Wednesday, May 29, 2019

Konsert terakhir Boyzone “Thank you and Goodnight Farewell” bersama artis jemputan Brian McFadden Anjuran Wowstar Creative Entertainment

Hi Korang,

Kak lily nak citer dengan korang ni...

Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden telah diumumkan sebagai tetamu istimewa untuk konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam. 


McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999. 

Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.” 

Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka. 


Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.” 

Menurut laman web tur, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Late Show”, anda mungkin akan memeranjat juga.” 

Boyzone menikmati kejayaan melalui kejaya mereka. 

Tambahan mereka: “Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia, mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami di sepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.” 


Untuk dapatkan tiket korang just klik di link ni ek: https://airasiaredtix.com/boyzone2019 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

About Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd. 

ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran. 

Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK kami: 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Kulit yang Sihat Dan Cantik Dengan CETAPHIL® Kata Lisa Surihani

Hi Korang,

Penjagaan kulit tidak selalunya leceh dan membosankan. Pada hujung minggu lepas, Cetaphil® dengan rakan jenamanya, Lisa Surihani mendekati dan memberi inspirasi kepada para pengguna dalam acara ‘Syok Raya’ anjuran Watsons. 


Sejajar dengan komitmen Cetaphil® dan Lisa sendiri untuk menggalakkan penjagaan kulit yang sihat, orang ramai di IOI City Mall, Putrajaya telah menyaksikan secara peribadi bagaimana Lisa menjaga kulitnya sepanjang bulan Ramadan dan dalam persediaannya untuk menyambut Lebaran. Pada masa yang sama, pelakon kesayangan Malaysia ini turut meluangkan masa bersama para peminatnya melalui sesi ramah mesra.

Sebagai individu yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan di samping membahagikan masa bekerja dan menguruskan keluarga, Lisa amat memahami yang tubuh juga turut mengalami perubahan. Peralihan waktu tidur, tabiat makan dan dehidrasi merupakan antara faktor yang memberi kesan pada kulit. Kelesuan boleh mengakibatkan kulit nampak kusam, manakala pilihan makanan ketika bersahur dan berbuka pula boleh menyebabkan perasaan haus dan lama-kelamaan, kesemua ini akan membuat kulit terasa begitu kering.

Mengambil langkah lebih proaktif seperti menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan melembapkan serta memilih makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan amatlah penting agar kulit kekal hidrat dan sihat. Lisa turut menekankan kepentingan untuk menumpukan kepada penjagaan asas kulit supaya ia sihat dari dalam.


“Bila tiba Hari Raya, kita akan lebih berusaha untuk tampil menarik di samping keluarga dan rakan-rakan, dan yang paling utama sekali kita ingin mempunyai keyakinan diri. Lisa memang tak sabar untuk meraikan Aidilfitri dan meluangkan masa bersama seisi keluarga. Mengambil potret keluarga pula sudah menjadi satu tradisi kami. Tapi di sebalik setiap gambar, walaupun lengkap berpakaian dan mekap yang cantik, kita tak dapat nafikan apa yang kulit kita rasa, samada ia kering, berminyak atau sensitif. Bagi Lisa, kulit yang betul-betul sihat adalah kulit yang kekal hidrat dan seimbang. Jadi nasihat Lisa, untuk dapatkan kulit yang sihat kita mesti menggunakan pembersih kulit yang sesuai. Sesuatu yang lembut namun berkesan dan melembapkan serta dipercayai oleh pakar dermatologi,” jelas Lisa Surihani, pelakon Malaysia.

Menurut Lisa lagi, “Kulit kita melalui pelbagai situasi dan ia berubah dari masa ke semasa, kadang kala ia berminyak kerana hormon atau kering kerana dehidrasi. Sejak menggunakan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® dua tahun yang lalu, Lisa banyak belajar mengenai kesan pilihan penjagaan kulit terhadap kulit Lisa. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® adalah bebas sabun yang bermaksud ia tak akan mengeringkan kulit, bebas pewangi di mana ia tidak menyebabkan iritasi dan paling utama, ianya sesuai untuk semua jenis kulit kerana formulasinya yang lembut. Maknanya, tak kiralah bagaimana kulit Lisa berubah, pembersih Lisa tetap sama.”


Rutin penjagaan kulit Lisa untuk mengekalkan kulit yang sihat termasuklah:

Membersih
Membersih dengan sempurna boleh meningkatkan kualiti kulit kita dan menyerlahkan seri wajah. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® dipercayai oleh pakar dermatologi kerana ia lembut, tidak menyebabkan iritasi, bebas sabun dan pewangi serta selamat untuk semua jenis kulit. Ia mudah dibilas, jadi kulit rasa bersih dan kekal hidrat. 

Melembap
Pelembap membantu untuk memulihkan lapisan pelindung semula jadi kulit. Lisa menggunakan Krim Pelembap Cetaphil® untuk penghidratan yang tahan lama agar kulit halus dan lembut. Seperti pembersih, ianya bebas pewangi, tidak menyebabkan iritasi, sesuai untuk semua jenis kulit dengan formulasi yang tidak berminyak.

Melindungi
Kita tinggal di negara di mana matahari menyinar terik setiap hari. Samada ketika cuaca mendung mahupun berada di dalam rumah, Lisa tidak pernah lupa menyapu Pelindung UVA/UVB SPF 50+ Cetaphil®. Ia melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang merbahaya.




