Wednesday, October 1, 2025

Sertailah Seminar Tuisyen UPKK Bersama Fly High Education Untuk Keputusan Straight A

Hi Semua,

Wah kemain lagi tajuknya ek..

Tapi tak di nafikan perasaan anak-anak bahkan kita sendiri sebagai ibubapa apabila melihat keputusan UPKK anak-anak semua subjek mendapat A. Mungkin ini boleh dianggap seperti angan-angan tetapi sebenarnya kita boleh realisasikan impian ini dengan sokongan kelas online, bengkel serta seminar bersama Fly High Education.

Kenapa target 8A?

Ini kerana itulah tahap pencapaian terbaik yang boleh kita capai. Jangan rasa tidak mungkinlah, ini kerana semuanya mungkin jadi dengan syarat kena berusaha dan doa banyak-banyak dari Yang Maha Esa.

Ironinya masih terdapat ramai ibubapa yang tidak cakna tentang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Ini kebarangkalian mereka tidak mempunyai anak yang belajar di KAFA ataupun anak masih kecil lagi. Jadi di sini kak lily ingin jelaskan apa itu UPKK, syarat dan kelayakan dan kelebihan pada anak yang menduduki UPKK.


Untuk pengetahuan semua, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan peperiksaan yang dijalankan di peringkat kebangsaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini adalah khusus kepada murid yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.

Mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

UPKK merupakan peperiksaan standard untuk menilai tahap kefahaman, penghayatan dan amalan murid terhadap ilmu yang dipelajari di KAFA. Peperiksaan ini biasanya diambil oleh murid Tahun 5. Subjek yang diuji merangkumi asas-asas penting dalam Islam seperti Ulum Syariah, Adab, Lughah al-Quran, Jawi, serta amali seperti Amali Solat dan Tilawah al-Quran.

Kelebihan Peperiksaan UPKK

Walaubagaimanapun keputusan UPKK bukanlah jaminan murid dapat masuk ke sekolah menengah biasa (seperti SMK), kerana kemasukan ke sekolah menengah bergantung pada penilaian sekolah rendah KPM.

Namun begitu UPKK sangat penting untuk:

· Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) atau Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).

· Syarat kelayakan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tertentu.

· Menjadi nilai tambah dalam permohonan asrama penuh, sekolah tahfiz atau institusi agama lain.

Hala Tuju Pelajar UPKK

Apa yang menarik, murid yang berjaya dalam UPKK mempunyai lebih banyak pilihan hala tuju pendidikan, antaranya:

· Sekolah Menengah Agama Negeri / Rakyat – meneruskan pendidikan berteraskan agama.

· Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – gabungan akademik dan agama.

· Sekolah Tahfiz / Integrasi – bagi yang ingin mendalami hafazan al-Quran.

· Sekolah Harian Biasa – UPKK tetap menjadi kelebihan dalam aktiviti kokurikulum dan profil pelajar

Persediaan Ibubapa dan Anak-anak

Betullah kata pepatah “sebelum pergi berperang kita kena bersedia dengan ilmu didada“ terutama teknik dan sebagainya. Begitu juga kelengkapan yang mana dalam konteks ini bantuan pembelajaran bagi menambah nilai pengetahuan tentang ilmu asas-asas penting dalam Islam.

Bengkel & Seminar UPKK

Kak lily cadangkan untuk ibubapa di luar sana yang bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk menyertai Jelajah UPKK Fly High Education pada 21 September 2025. Kita boleh mantapkan pemahaman anak melalui kelas-kelas pembelajaran dari ustaz dan ustazah yang berpengalaman bagi membantu anak agar lebih bersedia. Kelas akan dikendalikan oleh guru berpengalaman iaitu Ustaz Azhari bin Sulaiman dan Ustaz Joharie,

Fly High Education juga ada menawarkan seminar dan bengkel bagi pemantapan persediaan anak-anak menduduki UPKK. Antaranya seperti:-

Kelas Online Gempur UPKK – Ulangkaji silibus Tahun 3 - 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.
Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)
Masa: 5.00 – 7.00 pm
Yuran: RM50 (2 sesi)


Kelas Meroket UPKK – Latih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.
Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat - Ahad)
Platform: Zoom
Yuran: RM120 (10 sesi)


Kelas VIP UPKK – Bimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, siap ada penilaian prestasi bulanan.
Tarikh: 12 & 26 Okt 2025
Masa: 9.00 am – 5.00 pm
Lokasi: Fly High Education Centre, Shah Alam
Yuran: RM150


Tuisyen & Kelas Online UPKK

Anak juga boleh menyertai kelas online khas UPKK. Ini terutama bagi ibubapa yang mahu anak mereka konsisten belajar subjek-subjek yang terlibat dalam UPKK.



