Thursday, May 25, 2017

WHISKAS® Memperluas Jangkauan Untuk Menggalakkan Tanggungjawab Terhadap Pemilikan Haiwan Peliharaan Dalam Kalangan Kanak-kanak

Hi Korang,

Kucingggg!!!

Siapa yang tak suker kan, sebab tu aku membela mambang hitam kat umah tuh. Sudah semestinya DakUban lah kucing hitam kesayangan aku tuh kan. 

Sebenarnya ada binatang peliharaan kat rumah ni memang sesuai bagi merelease tension kita kepada persekitaran kita. Eh bukanlah tempat untuk di pukul lah, tapi jadi teman kita di kala sunyi atau pun stress. 

Mars Petcare hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjangkau lebih daripada 45,000 kanak-kanak dari 65 buah sekolah rendah pada tahun ini untuk menggalakkan Tanggungjawab Pemilikan Haiwan Peliharaan (RPO) melalui program sekolahnya, yang dipanggil Jom Sayangi Haiwan Kita.

Principal Teachers and Representatives from Mars Petcare with students of SK Seafield 3 at the Responsible Pet Ownership program

Bermula pada tahun 2015 dan diterajui oleh WHISKAS® di Malaysia, inisiatif global ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga haiwan peliharaan terutamanya kucing, dalam kalangan pelajar sekolah berumur di antara 10 dan 12 tahun. Program yang bermula dengan hanya 15 buah sekolah di sekitar Lembah Klang kini telah menjangkau sehingga Pulau Pinang, Perak dan Johor selepas negeri-negeri ini dimasukkan ke dalam senarai tahun ini. Setelah tamat sesi pada akhir bulan Mei 2017, usaha ini akan berjaya mencapai lebih daripada 66,000 kanak-kanak sekolah dalam tempoh tiga tahun.

Ong Chiek Ming_Mars Petcare Country Director for Malaysia Singapore and Philippines

“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri. Inisiatif Jom Sayangi Haiwan Kita membantu memberi maklumat yang tepat tentang cara penjagaan kucing peliharaan. Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul. Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik apabila bercakap tentang pemilikan haiwan peliharaan,” ujar Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director – Malaysia, Singapura dan Filipina.

Jom Sayangi Haiwan Kita presenter Nurul Najwa Adzme explaining more about cat characteristics to students

Dikendalikan oleh jurulatih, sesi interaktif selama satu jam itu memberi peluang kepada kanak- kanak sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri kucing serta fakta-fakta menarik tentangnya. Ia juga menyediakan maklumat tentang memberi makanan yang sesuai dan tepat kepada kucing dan bagaimana untuk memastikan kucing peliharaan mereka berada dalam keadaan yang sihat. 

Antara fakta menarik yang dikongsi bersama kanak-kanak sekolah ini termasuklah misai kucing yang dikatakan boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap dan kesan-kesan makanan terhadap kesihatan kucing peliharaan mereka secara keseluruhan.

SK Seafield 3 Principal Puan Nik Suhaida bt Razak presenting Mars Petcare Country Director for Malaysia Singapore and Philippines Ong Chiek Ming with a token of appreciation and flanked by other representatives

Kedua-dua pemilik dan haiwan peliharaan mereka boleh menikmati hubungan yang bermanfaat dengan rasa tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan. Haiwan peliharaan didapati mampu menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat apabila dijaga dengan baik. Memiliki haiwan peliharaan bukan sahaja mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga menggalakkan si kecil untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang lain apabila mereka dewasa kelak. Dengan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan sifat tanggungjawab terhadap pemilikan haiwan peliharaan, ia akan mewujudkan dunia yang lebih penyayang kepada haiwan-haiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang RPO di sekolah oleh Mars Petcare, layari www.mars.com/global/doing-our-part/community-outreach/petcare.


Wednesday, May 24, 2017

Buffet Ramadan Bertemakan Selera Al-Mubarak Di VIP Hotel, Segamat

Hi Korang,


Cerita buffet ramadhan lagi ni tau hehehhehee


Kan semalam aku cerita berholiday di VIP Hotel so la ni aku sambung lagi citer pasal buffet ramadan yang ada di hotel ni. 

VIP Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 3 star pada kemudahan seperti 5 bintang. Hah baca entry aku tuh dulu then baru korang tau betapa bestnya hotel paling tinggi di Segamat ni ek.


Tema buffet Ramadan di The Chef ini adalah Selera Al-Mubarak dan kafe ini mendapat sijil Halal dari Jakim jadi makan tanpa was-was.

Bufet Ramadan kali ini mengetengahkan pelbagai hidangan dari pelbagai kaum di Malaysia.dan lebih daripada 50 ke 60 hingan buffet ramadan termasuklah makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Golek special dari hotel ini.




Pembuka selera kat sini yang popular adalah Otak-Otak, Sate Ayam dan Daging, Kerabu Sotong dan banyak lagi.