“Acara pada hari ini merupakan platform terbaik untuk Lisa dan Cetaphil® berkongsi secara lebih dekat dengan pengguna. Di awal kerjasama, tujuan kami adalah untuk membimbing pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat. Dan pada hari ini, Lisa telah menyedarkan kita semua bahawa tidak seorang pun akan mempunyai jenis kulit yang sama pada setiap peringkat dalam kehidupannya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menjaga kulit agar ia sihat dari dalam dengan menggunakan pembersih kulit yang lembut. Pembersih tersebut tidak akan membuatkan kulit rasa tegang, namun ia sepatutnya membersih dengan sempurna dan membuat kulit berasa segar dan lembap. Kami berbangga bila diberitahu bahawa 99% wanita termasuk Lisa bersetuju Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit,” kata Cindy Tiu, Pengarah Komersil Galderma Malaysia. 

sempat jugak kak lily bergambar dengan Lisa Surihani hah, alah selfie je

Ada jugak acara bergambar di antara Lisa Surihani bersama para peminat, ermm untunglah korang ek hehehhe


Untuk maklumat lanjut, Layari Facebook Cetaphil® Malaysia di www.facebook.com/cetaphilmalaysia



Tuesday, May 28, 2019

Hanya Semalam Di Lost World Of Tambun, Ipoh.

Hi Korang, 

Sebenarnya trip ni memang tak plan pun lah, tup-tup bila ada orang ajak dan kebetulan plak Mr Big cuti panjang minggu tuh dan kak lily pun tak berapa busy so apa lagi mohlah kite ke Tambun ek. 


Apa di buatnya di Lost World of Tambun bulan-bulan puasa ni kan? 

Tak de faedah sungguhlah.. 

Itu yang orang-orang cakap bile ktorang bagitau nak pi Tambun time puasa, so apa masalahnya. Tak de masalah pun boleh je buat memacam kecuali makan dan minum je hehehhehehe 

Sebab ianya media trip dan ada event launching so haruslah ikut protokol kan, 

Naik bas tidur jelah sepanjang jalan tuh, memang tak terasa pun. Celik mata dah sampai Tambun hah, so apa yang penatnya kan. 

Sesampainye check in dulu lah. 

Ktorang di bilik 351, mengadap pintu masuk Lost World Of Tambun ni. 

cantik bilik, connecting jugak bilik nie


selfie wajib kalau bermalam di hotel kan


white coffee LWOT memang sedap lah

Sangat selesa, sempat tertidurlah kejap. Padahal dalam bas dah tidur kan hehehhee 

muke baru bangun tido semua nie

nampak sangat kan, kengantukannya

So petang tuh, ktorang ada LWOT Tour, alah pusing-pusing dalam themepark tuh, of courselah naik buggy tak kuase ahkak ko nak berjalan tawaf kan. 


sebab nak hujan tuh yang diaorang tutup tuh


tak dapat nak minum kopi kat sini sebab pose kan


glamping, harus kena cuba satu hari nanti

Sempat kitorang singgah di Underwater View area. La ada Juita rupanya. Juita ni merupakan badak air yang kak lily rasa most of the time dia duduk je dalam air dan sekejap-sekejap timbul di permukaan untuk bernafas hehehe 



Harus bergambar dengan Juita ni ek hehehe 


comey kat Hyena ni ek, yang ni betina lupe plak namo ek

sempat bagi zharif zirafah makan ek hehehhee

Selain daripada tuh dapat jugaklah tengok binatang-binatang lain, yelah bila duduk kat KL ni mane ada masa nak tengok binatang cam ni kan so bila ada kesempatan so haruslah jangan lepaskan peluang huahauahua 

seronok makan dengan diorang ni, berebut-rebut hah nak amik lauk hahha

Selepas je perasmian program pemuliharaan burung ‘Kuang Raya’ ni kami berbuka puasa di The Swan Lake area. Haruslah seronok makan di tepi tasik yang tenang dan damai tuh kan, bertambah-tambah diaorang ni makan. 

Lepas makan terus ktorang ke Luminous Forest



baru perasan kasut kak lily glow in the dark ek hehehehe

cantikkan, kak lily suka yang ini. its real

Ini merupakan salah satu tarikan baru di LWOT ni, yelah dulu kak lily pi banyak belum ada lagi, sekarang ni memacam dah ada, rumah hantu pun dah hado hehhehe. Not bad jugak, macam masuk kea lam avatar, penuh dengan lampu warna warni dan bunyi bunyian yang menakjubkan. Sambil jalan sambil bergambar jelah. 

Habis tuh, haruslah lepak di kolam air panas. 

happy semuanya dapat berendam memalam kan

Semua kolam diterjahnya kan sebab nak rasa suhu fit ke tak fit dengan badan. Ada pool infinity lagi, lama gak lepak kat situ dengan adik-adik kuntum ni heheheh 

Most of them melepak jelah kejenya sebab tak de apa nak buat pun kan hehehhe 

By the way, sahur di Lost World hotel sangat awesome. 


nampak menunya, awesome kan

Kitaorang di hidangkan dengan menu kampung di dalam mangkuk tingkat gituh. Ya ampun kalau korang tengok lauk-pauknya ermm awesome, berselera ktorang bersahur. 

cantikkan view..


Kak lily memang lepas sahur tak boleh nak tidur, dalam kul 7pagi tuh. Bangun dan terus kuar pi slow walk area Tambun city ni. Giler ek rumah-rumah kat sini macam istana Takeshi besau-besau belaka dan diroang very friendly ye nyonya kat sini. Selisih jalan semua senyum-senyum siap cakap good morning lagi. 


Balik bilik, hah amik ko tidur sampai check out hahaha nasib dah siap-siap pack semua barang-barang 

dengan adik-adik kuntum, kakak sinar harian, PR LWOT

Thank you for Lost World of Tambun team yang sudi mengajak ktorang berehat semalam di sini ek, hopefully ada lagi jemputan ye hehehhehe


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com