Hi Korang,
Kita kembali lagi ke senarai buffet ramadan 2022 di belog www.ciklilyputih.com
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan  Ummis Hijau  Kasturi  mengalu-alukan  kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap,  seleksi  buffet bermula pada 4 April  2022 hingga 29 April  2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional  Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.
Buat  mereka  yang  mengenali  pasangan  suami  isteri  yang  juga  merupakan pemilik serta chef di restoran ini,  Chef Haji Fauzi  dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka  sajian.  Di  kesempatan itu,  pengalaman pasangan suami  isteri  ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi lstana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan  menerusi  santapan  lstana  yang  akan  turut  disertakan  bersama dalam seleksi  bufet tersebut.
Antara  menu lstana adalah Nasi  Kebuli,  Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, lkan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru     Lembu),     Sambal     lkan     Tahai,     Pais     Daging,     Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai  Durian.
Bagi   menambah  keterujaan,   konsep  restoran  turut  disuntik  dengan  hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke  Ummis  Hijau  Kasturi.  Bagi  kemudahan  dan  keselesaan pengunjung  pula, surau turut tersedia di bahagian  dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas  di  tingkat  bawah  premis.  Malah  kelengkapan set audio turut  disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12  tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas,  Ummis Hijau  Kasturi  sekaligus  menjadi  antara buffet Ramadan yang termurah di  ibu negara pada tahun ini.
Dalam  masa yang  sama,  Ummis Hijau  Kasturi turut mematuhi garis panduan yang  telah  ditetapkan  oleh  kerajaan dalam  prosedur operasi  standard  (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Selain  itu,  Ummis  Hijau  Kasturi  sering  menjadi  pilihan   kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda,  BERNAMA, Astro dan banyak lagi.
Untuk info,  restoran ini juga dibuka pada setiap hari  untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi   mereka  yang  berminat  untuk  membuat     tempahan  Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat), 017-6534133(operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production).
Harga promosi kanak-kanak terhad kepada  maksimum  tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga
Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
 Waktu Operasi Harian:
Dibuka pada setiap hari kecuali  lsnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
G3A.  Sentul  Village  Service Apartment, 
No  10.  JIn  Sentul  Perdana,  Sentul,
51200,  Kuala Lumpur.
Facebook :   https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
Instagram  :   https://www.instagram.com/ummishijaukasturi
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
Mengenai Ummis Hijau Kasturi
Restoran yang telah bertapak selama lebih  dua tahun di Sentul Village,  Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai  sajian  asli  Melayu dan Barat pada setiap  hari. Pasangan suami  isteri  ini  telah  berkecimpung  lebih  dari  28 tahun dalam bidang kulinari secara  profesional.  Sepanjang  pengalaman tersebut,  kedua-dua mereka setia berkhidmat  dengan  kerabat  diraja  Brunei  selama  lebih  dari  8 tahun.  Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu,  pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal  Brunei Airlines,  Holiday Inn  Toronto,  Kanada,  Hilton  Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di  Management  and  Science  University  (MSU)  Shah Alam.  Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astra,  BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.