Saturday, October 28, 2017

CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017

Hi Korang,

Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within di mana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 telah dianjurkan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di Sidang Media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development.turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan.


Kelainan penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Citrawarna senantiasa tampil dengan konsep baharu, segar dan kreatif pada setiap kali penganjurannya sejak 1999. 

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 bermula pada jam 4.30 petang di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, Permainan Rakyat seperti teng-teng, galah panjang, zero point, batu Seremban, congkak, Baling selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm.

Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dianjurkan untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia antara 4-12 tahun.”


Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT.

Fiesta Trak Makanan Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “Cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar melalui aplikasi mobile wallet.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, October 27, 2017

Frozen Food Halal Di “Lee’s Frozen Food Sdn Bhd” Kampung Attap, KL

Hi Korang,


Kat mana kita selalu dapatkan bekalan makanan sejuk beku atau frozen food ni? Ermm normally di hypermarket macam Giant, Tesco, Mydin dan lain lain lagi kan. Tapi tak berapa banyak kepelbagaian kalau ke tempat-tempat ni. Balik-balik nuggets, French fries, beef burger kan hehehhe.

Habis tuh kat mana lagi kita boleh dapatkan makanan-makanan sejuk beku ni ek?

Akak Lily cadangkan korang ke LEE Frozen di Kampung Attap ni.


Ye ko, akak lily bukan tau pun tempat-tempat ni apatah lagi menjejakkan kaki ke sini tapi disebabkan ada orang kongsi citer pasal frozen food di Lee’s Frozen ni terus akak lily rasa teruja nak pi jugak kan. 

Rupanya sudah 55 tahun Lee’s Frozen Food telah bertapak di Malaysia bermula dari tahun 1962 adalah hasil titik peluh Mr.Lee Wing Kang dan isterinya. Berkat keberanian, kecekalan dan kesungguhan serta mengambil langkah berani ke hadapan ke dalam dunia perniagaan, mereka berjaya naikkan nama Lee’s Frozen Food ke mata dunia. 

Kini Lee’s Frozen Food Sdn Bhd adalah salah satu pengimport dan pengedar makanan terbesar di rantau ini dengan pusat operasinya di Malaysia, Vietnam dan Kemboja dan mempunyai lebih 500 pekerja bagi proses pengagihan merentasi semua bandaraya utama di negara ini

Gituh sekali ek!!

Tapi kak lily haram tak tau ermm pathetic sungguh hidup ni huahauhauhauahua

Di sebabkan terujanya kak lily dengan Lee’s Frozen Food ni, hari tuh sempat kak lily terjah ke kedai retail mereka yang pertama dan tertua iaitu di Kampung Attap. Kena guna WAZE sebab tak tau jalan huahauhaua dalam KL je pun kan.


Inilah dia bangunan Lee’s Frozen Food ni, nampak lama yelah ko dah berpuluh tahun tuh. 

Hah bila masuk ke dalam kedai wow wei yeahhhh





Tersusun kemas je kesemua produk makanan. Kalau yang makanan sejuk beku dalam fridge lah, kalau makanan kering seperti sos, pasta di kabinet display. Memang cuci mata habislah ek. 

Di antara produk-produk keluaran Lee’s Frozen Food ni adalah:-

Barangan seperti hotdog, kentang goreng, nuggets, ikan dory, chicken chop









Yang ni pulak, daging-daging yang di import untuk di jadikan steak, eh halal tau.






Eh jap jap seafood pun ada tau

oyster pun ada jual tau

nampak kemain besau ikan salmon ni ek

black mussel, sedap masak pasta ni

Hah banyak kan, itulah kalau ikut betul-betul ada banyak lagi produk sejuk beku ni tapi kang letak bebanyak gambar kang boleh juling mata korang kan hahahhaha

Untuk produk makanan kering pun ada ye, di antaranya








Cheese pun ada jugak ye, bahan-bahan untuk bakery pun siap sedia jugak tau.


Seronokkan bila ada banyak pilihan ni. Rambang mata di buatnya

Lamb Shoulder

Kalau korang nak tau, lamb shoulder ni memang HOT ITEM di Lee’s Frozen ni. Harga berpatutan lagipun semua dah siap, balik korang terus marinate je then grill sudah.


Daging Shabu-Shabu


Daging shabu shabu ni pun best jugak ni, beli buat steamboat ke letak dalam sup sangat-sangat awesome tau.. kuah sup akan lebih berperisa bila di letakkan daging shabu-shabu ni.

Kesemua daging-daging ni di import dari Australia, New Zealand, Brazil dan India dan kesemuanya sudah pun mendapat sijil HALAL dari negara masing-masing ye. Dah tuh jangan nak takut-takut sangat lah.

