Tuesday, September 27, 2016

Nasi Campur Di Restoran Mai Singgah Selalu

Hi Korang,

Kat tempat aku ni agak payah sket nak makan nasi campur

Bukan dekat area office tuh tak de tapi kalau lambat sket semua lauk habis. Bayangkan kalau aku turun pukul 1 tengahari cam tu, majoriti lauk dah nak abis.

Sebab apa?

Ramai nau student kolej kat sini. Diaorang ni pulak makan tak tentu masa, ada break je makan so mana tak cepat benau lauk habis kan.

Jadi aku kalau ada kerja luar, haruslah mencuci tekak dengan mencuba kedai makan kat luar sana ek. Tukar angin tengok sedap ke tak


So hari tuh aku ke restoran Mai Singgah Selalu

Kedai makan ni seberang jalan besar office aku ni je

Dekat kawasan South City Plaza tapi belakang-belakang sket, itu pun berpusing-pusing nak cari kedai makan kat sini hehehehe

Masa aku sampai tuh dah pukul 1.30 petang so of courselah lauk pauk kebanyakan dah abis so ambil je apa yang ada



Ermm simple je kan

Dah itu je yang hado, lauk kari daging dan aku ambil bendi dari kari ikan sebab semua sayur dah habis 

Harga dalam RM4.00 okla kan, tak delah mahal sangat. 

Nasinya kemain banyak budak tuh letak sampai aku tak perasan, sampai office makan sket je sebab dah kenyang, agaknya penangan #leptops ek hehehhehe

Itu je korang

Esok-esok citer bab makan lagi ek 


Sebab Teringin Nak Makan Mee Bandung Muar

Hi Korang,


Kan masa cuti raya hari tuh kemain panjang ermm panjanglah bagi aku ni sampai tak tau nak pi mana hehehehe


Malam jumaat tuh, sambil borak-borak tengok tv Mr Big tanya kita tak de nak pi mana ke cuti panjang ni, ermm aku cakap kita balik kampung jelah lepak-lepak dengan sedara mara je kan. Ermm oklah tuh.


So pagi sabtu tu ktorang keluar rumah awal sebab malas nak tempuh jem teruk kat Seremban tu nanti kan, dalam kul 7 pagi tuh dah sampai Seremban dah, tetiba je Mr Big cakap jom pi breakfast kat Muar lah teringin plak nak makan mee bandung ek. 

Mak ok je noks lagipun tak de tujuan kan.

Turun tol air keroh, ikut je highway AMJ tuh sampai ke Muor


Dalam sekejapan dah sampai Muar lebih kul pukul 10pagi cam tuh. 

Terus je pi cari kedai yang biasa kitaorang pi makan iaitu kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Alah korang waze je kedai makan ni nanti sampailah senang bebenau tengah bandar. 

Walaupun orang ramai but still tetap ada meja untuk kitaorang.

Of courselah order 

Mee Bandung

Sate

Inikan menu sarapan orang Muo hahahahhaa


Lepas lepak-lepak makan bermangkuk-mangkuk mee bandung dan sate kitorang terus jalan balik kampung.

Nampak pulak orang jual kupang, lokan, siput tepi jalan ni ek

Terus singgahlah

Sempat jugak singgah beli kupang kat area Parit Bunga, Muar ni.



Beli 5 kg


Sebab lama tak makan kan, kupang memang fresh ada saiz besar dan saiz kecil ermm terus je aku amik dua-dua saiz yang besar tuh untuk kitaorang buat BBQ pada malamnya dan yang saiz kecil tuh rebus dan buang kulit untuk di buat sambal tumis.

Ermm terangkat ooooo

Itu jelah citernye

Semuanya gara-gara teringin ek hehehhehehe

Korang dah pernah ke makan mee bandung Muar? ermm suka ke tak ek..

Sunday, September 25, 2016

Beauty Magazine THECOVETS Bagus Di Jadikan Panduan Kecantikan

Hi Korang,


Aku nak perkenalkan kepada korang ni..


The Covets merupakan sebuah blog majalah online tentang kecantikkan. Banyak tip yang dikongsikan seperti penjagaan kuku, tentang makeup, tentang penjagaan mata, tentang kesihatan rambut,tentang kulit wajah dan lain-lain.


Of courselah aku minat dengan beauty ni kan, so ada salah satu entry di The Covets ni yang menarik perhatian aku iaitu How to Get Straight Hair Like Never Before.

Siapa yang tak nak rambut lurus kan, bersungguh aku baca article ni tau hauhauhaua

Baru-baru ini The Covets berkolaborasi dengan blogger seramai 100 orang dan mungkin akan bertambah bilangan. Blogger tersebut terdiri dari blog Beauty dan lifestyle blogger dan aku adalah salah seorang yang tersenarai dalam senarai kolaborasi tersebut. Boleh tengok senarai nama dekat TheCovets Beauty Contributors

Nantikan perkongsian seterusnya..


The Covets 
( Malaysia's First Beauty Platform )

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Facebook : TheCovets

Instagram : @the.covets

Apa tunggu lagi jom check it out ye....