Mari aku tunjukkan pula main course buffet Rmaadan kat sini, mereka menyediakan dari hidangan Melayu seperti Ayam Perchik Johor, Siakap Asam Pedas, Ikan Bakar Dengan Air Asam dan juga Kupang Masak Lemak Nanas. Ternyata kupang masak lemak memang sangat terbaik kerana rasa manis kupang tuh sangat kena dengan nanas tu sekali. 

Tu untuk masakan Melayu kat sini ada juga masakan dari bangsa Cina yang popular seperti Udang Goreng dengan Serbuk Bijirin, Ketam Masak Bercili, Daging Lembu Bakar dengan Sos Lada Hitam dan banyak lagi.




Bagi pencuci mulut pula bufet Ramadan di hotel ini sangat menarik kerana ada Kolak Labu, Caramel Banana dan juga buah-buahan yang segar. Kolak Labu tu selalu orang kita panggil Pengat Labu sama jer. 

Harga buffet ramadhan Selera Al-Mubarak ini adalah:-

RM55.00 nett bagi dewasa 

RM35.00 nett bagi kanak-kanak

Ada lagi promosi 10% diskaun bagi setiap tempahan awal sebelum 5 Jun 2017 dan juga beli 9 percuma 1 sebelum 23 Jun 2017. Bufet Ramadan kali ini akan bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.

So buat warga Segamat ini masa untuk bawa family dan kawan-kawan untuk bufet buka puasa di VIP Hotel. Tak rugi pun sekali sekala bawa mereka yang kita sayang untuk merasai buka puasa di hotel. Kalau yang datang menginap kat hotel ni sepanjang Ramadan juga ada promosi penginapan sekali tau.


Bagi yang menginap kat hotel ni bulan Ramadan kalau ada urusan kerja atau bercuti korang boleh dapat Ramadan Stay Promotion. Di mana menginap 2 hari 1 malam dengan bilik Standard Twin Room atau Queen harga yang ditawarkan hanya RM138nett per room. Ini juga termasuk Bufet Sahur untuk 2 orang.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi pihak hotel seperti di bawah:- 




Tel : 07- 931 2101


DR.WU perkenal Daily Renewal Serum dengan Asid Mandelik BARU

Hi Korang,

Kulit berseri lagi halus dan lembut apabila disentuh kini dapat dimiliki dengan evolusi serum DR.WU dengan Asid Mandelik yang meraih anugerah untuk mempermudakan kulit. 

Produk Daily Renewal Serum with Mandelic Acid baru dan Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid 18% dari DR.WU yang mendapat jualan tertinggi dicipta untuk memperbaharui kulit secara lembut setiap hari bagi menghindari kekusaman, ton kulit yang tidak sekata dan pengumpulan sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi tebal lantas menghalangnya dari menyerap nutrien penjagaan kulit merupakan antara masalah yang sering berlaku.

Dr.Ying-Chin Wu, Founder and Dermatologist of DR.WU

Bahan utama bagi serum pembaharu kulit DR.WU, iaitu Asid Mandelik - diekstrak dari buah badam pahit - merupakan alpha-hydroxy acid (AHA) yang lembut dan berbilang fungsi dengan berat molekul yang tinggi. Ia mampu mencerahkan ton kulit, memperbaiki garis-garis serta kedutan halus, mengecilkan pori-pori, meningkatkan kitaran metabolik kulit secara perlahan-lahan dan menyingkirkan sel kulit mati bagi mencapai kesan pembaharuan kulit, di samping membuat pengelupasan endapan pada permukaan sel kulit lama dan mati dengan lembut dalam mempertingkatkan pembaharuan epidermis yang pesat. 

Walaupun penjagaan kulit berasaskan asid membanjiri pasaran, penyelidikan yang berterusan membuktikan bahawa Asid Mandelik yang ringan, kekal menjadi pilihan terbaik untuk rawatan pembaharuan kulit di rumah.

Dicipta untuk kulit kering dan sensitif, Daily Renewal Serum with Mandelic Acid 15ml (RM109) baru ini menampilkan penemuan “Tiga Asid dalam Nisbah Keemasan” – formula lembut yang menggabungkan Tiga Asid dalam Nisbah Keemasan 5:2:1 yang sempurna iaitu Asid Mandelik, Asid Salisilik dan Asid Piruvik menembusi dengan lebih dalam dan pantas bagi pertumbuhan kulit secara serta-merta. 

Dr.Wu and Chanwon(beauty blogger) at the launch of DR.WU

Formula lembut yang mencipta kejayaan ini menyasarkan lapisan epidermis dengan tepat bagi menyingkirkan masalah kulit dalam satu langkah mudah, menyingkirkan akne secara berkesan, bintik hitam, liang yang diperbesarkan dan kekusaman kasar bagi memulihkan kulit supaya tiada cela dan licin!

