Saturday, August 11, 2018

Menjelajahi Dunia Bersama THOMAS & FRIENDS™

Hi Korang,

Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!. Siri TV baharu ini akan diberikan nafas baharu supaya lebih menghiburkan, inklusif, bermakna dan global. 


Kandungan rancangan ini akan menyajikan jalan cerita yang lebih rancak dan berfokus pada aspek fantasi, humor, haiwan serta muzik. Kini, Thomas akan memegang peranan sebagai pengisah yang menyampaikan pelbagai kisah menarik secara langsung kepada para penonton, sekaligus mencipta pengalaman yang lebih peribadi dan bermakna bersama kereta api biru ikonik ini. Di samping itu, Thomas & Friends akan menyaksikan pembentukan kumpulan lokomotif baharu dengan bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang (Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca) bagi menjamin aspek kesamaan jantina dan mendekati hati lebih ramai penonton. 

Dalam Thomas and Friends: Big World! Big Adventures!, cita-cita Thomas untuk melihat dunia ini akan memberi motivasi kepadanya untuk mengembara merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak perempuan baharu dari Kenya dalam kumpulan lokomotif ini, Thomas akan mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengalami pelbagai budaya dan mengenali kawan-kawan baru dari negara-negara lain. 

“Melalui Thomas and Friends: Big World! Big Adventures!, Thomas akan membuka mata kanak-kanak prasekolah kepada dunia di sekitar mereka melalui ciri-ciri unik kereta api. Selain menekankan kepentingan tali persahabatan dan usaha berkumpulan, program ini telah direka supaya lebih mengujakan dan mempunyai unsur pendidikan yang lebih tinggi. Kini, kanak-kanak berpeluang meneroka pelbagai negara serta budaya baharu bersama teman mengembara mereka, Thomas ketika mereka membesar,” kata Audrey Ng, Pengurus Jenama Kanan untuk Bayi & Prasekolah di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel). 

Melalui pengembaraan mengelilingi dunia ini, Thomas menjemput peminat untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! yang bakal berlangsung di The Curve. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, antara 14 dan 26 Ogos 2018, kanak-kanak berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman-temannya, mengharungi pagar sesat yang dipenuhi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki. Selain itu, mereka juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa! 


Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends. Tambahan pula, pelanggan yang membelanjakan RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends akan dapat menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada. 

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan The Curve berkata, “Cuti sekolah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok serta meneroka pengalaman baharu. Oleh itu, kempen Thomas & Friends, Big World! Big Adventures! pastinya akan memberi pengalaman mengujakan kepada mereka. Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, kami bertekad untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Kami berharap cuti sekolah ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua, terutamanya ibu bapa serta kanak-kanak melalui acara yang kami sediakan di The Curve.” 

Peminat boleh mengikuti Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya: https://www.youtube.com/thomasandfriends. Video-video baru termasuklah 5 video karaoke akan disajikan, di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace. Peminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan serta acara baharu Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di laman Facebook Thomas & Friends.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Friday, August 10, 2018

JBL Warehouse Sale, Eh Tershopping Lagi

Hi Korang, 


Ya ampun, kak lily memang tak sangka pun akan ke mari hari tuh. 

Ni gara-gara KOL yupikoh (ayu rafikah) yang update status pasal warehouse sale ni. Kebetulan plak kak lily jumpa dia pagi sabtu so dia pun duk membako line dengan Mr Big sekali lah. 

Habis je event kat Southpoint Mid Valley tuh terus je start enjin menghala ke Social Mex kat Glenmarie ni. Ini bukan kilang JBL ek tapi event hall. Diorang sewa kat situ untuk buat jualan, kira bagus jugak ek, parking pun melambak-lambak. 

Jap jap korang tau ke JBL tuh hapo ? 

Jenama JBL ni merupakan syarikat yang mengeluarkan produk-produk hiburan seperti speaker, earphone, headphone, gaming accessories, home theater dan memacam lagi lah. 

Sekejapan dah sampai Social Mex ni ek, sebab sabtu kot jalan nak ke Glenmarie tak ramai orang kan. 

Tujuannya nak cuci mata je so tak delah beria bagai ambil gambar pun, event hall pun tak delah besar mana so just nicelah. Memang speaker mahal-mahal turun harga jadi ratus-ratus je, jadi gila di buatnya. 

Memandangkan duit sekangkang kera je takdelah kitaorang membeli belah bagai. 


Ini je hah yang mampu di rembat. 

Masalahnya telinga kan sepasang je yang pi beli bebanyak tuh buat apa ?

Mr Big tanya, terus kak lily cakap satu nak ganti yang kat office, satu nak ganti yang kat dalam kereta, satu nak bagi orang. Huahauahuaa eleh dia pun samo gak. Nak pi holiday pun nak beli headphone bagai poyo ek. 