So korang excited tak ?

Of courselah ek. 

Nak tambah lagi seronok di bulan November 2017 ni adalah merupakan ulangtahun ke 55 Lee’s Frozen Food ni, so haruslah ada promosi baik punya tau.


Baiknya hati sampai nak bagi vouchers, hadiah istimewa, hampers dan yang penting sekali ada wang TUNAI yeayeayeah….

Giveaway ini akan di bahagikan mengikut tema setiap minggu di bulan November ni tau, iaitu

Week1 - The Big Spender

Week2 - You're My Lucky Star

Week3 - Loyalty Is Everything 

Week4 - Meat Marathon

So tunggu pengumumannya nanti

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di facebook page @LeesFrozenFood ye

Ni akak lily kongsikan alamat Lee Frozen Food ni ek 

Lee’s Frozen Food Sdn Bhd
No. 62 and 64, Jalan Rotan, 
Off Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur.


Landmarks : betul-betul sebelah food court DBKL, don’t worry parking di sediakan tau

Tel : +603-2272 5545 / 2272 3019 / 2274 9454

Opening hours 

9.00am – 6pm (Monday to Friday)
9.00am – 5pm (Saturday)
CLOSED (Sunday)

Jangan lupa singgah di social media Lee’s Frozen Food ek

Facebook page : LeesFrozenFood

Terus akak lily rasa teruja nak ke kedai ni lah, rasa bersemangat nak masak western ni sebab barang-barang semua dah ada kat Lee's Frozen Food ni 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, October 26, 2017

11street Kempen ‘Shocking? YES!’, Meh Shopping Online!!

Hi Korang,

Shopping dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan ek...


Arena perdagangan elektronik (e-dagang) telah membawa kepada peningkatan persaingan dalam industri e-dagang di Malaysia, memberi gambaran bahawa pertumbuhan pasti akan dialami operator tempatan [1]. Lantas itu, 11street – pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia – memacu inisiatif untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, sekaligus menyumbang kepada industri e-dagang negara.

Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street berkata, “Dengan kepesatan pendigitalan ekonomi, kami melihat dunia perniagaan semakin terhubung. China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat berada dalam senarai teratas kadar penembusan e-dagang yang aktif. Oleh itu, tidak hairanlah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, merupakan pasaran seterusnya bagi perkembangan sektor e-dagang yang pesat. 


“Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sektor e-dagang di negara ini.”

Yoon menekankan, sejak tahun 2016, perdagangan merentasi sempadan (CBT) di Malaysia mengalami pertumbuhan eksponen. Bagi 11street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat secara ketara iaitu sebanyak dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016. 


“Ditambah pula, jumlah tempahan produk dari China meningkat sebanyak 9 kali ganda pada tahun ini dengan lebih 70% pembelian merangkumi rangkaian produk memperbaik kediaman dan penjagaan peribadi,” Yoon berkata.

Antara produk-produk global yang mendapat permintaan tertinggi adalah kamera kenderaan, beg alat solek, beg mengembara dan gajet elektronik. Berbekalkan maklumat ini dan kajian pasaran yang kami jalankan, 11street mampu melaksanakan kempen-kempen yang berorientasikan pelanggan dengan kepelbagaian produk ditawarkan sambil menggalakkan sektor e-dagang di Malaysia. 


Memenuhi permintaan tempatan menerusi Kempen ‘Shocking? YES!’ 

Rentetan kajian pasaran 11street yang lepas, pengguna nyatakan harga sebagai faktor utama dalam pertimbangan pembelian mereka; faktor lain yang mempengaruh mereka adalah penawaran produk yang meluas dalam setiap kategori termasuk jenama antarabangsa.

Yoon berkata, “Rata-rata pengguna membeli-belah dalam talian untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Oleh itu, 11street komited 11street dalam menyediakan pasaran dalam talian yang holistik kepada pengguna tempatan, membolehkan mereka merasai pengalaman membeli-belah yang lebih seronok dengan diskaun menarik dalam satu lokasi. Kelebihan street yang ingin kami sampaikan secara khusus adalah kemudahan.”

Pelancaran kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street - ‘Shocking? YES!’ melihat kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, – untuk memperkenalkan 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. 

Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian, khususnya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi.


Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.

11street Menjangkakan Peningkatan 50% dalam Keseluruhan Perniagaan

Yoon berkata, “Seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian pada musim jualan akhir tahun, 11street mengunjurkan peningkatkan 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan dagangan merentasi sempadan kami. Kempen ‘Shocking? Yes!’ disasarkan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan. 

Sebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan. 

Turut hadir untuk menyaksikan pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’ adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan, Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen ‘Shocking? YES!’ dan series Tawaran Mengejutkannya, sila layari www.11street.my












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com