dan hydroxyproline kalsium dalam air kencing yang mana membantu menghalang pembentukan batu karang.

Di antara khasiat lain Cystone adalah seperti berikut :

· Cystone menormalkan pH kencing dan mengurangkabn rasa sakit semasa membuang air kecil. Antimikro akan melawan patogen kencing biasa yg mengurangkan rasa sakit dan anti-radang.

· Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)

· Cystone juga menguraikan keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan Menghalang jangkitan pada saluran kencing serta menormalkan pH air kencing (ph7.5)

· Menghalang pembentukan batu karang dalam saluran kencing.

· Memudahkan pembuangan kencing dan mengelakkan jangkitan saluran kencing.


Bahan-Bahan Utama Cystone

Di antara bahan utama di dalam Cystone adalah seperti berikut :

Kak lily kena google untuk buat research sedikti mengenai bahan-bahan yang di gunakan. Hah mintak maaflah sebab guna bahasa saintifik sket ekk hehehehhe…


Caltrops Kecil (Tribulus Terretris) membantu dalam pengurusan penyakit uro-genital seperti batu buah pinggang, jangkitan pundi kencing dan lain-lain jangkitan saluran kencing. Caltrops kecil ini menghalang pemendapan, pengumpulan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic dalam air kencing. Ia adalah ejen antimikrob mujarab.


- Pasanabheda (Saxifraga Ligulata) mempunyai diuretik, yg rasa sakit dan antimikrob kerana kandungan lendir yang tinggi, yang mengurangkan rasa sakit, Pasanabheda melegakan dan melindungi tisu dalaman gatal-gatal atau radang.


- Shilapushpa (Didymocarpus pedicellata) dikenali kerana harta antilithiatic, yang menghalang pembentukan batu karang. Sebagai lithotriptic a, Shilapushpa membantu melarutkan batu karang. Herba ini juga dikenali dengan sifat antimikrob.sirap.

Dos pengambilan Cystone yang di syorkan

Bagi pesakit kencing manis

3 biji setiap hari selepas makan sehingga batu karang keluar

Sebagai pencegahan terbentuknya batu karang

1 biji setiap hari sekurang-kurangya 6 bulan

Untuk Mereka Yang Menghadapi Masalah Kencing Kotor dan Asid Urik Tinggi

2-3 biji setiap hari sehingga tanda-tanda kembali normal



Tapi jika kesakitan berterusan, silalah berjumpa dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan.


Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cystone ni, meh layari sosial media Himalaya seperti berikut :

Website

Facebook

Instagram





#CystoneGoFor6
#CystoneLawanAsidUrik