Wednesday, May 28, 2025

Konsert JessC meriah, berjaya ‘pukau’ 5,000 penonton di Arena of Stars, Genting Highlands

Hi Korang,

PENYANYI JessC berjaya memukau 5,000 penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Jessie Chung World Tour 2025 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland pada malam Selasa.


Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyajikan sebanyak 33 buah persembahan keseluruhannya. Bukan sahaja menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, malah JessC turut tampil dengan lagu bahasa Inggeris dan Mandarin.



Tidak hanya itu, JessC turut mencuri tumpuan apabila menyanyi sambil bermain alat muzik seperti piano, keyboard, dan gitar di atas pentas sekaligus menunjukkan kemahiran muziknya yang luar biasa.



Kehadiran tiga artis undangan seperti Lee An Sheng, Fauziah Latiff, dan Lee An Tian sememangnya menggamatkan lagi suasana konsert pada malam berkenaan.

Berterima kasih atas sokongan padu peminat, JessC, berkata, perkara itu membuatkan dirinya berasa sangat terharu.


Jelasnya, sokongan yang diberikan amat bermakna dan ia menjadi pemangkin buat JessC untuk berusaha lebih gigih bagi mencipta karya-karya yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

“Terima kasih banyak atas sokongan anda malam ini!

“Kehadiran anda semua benar-benar buatkan saya rasa terharu!

“Tenaga, sorakan dan cinta anda, semuanya amat bermakna buat saya,” katanya.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh JessC adalah My Style, One Chance, Satu Suara Raya, Dekati, Sinaran, Forever Young dan Expose.

Dalam pada itu, kehadiran suami JessC yang naik ke pentas dan memberikan bunga serta ciuman mesra, disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan penonton.


Detik tersebut menjadi salah satu sorotan paling hangat pada malam itu.

Selain bergelar penyanyi, JessC juga merupakan Certified Therapeutic Musician, dengan kelayakan diploma dalam muzik terapi dari United Kingdom dan Sepanyol.

Penyanyi itu turut memiliki Ijazah Kedoktoran dalam Perubatan Klinikal Integratif Cina dan Barat dari Guangzhou University of Chinese Medicine (China), PhD dalam Sains Kesihatan dari Charisma University, serta merupakan Naturopathic Doctor yang diperakui oleh American Naturopathic Medical Certification Board (ANMCB) di Amerika Syarikat.


Dengan latar belakang perubatan serta kepakaran dalam Naturopatik dan terapi muzik, JessC mendedikasikan dirinya untuk menggunakan muzik sebagai alat pemulihan fizikal, emosi, dan rohani.

Melalui melodi yang menyembuhkan hati, lirik yang menjernihkan minda, dan vokal yang meniupkan harapan ke dalam jiwa, karya JessC telah menyentuh ramai pendengar yang sedang bergelut dengan penyakit, kemurungan, kebimbangan, dan detik-detik tergelap dalam hidup.


Tuesday, May 27, 2025

MR D.I.Y. meraikan kecemerlangan dalam pertandingan seni bertemakan “Identiti dan Kepelbagaian”

Hi Korang,

Dua karya seni yang menyentuh emosi dan menyelami tema kenangan, budaya dan ketabahan telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Pertandingan Seni MR D.I.Y 2025, sejajar dengan tema pertandingan tahun ini, “Identiti dan Kepelbagaian”.

Karya-karya pemenang tersebut – salah satunya menggunakan gabungan foto lama dan media campuran bagi meneroka warisan dan pemeliharaan budaya, manakala satu lagi mengisahkan perjalanan peribadi dan negara semasa pandemik COVID-19 – menonjol dalam kalangan lebih 1,000 penyertaan yang diterima dari seluruh negara.

MR D.I.Y. Group, Yayasan MR. D.I.Y.  and panel judges with the Grand Prize winners Mohd Al-Khuzairie Ali (left) and Nasrin Nadhirah Suhaidi (right)

Kini memasuki tahun keempat penganjurannya, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, dengan kerjasama cabang amalnya, Yayasan MR D.I.Y. Hasil karya 41 karyawan tempatan telah diiktiraf dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung hari ini di KEN Gallery, Menara KEN TTDI. Lebih RM200,000 hadiah wang tunai telah disampaikan, termasuk RM30,000 dan RM10,000, masing-masing untuk pemenang Hadiah Utama dalam kategori Awam dan Institusi Pendidikan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Pertandingan Seni MR D.I.Y. meraikan keupayaan seni untuk mencetuskan pemikiran, menghubungkan komuniti dan menginspirasi perubahan. Tema tahun ini, ‘Identiti dan Kepelbagaian,’ menggalakkan karyawan untuk meneroka identiti peribadi dan kolektif dalam masyarakat global masa kini. Kami berharap karya-karya ini mampu menginspirasi rakyat Malaysia untuk meraikan perbezaan, menghargai kisah yang dikongsi bersama, dan memandang dunia dengan empati yang lebih mendalam.”

