Hi Korang, 
Meh kak lily sambung lagi citer mengenai Ramadan review ni ek 
Kali ni kak lily ke Me’nate Steak Hub di outlet Vista Alam Shah Alam. 
Me’nate   Steak    hub    sememangnya   sudah   terkenal   sebagai   sebuah   restoran   yang berkonsepkan makanan barat  yang   terbaik  di  kalangan  masyarakat  Malaysia.   Sempena Ramadan   kali   ini,   Me’nate   steak hub  juga    tidak   ketinggalan   turut    serta   dalam memeriahkannya dengan  promosi ramadan. 
Kali ini  Me'nate masih   mengekalkan bufet ramadan  untuk   berbuka  puasa  yang   menawarkan  dan   menyajikan sehingga  40  menu hidangan dari pelbagai pilihan makanan. 
Ermm 40 menu hidangan tuh, meh kita tengok di antaranya ek: 
Mengekalkan konsep tradisi, Me’nate menawarkan menu steak dan barat sebagai pilihan utama sajian dengan istimewa Kambing Golek menjadi taruhan untuk memuaskan para pelanggan.
Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow digoreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. 
Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate. 
Bagi  pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan untuk  berbuka puasa tetapi ingin menikmati Stik dan  makanan barat di Me'nate, tidak perlu  khuatir  kerana selepas jam 8.30 malam  Restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa. 
Kelainan   dan   keistimewaan  RAMADAN   2019  kali  ini  bagi   memenuhi  permintaan pelanggan yang  menggemari daging premium,  Me’nate memperkenalkan juga  pakej makanan  barat  premium  iaitu  hidangan  FAMILY  PLATTER.  Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej  iaitu SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE dan SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE dimana  1  set  boleh dimakan  5-6  orang  dengan tawaran harga yang  sangat berpatutan dan  setiap pakej  tersebut boleh dinikmati  seisi keluarga. 
Terdapat sehingga 11 menu   bagi   setiap hidangan dalam   FAMILY  PLATTER ini  dan   pelanggan  diberikan akses PERCUMA  ke  hidangan  bufet  pemanis  mulut/dessert. Hidangan FAMILY PLATTER ini pastinya mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini. Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda. 
Bagi  memeriahkan kempen ramadan kali ini juga,  Me’nate telah   melantik  dua  selebriti terkenal  sebagai   IKON   ME’NATE  bagi   membantu  sebagai  mempromosikan PAKEJ RAMADAN  BUFET dan   FAMILY  PLATTER. 
Selebriti  tersebut  adalah Shukri  Sahar  atau dikenali  sebagai Shuk Raja lawak dan  penyanyi serta pengacara Elly Mazlein  atau  popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pompom’. Pemilihan  mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. 
Seronok kami dihiburkan dengan gelagat mereka berdua ni. Gelak sakan tak abis-abis hah 
Me’nate juga menjemput para  syarikat atau  badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu   yang   ingin  bekerjasama dengan  pihak   Me’nate  untuk   menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan  sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat. 
Buffet ramadan di Me’nate Steak Hub ini bermula dari 6hb Mei sehingga 4hb Jun 2019. 
Sempena Ramadhan Ini Me'nate membawakan 3 pakej yang berlainan iaitu:
RM79.90 untuk dewasa 
RM39.90 untuk kanak-kanak
Bagi kanak-kanak berusia 5 tahun dan  ke bawah tidak dikenakan bayaran. 
• Premium Family Platter - RM 450 (Exc SST)
[Pakej C] (5-6 Pax)
• Super Premium Family Platter "Mengandungi Daging Wagyu" - RM 650 (Exc SST)
Jom kita ke: 
Me’nate Steak Hub 
C-01-01 & C-01-03, Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia
Ampang Jaya
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Selangor
Bangi
25, Jln Medan Pusat 2D
3B Curve Business Park
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Shah Alam
Lot F-36, Vista Alam
Jalan Ikthisas 14/1 off Persiaran Damai
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Johor Bahru
No. 113 & 115, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi :
Waktu Operasi :
11am-11pm (Mon-Thu, Sat-Sun)
3pm-11pm (Fri)
Meh sini layan video Me'nate ni ek, alah untuk korang tengok-tengok kan
3pm-11pm (Fri)
Meh sini layan video Me'nate ni ek, alah untuk korang tengok-tengok kan
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Facebook: 
Instagram:
Kesemua cawangan ini menghidangkan  pakej   menu   dan   konsep  yang   sama   untuk   pelanggan  berbuka  puasa. Restoran Me’nate Steak  Hub  juga  menyediakan surau  yang  selesa untuk  para  pelanggan menunaikan ibadah solat  dengan selesa. 
Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu restoran
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
 

 
 

