Hi Korang,
Inisiatif Seni Nando, yang dikenali tahun ini sebagai YOUthReka, kini kembali dengan Pertandingan Seni 2018 tahunan. Selama 11 tahun, inisiatif ini telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai.
"Selama lebih satu dekad sekarang, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setelah sekian lama, dan sebenarnya sehingga hari ini, masih terdapat persepsi bahawa seni hanya boleh diakses oleh sekumpulan orang yang sangat nic, tetapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja", kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando's Malaysia.
Pada tahun ini, pertandingan itu menerima sebanyak 468 penyertaan merangkumi kategori Seni Halus dan Seni Digital dan pameran yang berlangsung dari 14 Ogos 2018 hingga 24 Ogos 2018, mempamerkan lebih daripada 40 karya agung oleh para peserta dari seluruh Malaysia. Pameran itu juga menggabungkan penambahan khas yang bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif muda ini di samping berhubung dengan mereka yang berminat untuk menceburi dunia seni.
Selain daripada persaingan utama yang disenarai pendek, terdapat juga lapan karya seni tambahan yang dicipta oleh seniman Autistik tempatan dan sesi 'Pop-Art' istimewa dengan kolektif seni Titikmerah. Inisiatif Seni Nando yang selalu bertujuan untuk mengubah kehidupan remaja tanpa mengira siapa mereka atau asau-usul mereka, telah memasukkan artis-artis tambahan ini ke dalam pameran bagi menggambarkan bahawa bakat kreatif tidak terbatas dan seni itu boleh dihasilkan dan dihargai oleh sesiapa sahaja dan semua orang.
Acara dan pameran ini berlangsung selaras dengan pengumuman pemenang Pertandingan Seni YOUthReka 2018 dan upacara penyampaian hadiah. Pemenang Hadiah Utama adalah Choo Ai Xin dengan karya "Old Town Ipoh" dalam kategori Seni Halus dan Chew Song Kee dengan karya seninya "Crow Guest" dalam kategori Seni Digital. Turut menyertai mereka adalah Ong Cai Bin, meraih tempat Naib Johan dengan karya seninya "Peep's World II" dan Lau Pik Yoke di Tempat Ketiga dengan karya seninya "A View of the Past" dalam kategori Seni Halus.
Dalam Kategori Seni Digital, Nur Ain Shariffuddin meraih kedudukan Naib Johan dengan ilustrasi beliau bertajuk "The Spirit of Adventure" manakala Chew Yi Kai mendapat Tempat Ketiga dengan karya "Maternal".
Nando percaya bahawa seni bukan hanya untuk orang yang berbakat, tetapi untuk orang ramai juga. Menghidupkan sentimen itu, bersama dengan Titikmerah, sebuah kolektif seni yang diterajui oleh Ajim Juxta, Nando menyelenggarakan bahagian 'Pop-Art' khusus, di mana orang-orang dari pelbagai lapisan kehidupan diberikan peluang untuk menghasilkan karya mereka sendiri. Pop Art, sebuah gaya seni yang dipopularkan oleh seniman seperti Andy Warhol dan Roy Lichtenstein, dikenali kerana kesederhanaan dan ekspresi budaya massa. Ia adalah bentuk seni yang mudah untuk difahami dan tetap relevan walaupun pada zaman moden.
Acara tersebut juga memberi penghormatan kepada Allahyarham Syed Nabil Syed Nahar, Ketua Penasihat dan seorang tokoh penting dalam penubuhan inisiatif seni tersebut. Beliau adalah seorang perunding seni dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam merancang dan menganjurkan pameran seni, pengumpulan karya seni, memberi nasihat dan membina koleksi seni dan korporat, penulisan seni untuk katalog dan pameran.
Menurut Chung Lynn, beliau menyebut bahawa pertandingan tahun ini "adalah satu kenangan yang sangat bermakna bagi kebanyakan daripada kami di Nando. Walaupun kami telah kehilangan seorang individu yang tidak ternilai, iaitu Ketua Penasihat kami, Allahyarham Syed Nabil, saya percaya bahawa legasi beliau terus hidup dengan Program Inisiatif Seni Nando's. Kami berharap agar platform ini akan terus menggalakkan belia kita untuk meneroka dan mempamerkan kreativiti mereka yang luar biasa, sambil kekal sebagai saluran untuk menyokong penghayatan seni. "
Inisiatif Seni Nando telah berfungsi sebagai platform untuk ekspresi dan perkembangan kreatif. Ini telah mengetengahkan satu barisan seniman muda di Malaysia yang kini mempunyai saluran yang menarik untuk mempromosikan kebolehan serta karya kreatif mereka.
Barisan pemenang pertandingan termasuk:
Kategori Seni Halus
Hadiah Utama - wang tunai RM5,000, baucar Nando's bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja
• Pemenang: Choo Ai Xin
Naib Johan - wang tunai RM3,000, baucar Nando's bernilai RM500
• Pemenang: Ong Cai Bin
Tempat Ketiga - wang tunai RM2,000, baucar Nando's bernilai RM500
• Pemenang: Lau Pik Yoke
Hadiah Sagu hati (x3) - RM 1,000 tunai dan baucar Nando's bernilai RM500
• Pemenang: Wong Joo Yee
• Pemenang: Muhammad Syafiq bin Kholid
• Pemenang: Afiqah binti Abd Mutalib
Kategori Seni Digital
Hadiah Utama - wang tunai RM5,000, baucar Nando's bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja
• Pemenang: Chew Song Kee
Naib johan - wang tunai RM3,000, baucar Nando's bernilai RM500
• Pemenang: Nur Ain Shariffuddin
Tempat Ketiga - wang RM2,000, baucar Nando's bernilai RM500
• Pemenang: Chew Yi Kai
Hadiah Sagu hati (x3) - RM 1,000 Tunai dan baucar Nandos bernilai RM500
• Pemenang: Choong Shih Yeng
• Pemenang: Hoo Wei Xing
• Pemenang: Tan Kai Ying
Semua karya seni yang dipamerkan telah dinilai berdasarkan keaslian dan kreativiti, kisah (konsep & idea), kualiti reka bentuk dan komposisi, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando, sila log masuk ke www.nandos.com.my/artinitiative.