Kelas Online Bahasa Arab UPKK – Fokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.

Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 – 9.30 pm
Yuran: RM70 (4 sesi)Kelas Mengaji Online – Perbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.

Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)
Masa: 9.30 – 11.00 am
Yuran: RM70 (4 sesi)

Jom Daftarkan Anak-Anak Bagi Persediaan UPKK

Masih boleh terlambat untuk daftarkan anak-anak ke kelas UPKK di Fly High Education. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lebih lanjut boleh klik pada link WhatsApp di bawah:-

👉 Wasap 1
👉 Wasap 2
👉 Wasap 3

Jangan pernah lelah, jom sama-sama kita mantapkan persediaan anak-anak menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). InsyaAllah kita usahakan untuk dapat 8A.



Tuesday, September 23, 2025

Persediaan Exam PSRA: Tips & Strategi Bersama Ustaz Azahari Sulaiman, Guru Cemerlang Selangor

Hi Semua,

Bila kita dah lama tinggalkan alam persekolahan, rupanya banyak perubahan berlaku di dalam siri peperiksaan di Malaysia. Daripada sekolah rendah mahupun peringkatnya universiti semuanya di gubal bagi mempertingkatkan lagi tahap kecemerlangan sesorang murid itu.

Bagi para pelajar di negeri Selangor, Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan peperiksaan bersijil yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam. Peperiksaan ini dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor.


PSRA adalah peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di sekolah KAFA di negeri Selangor sahaja.

Para pelajar akan diuji dalam 6 bidang utama:
Al-Quran & Hafazan
Akhlak / Sirah
Tajwid
Tauhid / Fiqh
Bahasa Arab
Jawi, Imlak & Khat

Struktuk Penilaian Sekolah Rendah Agama


Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu ujian bertulis dan ujian lisan.

Format Exam
Bahagian A: Soalan objektif (MCQ)
Bahagian B: Subjektif (jawapan pendek / esei)
Tempoh masa: 2 jam 30 minit
Ada juga ujian lisan: Bacaan Al-Quran & kefahaman Bahasa Arab.

Ujian Bertulis PSRA
Menguji pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran agama Islam. Ujian bertulis ini terdiri daripada soalan objektif (pilihan berganda) dan soalan subjektif (jawapan pendek). Soalan objektif menguji pemahaman pelajar terhadap konsep asas agama Islam, manakala soalan subjektif menguji kemampuan pelajar untuk mengaplikasikan nilai-nilai agama dalam kehidupan sehari-hari.

Ujian Lisan PSRA
Menguji kemahiran pelajar dalam membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran serta kemahiran berbicara dalam bahasa Arab. Pelajar akan diminta membaca surah-surah Al-Quran dan menjawab soalan berkaitan dengan ayat-ayat tersebut. Selain itu, pelajar juga akan diminta untuk memberikan penjelasan tentang nilai-nilai agama yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut.

Kedua-dua bahagian ini akan dinilai dan diambil kira dalam pengiraan markah keseluruhan PSRA. Markah yang diperoleh dalam PSRA akan digunakan sebagai panduan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran agama Islam dan untuk memperbaiki kurikulum dan pengajaran di sekolah rendah agama.


Tarikh Peperiksaan PSRA


Bagi tahun 2025, tarikh peperiksaan PSRA ini adalah pada 29-30 September 2025 dan 1-3 Oktober 2025. Jadual peperiksaan ini boleh dillihat menerusi jadual di bawah: Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my/.

Cabaran Pelajar Hadapi PSRA


Untuk peperiksaan ini, pelbagai jenis cabaran yang bakal di hadapi seperti

Susah nak hafal ayat & fakta agama.
Lemah dalam Bahasa Arab.
Tekanan & stress menjelang exam.
Tak biasa dengan format sebenar soalan.

