Monday, May 27, 2013

The Butterfly Project’s SPA Party

Hi Korang,

Lately ni aku more in beauty product la.

I guess maybe faktor usia yang menguatkan lagi minat aku ke arah kecantikan ni, yelah bila dah berusia ni segala menda nak kena jaga especially tang kulit muka ni kan. Tapi tempat lain pun kena jaga gak, kang cik abang melayang plak hehehehhe

Just joking lah..


Bila The Butterfly Project’s  sibuk mewar-warkan mengenai Spa Party mereka tak lama lagi, aku jadi excited. Yelah ko, party siapa yang tak suka pergi kan. Lebih-lebih aku, dapatlah mengenjoykan diri. Lagipun bloggers mana yang tak kenal dengan The Butterfly Project’s kan? Dah memacam event yang aku join under diorg ni. Walaupun simple tapi havoc tau.


Di antara 3 sebab yang aku nak join Spa Party ni :-

1. Belum pernah buat manicure dan pedicure

Ye ko, walaupun aku nampak cam social sket tapi bab-bab mani-pedi ni memang tak pernah langsung terjebak tau. Aku memang ada lengkap set mani-pedi ni but nak membuatnya seorang diri memang aku tak reti tau.

2. Hang out with ladies only

Bila event-event beauty ni mestilah best coz yang hadir semuanya perempuan je. So tak delah aku nak rasa kekok yang borak-borak hal perempuan. Lagipun kita orang perempuan ni kan cepat mesra, for sure aku akan dapat ramai kawan baru tak kira tua ke muda ke suku abad pun.

3. Theme party yang awesome

Cuma pakai bathrobe dan flip-flop, best tuh. Tak yah aku nak bermodal beli baju baru kan. Nasib baik memang ada bathrobe tak pernah pakai. Ishk memang tak sabar lah. Pakai plak flip-flop so tak delah rasa sakit kaki kalau berdiri lama nanti. Dalam hati berkata memintak dapat Havaianas flip flop ek.

Hah ko, ni baru 3 sebab. Kalau Tammy suka list down sampai 20 sebab mau taknya entry aku berjela-jela pages sampai sakit kepala korang nak baca.

Selain dari team Butterfly Project’s, ada lagi contributor yang sangat baik sudi menaja Spa Party ni iaitu:-












Banyak kan? Terima kasih kat diorg ni. Mesti dapat makan sedap, goodies bag best, game’s best dan memacam lagi lah.

Memintaklah entry sempoi aku ni terpilih ek, ermm tak sabar betul rasanya nak tunggu 29 June 2013 nanti. Walaupun lebih kurang sebulan lagi tapi aku tetap setia menunggu bak pungguk rindukan bulan.

Hehehheheheh….


Sunday, May 26, 2013

Why I want a Havaianas!

Hi Korang,

Kalau nak pi berjalan time-time weekend nie aku selalunya akan sempoi manjang.


Malas nak dress up sangat kecuali kalau ada formal event dan theme party, itu memang wajib la kan. Biasanya aku pakai jeans dan t-shirt je, kasut plak sometimes sandal tak pun flip-flop. Tapi tak la pakai selipar jepun kan. Cantik la sket.


Sekarang ni flip flop pun banyak yang cantik-cantik. Colourful design. Salah satu brand yang tenGaH 'IN' now ialah Havaianas.






Kalau korang check it out kat website Havaianas ni memacam rupa, bentuk, warna, design yang sangat awesome ada kat sini. Boleh tergoda dibuatnya.


Why I want a Havaianas?

1. Aku sukakan pelbagai warna yang vibrant dan design yang funky pada flip-flop Havaianas ni. Barula kena dengan lifestyle aku yang sukakan keselesaan bila berjalan.

2. Boleh di bawa ke pantai dan kemana-mana tempat yang casual. So tak delah rasa canggung sangat kan bila berada di mana-mana kan.

3. Of course lah aku nak gunakan masa The Butterfly Project's June Campaign: Spa Party! yang bakal di adakan di Posh Nail SPA anjuran Only Beauty barulah bertepatan dengan theme party. ishhk tak sabar betullah...


Memintak lah aku dapat flip-flop dari Havaianas ni kan, so barulah jadi best companion for my feet. Selesa, funky dan colourful...

Yeah!

pics : credit to google.com



Saturday, May 25, 2013

Di Tengah-tengah Kuala Lumpur


Hi Korang,

Sepanjang aku duk Kuala Lumpur ni sejak 10 tahun lepas, ini pertama kalinya aku jejakkan kaki ke sini.


Ye, tempat pertemuan 2 sungai yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur. Kira bersejarah gak lah tempat ni ek. Di antara Sungai Gombak dan Sungai Klang.


Actually aku ke sini ada assignment bos suruh pi amik. Disebabkan tak tau langsung kat mana nak parking so aku decide untuk naik LRT je dari jalan Ampang coz park kereta kat situ.



Turun je dari train Masjid Jamek, aku just strolling all the way. Time tu waktu pagi, orang tengh sibuk nak masuk kerja kan, jalan penuh dengan kereta yang tak bergerak. So senanglah aku berjalan. Jauh gak ek dari train ke Bangunan Sultan Abdul Samad ni.





Lenguh kaki tak terkira tapi enjoy coz dari sini aku boleh tengok lagi dekat pusat Bandar KL waktu pagi. Orang tak ramai lalu lintas depan ni, so sekejap snap sana sekejap snap sini. Dah macam tourist pun ada gak. Sampai ada orang tegur aku ni dari Philipines ke ? coz muka ke arah orang sana. Ishkk Im Malaysian wokeh. Nak tengok IC ke ? hehehehhe

Lepas settle keja, sambung balik berjalan ke train.



Cuci-cuci mata, amik gambar dan tup-tup dah sampai pun ke Masjid Jamek punya station.

Rasanya kalau buat trip melawat sekitar KL korang nak join tak ? 

Kita pi Masjid Negara, Tugu Negara, Planetarium, Lake Garden, Muzium Negara. Seronok gak kan. Yelah asyik pi travel oversea je, tempat depan mata ni buat tak pandang je

Kalau ada nak join, bagitau ek…

Tak de gambo muka aku coz photographer keje lah.