Serum baru ini menyertai produk jualan tertinggi dari jenama ini iaitu Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid 18% 15ml (RM149) yang amat pekat dan sesuai untuk kulit normal, kombinasi atau kulit berminyak, bagi membersih serta menyucikan liang roma selain menyingkirkan bintik hitam dengan sekata. 

Serum pembaharu intensif ini mengandungi 18% Asid Mendelik bagi menembusi lapisan kulit paling dalam, bagi mengaktifkan lima kesan pembaharuan kulit utama - metabolisme sel, pembersihan liang, penyingkiran bintik hitam, pemutihan & pencerahan, menaik dan mengetatkan anti-kedutan.

Serum pembaharuan kulit ini melengkapi rangkaian produk penjagaan kulit dari DR.WU. Penawaran komprehensif oleh jenama penjagaan kulit klinikal No.1 di Taiwan ini merangkumi Hyalucomplex Hydrating System untuk kulit dan sensitif; Mandelik Renewal System untuk kulit kasar dan sensitif; Vitamin C+ Whitening System untuk kulit kusam dan sensitif; Ageversal Repairing System untuk kulit rosak dan berusia; dan Acnecure Anti-Acne System untuk kulit berminyak dan mudah dijangkiti akne. Melengkapi sistem penjagaan kulit DR.WU adalah Mekap Mineral dan siri topeng kapsul.

The Dynamic Duo - Dr.Wu and his son, Chairman and CEO of DR.WU, Eric Wu copy

Diasaskan oleh ahli dermatologi terkenal, Dr. Ying-Chin Wu dan anak lelakinya, Eric Wu, kekuatan jenama DR.WU terletak pada pengalaman klinikal pengasasnya selama 40 tahun dan penyelidikan meluas mengenai struktur kulit Asia. Hasilnya rangkaian penjagaan kulit berteknologi maju yang merangkumi produk tinggi kemujaraban berasaskan preskripsi doktor yang mudah dimohon dengan selesa dari rumah.

Pengasas jenama ini yang turut dikenali sebagai "Bapa Perubatan Kosmetik" berkongsi beberapa tips bernilai semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini sempena pengenalan serum inovatif baru ini.

"Bagi mendapatkan kulit yang bersih dan berseri, pembersihan asas adalah penting yang diikuti oleh penjagaan kulit pembaharuan yang lembut, mampu menyingkirkan sel lama dan mati di samping mempertingkatkan metabolisme sel. Jika tidak, pengumpulan kulit lama dan mati akan membuatkan kulit kelihatan kusam, dan mengakibatkan pembentukan akne serta bintik hitam. Selain itu, lapisan sel lama dan mati yang menebal menghalang kulit dari menyerap sebarang produk penjagaan kulit yang anda gunakan secara berkesan, tanpa mengira berapa banyak yang anda gunakan atau berapa bagusnya," kata Ying-Chin Wu.

Menyentuh mengenai salah faham umum bahawa hanya kulit kering memerlukan penghidratan dan bukan kulit berminyak, Dr. Wu menjelaskan,"Dengan tubuh manusia yang mengandungi air yang banyak, dehidrasi kulit atau tubuh akan mendatangkan masalah. Oleh itu, penghidratan adalah asas bagi kulit yang sihat dan adalah merupakan konsep yang amat penting tanpa mengira jenis kulit. Dalam kes di mana kulit berminyak disebabkan oleh ketidakseimbangan minyak dan lembapan - di mana kulit berminyak di luar tetapi kering di dalam - penghidratan melalui penggunaan pelembap masih diperlukan.”

Berucap di acara pelancaran itu, Sam Wong selaku Pengurus Besar Vast Diversified Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi DR.WU di Malaysia, berkata, “Dicipta untuk keperluan kulit Asia oleh salah seorang ahli dermatologi terkemuka di Asia, tidak ragu-ragu lagi bahawa produk DR.WU mempunyai kualiti yang tiada kompromi malah sesuai untuk kulit yang paling sensitif. 

Rangkaian produk ini tidak mengandungi alkohol, pewangi dan paraben. Dipertingkatkan lagi dengan teknologi canggih, menggunakan produk DR.WU adalah amat berkesan di mana keputusannya hampir serupa dengan mendapatkan doktor merawat kulit anda di rumah dan kami teruja untuk membawa DR.WU kepada lebih ramai warga Malaysia.”

Caryn Loh, Malaysia's General Manager and Country Head of Watsons Malaysia (in pink), Dr.Wu, Eric Wu and representatives from Vast Diversified, the exclusive distributor of DR.WU

Pelancaran ini memeterai usahasama DR.WU dengan Watsons Malaysia di mana rangkaian produknya dijual di outlet terpilih dan melalui talian online Watsons. Turut hadir di majlis itu adalah Pengurus Besar merangkap Pengurus Negara bagi Watsons Malaysia, Caryn Loh yang berkongsi pandangan mengenai aliran penjagaan kulit yang semakin berkembang di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk ini, layari DR.WU Malaysia di Facebook.