Kalau tak ada latihan & bimbingan betul, anak-anak mungkin cepat rasa putus asa. Sebab tu penting sangat kelas tuisyen & bengkel PSRA untuk bagi pendedahan awal.


Menurut Ustaz Azahari Sulaiman, Guru Cemerlang Selangor, persediaan awal dan latihan soalan tahun lepas sangat membantu pelajar lebih yakin menghadapi exam PSRA.


Tips & Strategi Persediaan PSRA 2025


Persediaan awal dan latihan soalan tahun lepas sangat membantu pelajar lebih yakin menghadapi exam PSRA. Cara ini juga membolehkan mereka lebih bersedia dengan format sebenar peperiksaan.

Ustaz Azahari Sulaiman turut berkongsi beberapa strategi belajar yang berkesan:

Mula awal – jangan tunggu last minute.
Latih soalan tahun lepas – biasakan dengan format.
Fokus subjek lemah – contohnya Bahasa Arab & Tajwid.
Belajar berkumpulan – ulangkaji dengan kawan boleh bantu hafalan.
Doa & munajat – mantapkan persediaan rohani, bukan akademik semata-mata.



Sertai Kelas & Bengkel PSRA Flyhigh Education


Untuk bantu anak-anak lebih bersedia, Flyhigh Education bawakan program intensif bersama Ustaz Azahari Sulaiman.

Bengkel Semuka Final Lap PSRA (Shah Alam)
Sabtu, 27 September 2025
9.00 pagi – 5.30 petang
RM160 (Early Bird) / RM180 (Normal)

Revisi Pantas Bahasa Arab Online (Tahun 5-6)
Ahad, 28 September 2025
9.00 pagi – 11.00 pagi
RM60

Bengkel Online Tembakan Mumtaz PSRA
Ahad, 28 September 2025
2.00 petang – 4.00 petang
RM60
Termasuk soalan ramalan + doa munajat

Online Last Minute Study PSRA
28 Sept – 2 Okt 2025 (Ahad – Khamis)
6.00 petang – 7.00 malam
RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)
Subjek: Akhlak/Sirah, Bahasa Arab, Tauhid/Fiqh, Tajwid, Jawi

Kenapa Pilih Flyhigh Education?


Bimbingan terus daripada Ustaz Azahari Sulaiman (Guru Cemerlang Selangor)
Modul lengkap + soalan ramalan terkini
Fokus pada subjek kritikal
Pilihan kelas online & offline – fleksibel untuk anak anda
Rakaman kelas & modul disediakan

Daftar Sekarang – Tempat Terhad!

Jangan tunggu sampai saat akhir. Persediaan yang mantap boleh buat anak lebih yakin dan tenang hadapi PSRA 2025.

Daftar segera melalui WhatsApp:

Daftarkan anak anda ke kelas tuisyen & bengkel PSRA bersama Ustaz Azahari Sulaiman di Flyhigh Education hari ini. Tempat terhad!

Thursday, September 18, 2025

Movie Premiere | Tembuni Berdarah Lakonan Sophia Albarakbah

Hi Semua,

Berbeza dengan filem genre seram tempatan lain yang pernah berada di pasaran sebelum ini, TEMBUNI BERDARAH mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk berjaya.


Diterbitkan syarikat produksi Lindo Production Sdn Bhd, TEMBUNI BERDARAH adalah sebuah filem bergenre seram terbaharu arahan sutradara Dr Ahmad Idham yang dibintangi Sophia Albarakbah, Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Shahirah Shahora, Riezman Khuzaimi serta Mia Nasir.

Mengulas lebih lanjut mengenai TEMBUNI BERDARAH, Idham berkata, biarpun dia telah banyak menghasilkan berbagai jenis genre filem seram, namun masih ada yang mahukan dia kembali dengan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang serta Congkak.

“Apa yang boleh saya katakan, filem TEMBUNI BERDARAH ini memang mempunyai ‘vibes’ sepertimana kedua-dua filem seram arahan saya itu. Cuma, strukturnya sedikit berbeza kerana saya cuba mengangkat dua perbezaan idelogi di antara generasi lama dengan generasi baharu tentang penggunaan amalan syirik. Mengapa saya lakukan ini, kerana filem ini berkisar dengan suasana dan keadaan yang berlaku hari ini, apatah lagi bila ia mengaitkan tentang dunia estetika kecantikan. Kalau kita perhatikan, zaman ini ramai orang yang memilih dunia estetika kecantikan untuk merawat diri, menjaga penampilan untuk nampak cantik serta awet muda.


“Oleh kerana jangkamasa menonton semakin menipis di kalangan peminat filem, saya juga cuba kurangkan elemen drama melalui dialog yang banyak untuk memberikan lebih banyak rasa kejutan filem di kalangan penonton.

“Filem seram Melayu memang tidak lari dari saka. Berbeza dengan filem seram Indonesia yang lebih cenderung menampilkan hantu kuntilanak sebagai subjek utama,” katanya pada Malam Gala dan Sidang Media TEMBUNI BERDARAH di GSC MyTown Cheras.

Idham juga mengakui turut berpuas hati dengan komitmen yang ditonjolkan kesemua barisan pelakon filem ini dalam menjayakan watak masing-masing.

“Namun, sebagai teraju utama, saya memberikan cabaran yang lebih berat buat Sophia Albarakbah untuk membawakan ‘akting kotor’ agar dapat menampilkan dirinya dengan sisi lakonan yang lebih berbeza. Ternyata dia benar-benar menyahut cabaran saya untuk keluar dari zon selesanya apabila sanggup bermain dengan darah, menjayakan babak di kubur pada waktu malam daripada tampil cantik semata-mata dengan lakonannya. Satu lagi yang orang mungkin tidak tahu, Sophia Albarakbah memang seorang pelajar perubatan dan pernah bekerja di hospital. Jadi, kita akan nampak bahawa dia tidak kekok untuk bermain dengan jarum serta alat perubatan lain atau berbicara dengan pesakit,” jelasnya lagi.


TEMBUNI BERDARAH menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dan sewaktu bulan Ramadan pada tahun ini.

Sinopsis Filem Tembuni Berdarah


Dr Izara (Sophia Albarakbah) mempunyai cita-cita untuk mengembangkan bisnes produk kecantikannya, namun dia percaya tiada jalan pintas untuk berjaya dan setiap individu haruslah berusaha serta bekerja keras demi mencapai cita-cita dan impian mereka.


Namun neneknya, Bok Miah (Khatijah Tan) yang mengamalkan ajaran ilmu hitam pula berpendapat sebaliknya. Baginya, apalah gunanya ilmu hitam yang dimilikinya jika ia tidak digunakan untuk membantu anak cucunya agar mereka dapat hidup senang.

Adakah Dr Izara tetap berpegang dengan prinsipnya atau akhirnya akur dengan kehendak neneknya, Bok Miah? Adakah punca perceraian Dr Izara dengan Aidan (Niezam Zaidi) mempunyai kaitan dengan amalan ilmu hitam neneknya itu?


Review Cik Lily


Ermm setelah sekian lama tak menonton filem seram melayu, ternyata filem Tembuni Berdarah ni membuka mata kak lily. Maklumlah isu-isu seperti ini kita sebagai orang melayu selalu merahsiakan kerana ianya isu sensitif. Memang ada lagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu ini untuk keperluan mereka sendiri tapi ada juga yang sebarkan kepada orang di luar sana untuk mengaut keuntungan. So terpulanglah untuk kita menerimanya.


Berbalik pada filem Tembuni Berdarah ini, jalan ceritanya very straight forward tak de pusing-pusing, ianya taklah seseram mana tapi banyak elemen shock terperanjat lah. Tengah syiok-syiok tengok pop hantu kuar hahahahha.. oopss terbocor plak rahsia hehehehe

Endingnya korang tak kan bole predict itu yg best tuh, kak lily langsung tak tidur sebab manjang je terperanjat huahauhauhauha

So kak lily bagi 8/10 untuk filem Tembuni Berdarah ni.

Filem TEMBUNI BERDARAH arahan Dr Ahmad Idham ini bakal ditayangkan seluruh pawagam tanah air pada 25 September 2025 ini.

bile pi dengan geng penakut, terus auto takut la kan hehehhe



p/s : location klinik estetik tuh atas opis kak lily kat KL tuh, sebelum dengar-dengar pun dah cantik rupanya bila tengok lagi cantik hah. Besar dan luas, cuma belum pi buat treatment lagi hah hehehehhe

#TembuniBerdarah