Wednesday, December 13, 2017

Pekena Butterscotch Macchiato di SF Coffee Sempena Krismas Ni.

Hi Korang,

Bila dengar kopi perasi pelik-pelik je mesti kak lily excited nak cubalah, yelah benda baru kan haruslah nak tau cam ner rasanya.

So kak lily ke San Francisco Coffee atau sekarang di panggil SF Coffee, alah tukar angin sket lah kan, asyik nak minum brand hijau je


Malas nak pi outlet KLCC yang selalu pi, so kak lily lepak di San Francisco Coffee @ The Envictus Petaling Jaya ni. Alah sekali harung jumpa client sekali so lepak jelah kan. 

Ermm apa nak order ek?

Eh haruslah nak cuba Butterscotch Macchiato ni.


Of courselah manis tapi tak de lah manis medu ek, lengkap dengan sos caramel di atasnya yang penuh berkrim tau. 

Creamy Turkey Pasta

La tak kan nak minum kopi je kan, or courselah kena order menu makanan gak. Butterscotch Macchiato amat sedap tapi lagi sedap kalau digandingkan dengan Creamy Turkey Pasta baru yang menampilkan pasta penne, daging ayam Belanda, cendawan butang serta tomato ceri dalam sos krim seenak rasa, ditaburi cebisan ayam rangup, keju Parmesan dan daun parsli, bagi membawakan juadah perayaan yang lazat lagi menyelerakan.

Merry Turkey Focaccia

Satu lagi hidangan perayaan Krismas ni yang kak lily order Merry Turkey Focaccia, dia macam alah-alah sandwich yang mengandungi gulungan isi ayam Belanda serta keju cheddar semula jadi yang ditaburkan di atas lapisan salad dan tomato dengan sapuan sos kranberi yang saling melengkapi. 

Alah harga bukan mahal pun, untuk Butterscotch Macchiato bermula dari RM13 hingga RM16.50 ikut saiz yang korang sukalah dan kedua-dua pasta dan sandwic ini boleh dinikmati dengan harga RM18.90 setiap satu.




Cantik jugak outlet SF Coffee di The Envictus ni ek, sempatlah kak lily berselfie bagai. Crowd not bad jugak, maklumlah kak lily time lunch so sempatlah cuci mata sket hehehehe

Ada berita baik untuk penggemar kopi tegar cam kak lily ni hah.

Bagi yang mencari hadiah istimewa untuk penggemar kopi, korang boleh memilih mana-mana biji kopi segar di dalam beg 100g bernilai RM12.75 secara percuma dengan setiap pembelian bekas minuman SF Coffee Graffiti, yang dijual pada harga RM75.90.


Untuk info lanjut, meh check it out di

Website : www.sfcoffee.com

Instagram : SF Coffee

Facebook page : SF Coffee


Selamat menjamu selera semuanya hehehhehehe








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Tuesday, December 12, 2017

Supplemen USANA Tablet

 Hi Korang,

Teknologi USANA® InCelligence® menawarkan peringkat canggih nutrisi sains setelah saintis USANA menemui cara bagaimana nutrien berkomunikasi dengan sel untuk memulakan proses perindungan semulajadi dan pembaharuan. Kini mereka mula menilai semula formula dan mengemaskini produk USANA 


Selepas bertahun-tahun memperbetulkan formula, suplemen CellSentials® adalah evolusi seterusnya dalam produk pemakanan selular USANA yang luar biasa.

"Kami melancarkan suplemen USANA CellSentials® yang terdiri daripada Core Minerals Plus dan Vita-AO yang direka untuk diambil bersama. Sistem nutrisi tindakan tiga hala unik memperlihara, melindungi dan memperbaharui untuk menyokong fungsi sel yang sihat serta menggalakkan kesihatan tinggi, " kata Encik Ng Keng Hean, Naib Presiden Eksekutif USANA Asia Selatan.


"Teknologi sama ini juga telah disediakan di dalam rangkaian penjagaan kulit USANA Celavive® dan kesemua 3 produk yang kini boleh didapati di Malaysia, mewakili teknologi nutrisi sains terkini serta menguatkan matlamat kami untuk mengekalkan kesihatan di peringkat selular," tambah Ng 

Suplemen CellSentials® revolusioner adalah gabungan dua produk asas: Core Minerals Plus dan Vita-AO yang dibuat dengan teknologi InCelligence® yang menunggu paten baru. Suplemen CellSentials® lebih daripada multivitamin; mereka adalah sistem pemakanan selular maju dengan Sains InCelligence®, teknologi pengisyaratan sel USANA yang maju.

Suplemen Core Minerals Plus dan Vita-AO CellSentials® menyediakan Sokongan Beraksi Tiga Haluan: (1) mikronutrien menyuburkan, (2) proses melindungi dengan menyokong pengeluaran antioksidan semulajadi badan dan (3) mitophagy bertindak balas dengan penampilan pembersihan selular semulajadi yang menghilangkan mitokondria yang rosak dari sel.

Dr. Rob Sinnott, Ketua Pegawai Saintifik USANA berkata: "Badan anda mempunyai sistem kimia dan elektrik (sistem saraf) dan secara ringkasnya, pengisyaratan sel ialah cara sel berkomunikasi antara satu sama lain melalui pengutusan kimia di dalam badan anda.


