Saturday, March 5, 2022

Khai Artzfar & Blog Budak Pacak Rai Ulangtahun Pada Tarikh Unik 22/2/22

Hi Korang,

Wartawan hiburan, blogger dan pengamal media sosial, Khai Azfar hari ini menyambut ulang tahun yang ke-30 dalam suasana norma baharu.


Menariknya lagi, bukan sahaja 'jatuh' pada tarikh yang disifatkan ramai sebagai angka yang cantik 22/2/22, malah serentak dengan itu juga ulangtahun penubuhan blog nya yang ke-12, Blog Budak Pacak serta 'Preview' Ramadan Buffet Ummis Hijau Kasturi turut diadakan.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Khairul Azfar Azahari, pada awalnya acara ini dijadualkan pada tahun lalu. Namun, berikutan negara dilanda wabak COVID-19 dan berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) hasrat tersebut terpaksa dilupakan di saat akhir.

Bersempena dengan Ramadan yang hampir tiba serta penganjuran majlis skala kecil dan patuh prosedur operasi standard (SOP) dibenarkan oleh MKN, akhirnya majlis ini dapat diadakan.


Jelas Khai, majlis ini diadakan bukan sahaja ingin menunjukkan bahawa dia masih bergiat aktif dalam penulisan blog malah ia sebagai satu penghargaan buat rakan-rakan media, blogger, pengamal media sosial serta pegawai perhubungan awam dan komunikasi pelbagai bidang yang banyak membantunya menaikkan nama sepanjang 12 tahun ini.

"Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk mengadakan majlis seumpama ini apatah Blog Budak Pacak sudah mencapai 12 tahun penubuhannya. Namun disebabkan PKP yang lalu, saya terpaksa lupakannya.


''Alhamdulillah, kebetulan hari lahir saya jatuh pada tarikh yang cukup cantik pada tahun ini dan umat Islam akan mula berpuasa tidak lama lagi, jadi saya terus merancang laksanakan majlis dalam serba sederhana selain ingin meraikan rakan-rakan yang banyak menyokong saya selama ini" katanya


Bercakap mengenai soal karier dan blog, kongsi Khai ketika ini dia sememangnya menumpukan kerjaya sebagai seorang wartawan hiburan. Akan tetapi menurutnya, blog tidak akan dilupakan kerana ia adalah titik permulaan kerjaya serta pengenalan namanya di dalam industri penulisan.

"Sebelum saya menjadi wartawan, saya ada cakap dekat majikan yang saya ingin dan akan teruskan penulisan blog kerana ia adalah sebahagian identiti diri saya. Alhamdulillah syarikat memahami dan bagi menghormati mereka saya tidak mencampurkan genre penulisan dalam kedua-dua platform tersebut. Untuk blog saya menulis lebih ke arah peribadi dan gaya hidup manakala di portal sudah tentu fokus kepada perihal hiburan" katanya lagi


Dalam majlis yang dihadiri oleh 50 orang tetamu pelbagai latar belakang itu turut mendapat pelbagai tajaan rakan-rakan strategik Khai sebagai tanda sokongan. Selain Ummis Hijau Kasturi sebagai penaja lokasi, syarikat kek keju terkenal di Kuala Lumpur, Cat & The Fiddle berbesar hati menaja kek sambutan hari lahirnya.

Menyerikan lagi suasana, usahawan tempatan Aspeks Kitchen turut menaja biskut dan 22 kek cawan sebagai simbolik tarikh lahir Khai yang unik pada tahun ini. Manakala, stokis Heads Shampoo, M Cosmec dan portal hiburan Gayah Is Typing serta Buzzing Malaysia telah menaja hadiah cabutan bertuah buat para tetamu.

Fakta Mengenai Februari 2022

1. Pada 22 Februari  2022, planet Pluto kembali pada posisi asalnya setelah kali terakhir ia dirakamkan pada 4 Julai 1776.

2. Tarikh 22/2/22 hanya akan muncul 200 tahun sekali selepas daripada itu, generasi seterusnya harus menunggu 20,000 tahun lagi.

3. 22 Februari 2022 juga genap 30 tahun penyanyi lagenda Allahyarham Sudirman Hj Arshad meninggal dunia.

Sempat tangkap si Khai ni sebelum balik, busy nau dia malam tuh


Mengenai Blog Budak Pacak

Blog gaya hidup Blog Budak Pacak milik sepenuhnya oleh Khai Artzfar mula aktif sekitar 2009 dalam membuat pelbagai perkongsian. Selain aktif mempromosikan pelbagai produk dan jenama dalam dan luar negara, blog ini turut menerima pelbagai pengiktirafan.

Antara pencapaian tertingginya adalah mewakili Malaysia dan blog bersama, Projek Travel ke Yilan, Taiwan secara individu bagi berkongsi tips dan cara menarik pelancong muslim ke negara itu. Selain itu, Blog Budak Pacak pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti Tourism Malaysia, Tourism Indonesia, Tourism Macao, AirAsia, Le Meridien Hotel, Grand Hyatt Yogyakarta serta banyak lagi.

No comments :