Wednesday, August 1, 2018

Singgah Minum Kopi di Kopi Mashor, Paroi

Hi Korang, 

Citer ni consider dah basi gituh tapi tetap ahkak nak citer ek. 

Masa kitaorang ke Senawang pi makan di KoffeeKabin dulu tuh memang tak plan pun nak singgah ke sini. So abis je lepak-lepak kat sana tak de arah tujuan nak kemana kan. Eh naik motor lah bro, tukar angin sket. Nasib baik tak hujan masa kitaorang ride tuh hauhauhaua..


Tup-tup Mr Big cakap jom ke Kopi Mashor lah, I dengar ramai bikers suka lepak kat situ dan kopinya pun not bad jugak. Di sebabkan masa tuh naik motor dan kak lily pun bukan boleh shopping so kami pun zass ke tempat tuh. 

Errrm rupanya dekat benau dengan tempat lepak tadi huahauhaua 

Jalan highway nak ke Kuala Pilah je hah. 

Memang betul-betul tepi jalan dan dari jauh dah nampak. 

Masa ktorang sampai tuh memang ramai bikers tengah lepak pekena kopi, agaknya baru sampai dari ride Bukit Putus kot layan corner kat situ kan hehehe 


Kedai ni kalau datang malam meriah sket sebab ada menu goreng-goreng, untuk tengahari ni menunya simple-simple macam nasi ayam, mee sup je, sebab baru je lepas so minum kopi jelah 

berdua bersatu, macam naik motor gak lah. 


Kopi Medix - tak delah rasa berubat pun, rasa kopi lah dengan ada rasa herba-herba sket

Kopi Power untuk Mr Big lah, kan dia yang bawak motor, akak tidur je kat belakang hehehe

Not bad jugak kopinya rasa not so strong, tak de rasa pelik walaupun nama weird. Chilll je sambil minum-minum , sempatlah borak-borak dengan abang-abang rider table sebelah. 


Nak balik pun tak de buat apa kan so lepak-lepak pekena kopi dulu then baru balik. Sekali sekala syok apa...


Korang kalau nak cuba boleh singgah ke: 

Mr Manshor Kopitiam Power 
Lot 717 Jalan Seremban - Kuala Pilah, 
70400 Seremban, Negeri Sembilan

Banyak betul perisa kopi yang ada kat sini, confirm-confirm memang kena datang lagi ke sini tau

Korang cuba try test dulu ek!!















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Rangkaian FOLLOW ME Anti-Bakteria Membasmi 99.99% Bakteria Bahaya Tau!

Hi Korang, 


Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna.

Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. la mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik. 


Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. 3 varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran. 

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata: "Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan. 
Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik. Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan. Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan." 

Rangkaian anti-bakteria Follow Me terdiri daripada mandian badan, sabun mencuci tangan dan sanitasi, bergantung pada varian. 

4 ciri-ciri penting yang terdapat pada Rangkaian  FOLLOW ME Anti-Bakteria adalah:-

  • Membasmikan 99.99% bakteria bahaya 
  • pH5.5 
  • Bebas Paraben 
  • Bebas Triclosan 

Ok ni kak lily tunjukkan beberapa varian dari Rangkaian Follow Me Anti Bakteria ni tau..


Whitening - mengandungi ekstrak Sakura dan Mutiara untuk kulit lebih terhidrat, bersih bersinar dan lebih lembap. Sempurna untuk seisi keluarga! 

Beauty Moisturising - mengandungi Susu Beras untuk kulit lebih lembap, nyaman dan segar. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. 


Extra Cool dan  Active Care - mengandungi ekstrak Mentol memberikan kulit anda berasa dingin dan bertenaga. Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. 

Natural Fresh dan Nature Care - mengandungi ekstrak Lemon untuk mempermuda dan memulihkan kulit. Sempurna untuk mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran 

Family Protection dan  Family Care - mengandungi ekstrak Peony untuk kulit lebih lembap dan terhidrat. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga . 

Boleh didapati dalam botol 1000ml mandian badan (RM13.90), 450ml sabun mencuci tangan (RM6.90) dan 55ml sanitasi (RM3.90). 

Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

Untuk info lanjut, meh layari social media berikut:

Laman web: 

Facebook: 

lnstagram: 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, July 31, 2018

Lunch Di PORMTIP Thai Restaurant, Bandar Tasik Permaisuri

Hi Korang, 

Lately ni kak lily ikut bebudak office ni keluar lunch jejauh sket dari office. 

Kebetulan pulak 2-3 minggu ni boss cuti balik Germany so kami pun ambil kesempatan lah untuk keluar lunch makan sedap-sedap kan huahauhaua. 

Sepatutnya nak makan kat Trust Tissue tapi cafe tuh hari Jumaat dia bukak lambat dalam kul 4pm cam tuh so nak tak nak tukarlah makan ke kedai lain yang berdekatan. 


Kak lily nampak kedai Pormtip ni, kemain siap ada anjung atap nipah tau. Ini tentu kedai makanan Thailand sebab ada gambar ala-ala Thai gituh, ermm memang iya iya lah. 

So singgah jelah, sebab dah lapar pun kan

Bila tengok menu tuh rasa cam pening sket sebab tak de gambar, ya ampun lainkali kalau buat menu, sila sertakan gambar ek supaya tak pening customer nak tanya 10 kali untuk dapatkan gambaran menu tersebut hehehhehe 

kan memacam hado

Sebab ini bukan review so tak delah beria-ria mengambil gambar makanan ek sebab tujuan utamanya just nak makan dan borak-borak huahauahuahu 

Cepat gak hidangan sampai walaupun orang dah mula ramai,nasib baik kitaorang sampai awal sket je daripada orang-orang kat sini. 

yang balut foil tuh Otak-otak, telur dadar dan Tom Ka Kai

Inilah Tom Ka Kai, chicken soup with coconut milk katanya. Kira macam masak lemak gituh sedaplah. Isi punya gak

Memang authentic sungguhlah menu-menu yang di order malah sedap lagi tuh. 

Harga ? 
of courselah mengikut budget lunch kak lily tak delah mahal melantun pun sekali-sekala ok sajorr 

Nak singgah? 

Pormtip Thai Restaurant 
83, Jalan Dwitasik 1, 
Dataran Dwitasik, 
Bandar Sri Permaisuri, Cheras. 


Orang-orang Queen memang tau lah tempat ni ek 

Selamat makan korang…