"Teknologi InCelligence menyokong komunikasi selular yang normal dengan mempromosikan isyarat yang sihat dalam tubuh kita dan secara aktif mengaktifkan reaksi sihat dengan menggunakan kombinasi nutrien tertentu.
"Jika kita semua hidup dalam keadaan yang ideal, makanan akan memberikan kebanyakan nutrisi dan semua sebatian pengisyaratan sel positif yang kita perlukan. Tetapi selalunya terdapat jurang yang cukup besar antara keadaan yang ideal dan apa yang menjadi diet moden kita. 
"Jadi matlamat kami adalah untuk mengisi jurang dengan suplemen, memastikan anda mendapat jumlah yang tepat untuk vitamin, mineral dan antioksidan, sebagai contoh. 
"Terdapat beratus-ratus perkara yang boleh kita lakukan dengan pengisyaratan sel dan kami baru sahaja bermula menjelajah dan mencari. Saya sangat teruja dengan potensi yang ada, " kata Sinnott.
Untuk info lanjut boleh layari website rasmi USANA http://www.usana.com atau layari blog rasmi USANA di  http://whatsupusana.com.

Monday, December 11, 2017

Nur Fakhira menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

Hi Korang,

Ni kak lily nak share informasi sket mengenai Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 ni ek, dah ada juara tau hehehhe

Juara Nur Fakhira Mohd Rosli (kedua dari kanan) dengan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen, Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan dan naib-juara Mohd Sharifudin Saleh dan pemenang ketiga Zaleha Idris.

Pengusaha makanan Nur Fakhira Mohd Rosli, 27, berjaya menyakinkan para pengadil juri untuk dinobatkan juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, yang menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu digemari oleh ramai rakyat Malaysia.

Dengan menampilkan dua hidangan ayam dan satu hidangan udang iaitu Udang Kari Kering, Masak Lemak Tempoyak Ayam dan Ayam Kichap Szechuan, kesemua hidangan kreatif ini menjadi pilihan utama pengadil juri yang terdiri dari cef.

“Ketiga hidangan menjadi pilihan saya kerana agak berlainan dari kuisin Melayu dan merupakan gabungan yang bercitarasa sedap serta senang dimasak dalam jangkamasa pendek iaitu tidak melebihi 90 minit,” Nur Fakhira berkata.

Para juri yang mengadil termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Cef Budiman Bistari Mohamed serta Dr Ahmad Esa Abdul Rahman, Pengetua Pusat Seni Kulinari dan Pendidikan Gastronomi di Kampus UiTM Puncak Alam yang menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Nur Fakhira yang berasal dari Kuantan dipilih dari 400 lebih peserta dan kemudian untuk pusingan terakhir dengan 19 peserta lain dalam acara yang diadakan di Kampus Puncak Alam Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Nur Fakhira menangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper sementara naib juara Mohd Sharifudin Saleh, 47, dari Melaka menerima tunai RM10,000 beserta hamper diikuti oleh pemenang ketiga iaitu Zaleha Idris, 60, mendapat tunai RM6,000 dan hamper. Peserta lain memperolehi hadiah saguhati tunai RM500 beserta hamper.

Para  juri yang mengadil (dari kiri) Cef Budiman Bistari Mohamed, Cef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Dr. Ahmad Esa Abdul Rahman dan cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo) sedang merasa hidangan masakan peserta-peserta.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions akan berfokus pada hidangan berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu terutamanya sebagai kari, kicap, masakan lemak dan rempah lain.

Pemenang dari Kawasan Utara iaitu Budiman Bistari Mohamed dinobatkan sebagai Raja Kuah Knorr 2016, diikuti dengan naib johan Mohd Hilmi Mohamad Alias Ahmad dari Pantai Timur, pemenang ketiga Mohd Salehzarin Mohd Saleh dari Kawasan Selatan dan pemenang keempat Raiei Mahidin dari Kawasan Sentral.

Para juri sedang mencuba hidangan masakan peserta Fakhira.

Penyertaan 2017 dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.

“Hari ini amat bererti kerana kerjasama khas UFS ini dengan UiTM yang merupakan pusat pendidikan utama dalam bidang keunggulan kulinari. Kami sungguh yakin dengan pendekatan bahawa langkah menjadi cef bagus harus bermula seawal boleh, termasuk di tahap universiti. 

“Lebih lagi, acara Cabaran Ketupat Rendang Knorr yang berlangsung pada hari dan lokasi sama dengan Cabaran Raja Kuah Knorr akan memberi pendedahan sewajar kepada kesemua 40 penuntut UiTM dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang menyertai cabaran pertama ini.”

Dua pelajar UiTM iaitu Nur Fatin Syahirah Mohd Fisol dan Nur Suhana Jamaluddin, kedua-dua berumur 21 tahun, menangi hadiah utama tunai RM200 dan hamper untuk hidangan interpretasi mereka iaitu Rendang dan Ketupat Palas.

“Kemenangan juara Cabaran Raja Kuah Knorr tahun lalu oleh Chef Budiman Bistari Mohamed sungguh bererti kerana beliau merupakan graduan fakulti kulinari UiTM!” Nusrat berkata.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Nusrat berkata: “Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami.

Gambar kenangan penyertaan 40 penuntut Pengurusan Seni Kulinari, UiTM Kampus Puncak Alam selepas tamat cabaran.

“Dari Chefmanship Akademi berinovatif yang dilancarkan pada tahun 2013 dan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia – iaitu satu inisiatif pertama di negara ini – sehingga kedua dua acara hari ini, UFS Malaysia akan terus mengukuhkan piawaian tempatan yang diiktiraf oleh rangkaian global kami.”










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com