Disebabkan kami membeli belah lebih RM300 so dapatlah 2 kali lucky draw, hah dapat earphone lagi. Diaorang ni nak tutup ke hape semuanya murah dan kasi free hahahaha 

Balik tuh terus asing-asing kan mana nak letak, sambil tuh terus guna. 

Kemain lagi bunyinya ek dung dang dung dang.. dan lagi satu yang kak lily perasan earphone yang penyumbat telinga tuh tak sakit kalau guna lama-lama sebab dia ada sponge yang lembut nau 

By the way, minggu ni ada JBL warehouse sale tau 



Korang rasa Mr Big nak pi lagi tak? 

Dia ni memang pantang betul dengan menda-menda cam ni, membazirrrrr jelah















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, August 9, 2018

Teammate Hi Tea Di PAUL Pavilion

Hi Korang,

Lupa pulak nak citer pasal ni ek.

Semenjak 2 menjak kengkawan kak lily dah pi site so tak delah kitorang having fun time lunch cam dedulu kan, so payahlah nak jumpa. 

Once day salah sorang plan pi makan-makan tapi bukan lepas keja sebab biasalah lepas kerja kan banyak commitment lain nak kena buat, nak tak nak semua orang ambil half day leave. Ada yang ambil cuti, ada yamg cakap pi meeting kat luar dan ada yang MC huahauhuaa. Kebetulan pulak kak lily memang ada kerja luar time tuh so selamatlah cuti kan hahahaha

Ktorang plan jumpa kat Paul Pavilion. 

semua bos-bos nie,kak lily sorang je kerani hauhauha

Paul bakery ni berusia 128 tahun rangkaian bakeri French yang terkemuka tau, patutlah tak ramai yang tau pasal ni kecuali pencinta pastrie, kak lily pun google je wokeh.

Ada someone suggest restoran ni. Bila kak lily view kat website pun nampak best plak menu makanannya. Western tapi ada sedikit fusion so sesuailah dengan tekak melayu memasing kot hehehehe


Kak lily sampai dulu bertiga so kitaorang yang appetizer yang simple-simple dulu. Nasib baik dalam menu ada description pasal ingredients yang di gunakan so order jelah, order tunjuk tunjuk. I want this, I want this, I want that based on gambar huahauhaau.

nampak sket kan hehehe

Sekali datang mak ai nampak cam sket je kan. So makan-makan order lagi. 

ok jom bawang ek


Kemudian datang kengkawan yang lelain so sambung order jelah. So sambil makan sambil membawang seperti biasa hal office ni sebab kat sinilah ramai orang tau apa yang kami borak kan. Mengkekeh gelak non stop sambil makan, ada je topik yang keluar pasal staff kat office dan kat site. Huahauhaua

Omelette Spinach RM26.00

Multigrain Chix Sandwich RM26.50

Linguine Cream Chix RM33.00

Spaghetti Aglio Olio RM32.00

Paul Burger RM39.00

Rigatoni Saumon RM36.00


Ok dessert plak hah..

Lemon Meringue Tarte RM15.80

Apple Almond Tart RM17.00

Soft Chocolate Cake RM14.80

Sedap bak hang!! 

Ok kopi plak sorang secawan ek

Surprise Set RM29.00

Cappuccino RM11.60

Macchiato RM6.90

Creme Brulee Coffee RM13.80

Lazattttt...

Yang best tuh,sambil borak sambil makan sambil order makanan. Kira lengkaplah hidangan menu dari appetizer hingga ke dessert huahuahauhua..

licin hah semuanya

inilah teammate kak lily suka duka bersama diaorang ni lah


Rasanya dari pukul 1.30petang kitaorang masuk ke restoran sampai pukul 4.30 petang melepak kat situ je, tak bangun-bangun. 

Tengok bill ni


Jeng jeng jeng RM575.50 untuk 6 orang punya makan.

Memang dah budget harga cam tuh so kongsi-kongsi je bayar, alah sekali sekala apa salahnya kan. Dapatlah release tension memasing daripada kerja yang tengah menimbun-nimbun pulak sekarang ni kan.

Kalau korang nak teringin nak bawak family ke, love one ke or even client ke, kak lily suggest datang ke restaurant ni so barulah boleh impress orang sket. Sekali sekala lah, kalau selalu boleh bengkok oooo

Ermm korang teringin lah tuh kan, ini tempatnya:

Paul Restaurant
Lot 2.09.02 & S2.09.02, Level 2
Pavilion Elite
Pavilion Kuala Lumpur


Website: PAUL Bakery


Ok selamat menjamu selera semuanya hehehehehe.. jeles jeles jeles tak??? hehehehe















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com