Friday, September 4, 2015

Facial Di IDO's Express Skin Centre, Nusa Bestari JB

Hi Korang,

Ermm lama betul tak manjakan diri ek

Yelah tak de kesempatan langsung, mana tak weekdays sibuk kat site, weekend plak ulang-alik JB-KL-JB ek. So bila masanya nak berehat kan, dah asyik kehulu ke hilir ek.


2 minggu lepas, aku malas nak balik JB so berweekendlah aku bersama-sama bebudak yang lain ek. Tak de apa tujuan, terus je google cari tempat untuk facial muka. Terjumpa plak satu tempat ni, IDO's Express Skin Centre dekat Nusa Bestari yang tengah ada promotion. Hehehehhe why not ? jomlah cuba.


Sesampai je di IDO’s Express ni, aku di beri penerangan mengenai treatment muka yang akan buat iaitu CLAPS (Combined Light and Aqua Peel System) yang sesuai dengan semua jenis kulit muka.


So ada 5 step iaitu Awaken (Aqua Peel), Resurface, Stimulate, Infuse dan Protection. Nanti aku citerkan lebih details ek


Sebelum tuh, kena ambil gambar dulu. Senang nanti nak buat comparison sebelum dan selepas. Lepas tu terus je masuk ke bilik rawatan. Simple je kan.


Langkah 1 : 

Awaken (Skin Exfoliation and Cellular Renewal)




Time ni beautician bersihkan kulit muka dengan menyedut segala kotoran degil kat muka. Memang aku dah cuci muka bersih-bersih sebelum datang ke sini tadi tapi ni untuk membersihkan lagi. Yelah mata kasar kat dah bersih tapi kalau tengok pakai mesin ni nampak ooo kotoran degil.

Langkah 2 :

Resurface (Pigments Treatment and Acne/Pore Reduction)




Lepas je muka di bersihkan, kemudian di sapukan cooling gel kat muka. Diorang gunakan satu mesin yang boleh mengurangkan pori-pori di muka dan merawat tanda-tanda pigmen. Hah canggih ni menda alah ni. Memang kena tutup mata takut lighting yang di keluarkan tuh merosakkan mata. So baik aku tidurrr

Langkah 3:

Stimulate (V Shaped Facelift and Wrinkles Control)




Kemudian di sapu sepecial gel untuk sessi urutan muka. Ini adalah untuk mengawal kesan kedutan jadi semakin banyak dan membolehkan muka menjadi V. Wah runcing lah muka Cik Lily lepas ni ek hehehe.. Seronok oo bila muka kena urut sedemikian rupa.

Langkah 4 :

Infuse (Whitening and Anti Aging, Calming and Anti-Blemish)



Ok ok its time untuk masukkan collagen ke dalam muka. Memanglah boleh pakai kolagen sapu pakai tangan tapi lambatlah. So dengan adanya alat khas ni, kolagen dapat dimasukkan dengan lebih dalam lagi. Sambil dititik sambil di urut. Wah seronok lagi ek

Langkah 5 :

Protection (Moisture Locking and Enhance Suppleness)




Langkah terakhir iaitu aku di pakaikan collagen mask untuk mengawal kelembapan muka.Yelah dah penat-penat. So aku sambung lagi tidur selama 20 minit ek. hehehehe

Aku rasa sesuai treatment ni dengan kulit muka aku. Walaupun majoriti treatment ni menggunakan mesin tapi langsung tak de rasa sakit dan diorang buat pun tak delah kasar sangat pun. 

Berita baik bagi korang yang ada kat JB dan sewaktu dengannya ek


[ RAWATAN EXPRESS CLAPS ] 
Hanya RM38 sahaja (harga asal RM260). RAWATAN EXPRESS CLAPS mampu menjadikan wajah anda berbentuk V, menghilangkan parut gelap dan menghapuskan liang pori dan lain-lain.

Dapatkan Promosi (bayar semasa rawatan) : https://goo.gl/j64ec9


Taman Century (berhadapan Holiday Plaza) : 012-7340955
Mount Austin (sebaris Chatime ) : 012-7640955
Nusa Bestari ( sebaris Old Town) : 012-7077955

Terma & Syarat :
* Hanya untuk pelanggan baru.
* Setiap seorang pelanggan hanya boleh menikmati sekali rawatan sahaja.
* Juruterapi akan menghubungi korang untuk membuat temujanji.