Beliau turut menambah bahawa sebagai peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. berbangga dapat menyokong bakat tempatan dengan menyediakan platform yang bermakna untuk mereka berkongsi idea, kisah dan kreativiti masing-masing.

Tahun ini juga menyaksikan perluasan pertandingan tersebut ke peringkat serantau buat pertama kalinya. Pemenang peringkat kebangsaan yang diumumkan hari ini akan mewakili Malaysia di pentas serantau, menawarkan platform yang lebih besar dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Kami amat teruja untuk mengorak langkah ini kerana ia membolehkan para karyawan kita menyerlah dan menerima penghargaan di peringkat serantau,” kata Ong. “Peluang ini amat besar ertinya kepada para karyawan di seluruh Asia dan merupakan salah satu cara kami menambah nilai kepada komuniti di mana kami beroperasi.”

Hadiah Utama Kategori Awam telah dimenangi oleh Mohd Al-Khuzairie Ali, 41, menerusi karyanya yang bertajuk “In the Mood of Love, Time and Memory”. Dengan menggunakan media campuran dan foto vintaj, Al-Khuzairie meneroka kaitan antara masa, memori dan identiti. Karya ini meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sambil menekankan kepentingan pemeliharaan warisan dalam dunia yang sentiasa berubah. Para juri memuji karya seni tersebut kerana kedalaman emosi, lapisan tekstur, dan naratif visualnya yang kuat.

The winners of the MR D.I.Y. Art Competition 2025! 

Bagi Kategori Institusi Pendidikan, Nasrin Nadhirah Suhaidi, 21, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak, memenangi hadiah utama menerusi karya yang berjudul “Harapan”. Lukisan ini menggambarkan pengalaman peribadi beliau menghadapi kehilangan semasa pandemik, termasuk pemergian ibunya, sambil memberi penghormatan kepada ketabahan dan kekuatan kolektif rakyat Malaysia. Juri menyifatkan karya ini sebagai “sangat menyentuh hati dan penuh harapan dalam kesunyian.”

Kedua-dua pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000 (kategori awam) dan RM10,000 (kategori institusi pendidikan). Mereka akan mara ke peringkat akhir serantau bersama pemenang Anugerah CEO dan pemenang Anugerah Pilihan Pengasas.

Barisan panel juri bagi edisi 2025 terdiri daripada artis tersohor tempatan iaitu Encik Bingley Sim, Cik Leong Mei Yin, Encik Yap Sau Bin, dan Encik Ivan Gabriel, bersama-sama Pengasas dan Penasihat Kumpulan MR D.I.Y., Encik Tan Yu Yeh serta Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Ong.



Orang ramai dijemput untuk mengunjungi pameran karya seni pemenang di Galeri KEN, Menara KEN TTDI, bermula 23 hingga 28 Mei 2025.

Dilancarkan pada tahun 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan untuk memupuk bakat seni tempatan dan menyemarakkan ekosistem kreatif yang inklusif dan dinamik di Malaysia. Menerusi platform ini, MR D.I.Y. dan Yayasan MR D.I.Y. terus memperjuangkan seni dan budaya sebagai pemacu utama dalam membina komuniti, identiti dan hubungan sosial yang bermakna.

Untuk senarai penuh pemenang edisi 2025 dan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni MR D.I.Y., sila layari laman web mrdiy.com, dan media sosial di Facebook, Instagram, dan TikTok.


















Mengenai Kumpulan MR D.I.Y dan Yayasan MR D.I.Y.

MR D.I.Y. Group (M) Berhad ialah peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 1,400 cawangan di seluruh negara dan di Brunei, merangkumi pelbagai jenama termasuk MR. D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY. Syarikat ini juga merupakan pemegang francais induk untuk jenama EMTOP di Malaysia. Dengan kira-kira 17,000 produk merentasi lima kategori utama, Kumpulan ini komited untuk menawarkan kemudahan, nilai terbaik, dan janji “Always Low Prices” di kedai fizikal dan dalam talian.

Yayasan MR D.I.Y., cabang amal Kumpulan ini, ditubuhkan pada tahun 2023. Yayasan ini memberi tumpuan kepada inisiatif masyarakat dalam bidang pendidikan, kelestarian alam sekitar, serta seni dan budaya. Pada tahun 2024, Yayasan ini telah melaburkan sebanyak RM1.2 juta dalam pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada lebih 95,000 penerima, sejajar dengan misinya untuk memperkasa komuniti dan menghasilkan impak yang berkekalan.



Wakil untuk Pertanyaan Media:




Zuhair Zarudin (Mr)

PR Manager

ROOTS PR

zuhair@rootsasia.com

+6017 398 0387

Siti Aisyah Rosli (Ms)

Assistant Manager (Advertising & Promotion)

MR D.I.Y.

siti.aisyah@mrdiy.com

+6012 346 7744


Monday, May 26, 2025

Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia 2025 (MALF 2025) Menuju Ke Sepang – Sambutan Penuh Aksi Yang Menggabungkan Kelajuan, Budaya Dan Komuniti

Hi Korang,

Acara automotif yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, menggabungkan kelajuan, gaya dan identiti budaya, kini memecut ke tahap maksimum. Kemuncak Festival Auto & Gaya Hidup Malaysia (MALF) 2025 bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari penuh aksi pada 14 & 15 Jun 2025, menghimpunkan sukan permotoran, budaya pop, warisan tradisional dan aktiviti mesra keluarga serta menjadikannya sebuah acara yang pasti terpahat dalam ingatan.


Tidak seperti ekspo automotif biasa, MALF 2025 adalah festival tempatan yang meraikan identiti 1Malaysia di pentas serantau dengan pelbagai persembahan budaya tradisional mewakili semua etnik utama di Malaysia. Antara tarikannya termasuk demonstrasi drift, pameran kereta retro dan perhimpunan kelab kereta terbesar di Malaysia dengan lebih 800 kereta dipamerkan. Peminat juga boleh menikmati hari litar rasmi, aksi demo oleh pemandu lagenda dan akses eksklusif ke kawasan pit.

Untuk memastikan Festival Automotif & Gaya Hidup Malaysia 2025 lebih seronok dan dapat dinikmati oleh semua, kami ingin mengumumkan bahawa kemasukan adalah percuma!

Namun, kemeriahan tidak terhenti hidup yang penuh dengandi litar sahaja. Edisi tahun ini menyediakan pelbagai citarasa makanan di bazaar, menampilkan suasana hebat dan gaya hidup yang penuh dengan keceriaan.

Penonton juga akan terpesona dengan barisan persembahan budaya tradisional yang dinamik dan persembahan dram yang memukau, meraikan kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia — termasuk tarian etnik pribumi Borneo dan persembahan etnik dari seluruh negari.

“Festival MALF 2025 ini mencerminkan siapa kita sebagai sebuah negara hari ini.: sebuah masyarakat berbilang kaum, bertenaga dan sentiasa maju ke hadapan. Ia meraikan semua rakyat Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menganjurkannya,” jelas Malcolm Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif KL Works merangkap Penganjur Utama MALF 2025.

Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat


Pengaruh Serantau yang Kian Meningkat MALF 2025 semakin mendapat perhatian meluas di peringkat serantau, dengan penyertaan yang memberangsangkan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Pertambahan penyertaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu perhimpunan gaya hidup otomotif paling meriah dan dinamik di Asia Tenggara.


Keluarga Diutamakan, Festival Tanpa Henti


Bukan hanya untuk peminat permotoran, MALF 2025 juga destinasi terbaik untuk pilihan keluarga. Festival ini dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan selesa untuk semua pengunjung, terdapat zon kanak-kanak dan ruang eksklusif wanita lengkap dengan urutan serta penjagaan kuku, serta yang meriah menampilkan produk tempatan, fesyen, dan pelbagai pilihan vendor makanan dan minuman.



Tiket boleh dibeli di MALF.my sambil meraikan Hari Bapa dengan penuh bermakna pada hujung minggu ini! Layari @malfestivalmy di Instagram dan Facebook untuk informasi terkini berkaitan festival ini.

Jun ini, bukan enjin sahaja dihidupkan - malahan menggerakkan semangat baharu!