Untuk info lanjut, meh klik di https://www.facebook.com/idosexpress

So apa lagi, weekend ni boleh pi ek..






Thursday, September 3, 2015

Berkelah Di Bagan Lalang Beach, Sepang

Hi Korang,

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran..
Kau lari aku mengejar di antara debu rindu
Kita berduaaaaaaaa.....

Ewah kemain ek, bila pi pantai je mesti ingat lagu ni punye lah kan

sayup je nampak Avani Gold Coast Sepang tu ek

Ok project picnic ni memang tak plan langsung.

Walaupun jadi weekend wife ni, hidup tak tentu arah. Sekejap ke timur, sekejap ke barat, sekejap ke utara, kejap ke selatan sampai kengkawan aku ni cakap aku ni ada kuasa halimunan yang boleh travel sana sini ek. Ishkk melampau sungguh tuduhan itu...

Aku balik khamis malam lepas, terus Mr Big ajak pi beli barang-barang. Tak bawak apa pun, just ayam yang siap marinate, kentang untuk rebus dan sweet potato, jadilah daripada tak de. Barang-barang untuk BBQ memang dah standby ada so not too worry.

Tak jem pun nak ke Bagan Lalang pagi sabtu tuh, may be orang ramai duk turun KL sebab piket BERSIH4.0 agaknya, alah aku bukan kisah pun hal duniawi tu ek tak penting tu semua.

ni baru sebahagian barang-barang makan ek

mr BIg duk sibuk hidupkan dapur yang satu lagi ni

ais beli kat lori ais yang lalu lalang ni, senang

Sesampai spot yang biasa ktorang stay tu still kosong lagi. Hah terus keluarkan barang-barang selori tuh, bentang tikar, pasang khemah, keluarkan barang-barang makan ermm rasa macam Belanda dapat tanah la kan, ktorang yang duk conquer area tu je hahahaha

chicken wing tengah masak

tengok si Aakif ni pun makan gak

lamb ooo sedappp

Lepas dah siap masak dan makan bagai, ingatkan nak mandi laut ermm rupanya air belum pasang lagi, so berjalanlah aku sampai ke hujung pantai tu sekali. 

air belum pasang lagi



nampak betapa kuatnya angin time ni

Sayu je mata memandang, jauh wei berjalan tengah panas-panas tuh. Balik ke khemah terus je tidur dengan si budak Aakif ni ek. 


si terboba muka Aakif ni kan, senyum sket Kif

hah baru nak senyum ek

Petang sket bila air mula pasang, baru celup-celup badan main-main air dengan mandikan sekali Aakif ni, ingatkan dia takut air ermm hampeh. Lepas dudukkan dia dalam air terus tak nak bangun kan.. Biasalah bebudak pun kan..

Dah dekat nak maghrib gituh baru ktorang kuar dari Bagan Lalang tuh,.. Kengkonon nak tunggu sunset ermm terus terlupa sebab dek sibuk packing barang ek.

geng makan ais krim

Sekali sekala dapat lepak cam ne dengan family memang seronok ek...



Tuesday, September 1, 2015

Pembukaan Nelyz Couture Boutique Di The Strand Damansara

Hi Korang,

Hari tuh aku ada bagitau pasal grand opening Nelyz Couture Boutique kan? Hah yang tu lah. So sabtu lepas, majlis pembukaan butik pakaian muslimah tersebut di jayakan dengan kehadiran para media dan bloggers yang cukup happening. 


Jomlah tengok apa yang menarik pada petang tu ek.




Of courselah selepas je pendaftaran media, lepak-lepak dulu mingle around dengan owner Nelyz Couture dan para media yang lainnya sambil merasai hidangan minum petang yang sedap kan.

Ok sebelum tuh, meh intai beberapa koleksi jubah dan aksesori lain di Nelyz Couture Boutique ni ek







Sessi peragaan busana muslimah






Kemain cantik lagi koleksi jubbah diorang ni, sampai aku pun rasa cam tergoda nak beli kan.


Kemudian ada sessi perkongsian mengenai Gaza daripada artis jemputan iaitu Heliza Helmi.


Nampak! Tengok gambar-gambar dah boleh rasa kemeriahannya kan


Terima kasih diucapkan kepada owner Nelyz Couture Boutique kerana sudi menjemput kami dan juga blogger Ayu yang menyusun segala arrangement bagi kami para blogger ni kan.


Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram: @nelyz_couture 

Facebook page: nelyz couture

Official Website: www.nelyzcouture.com


Notes: