Cuba tengok tapak kaki korang sekarang ni? Ermm pepaham jelah.
Merekah dan pecah-pecah, betul tak? Kalau tumit kaki korang cantik lagi, eee pandainya jaga kaki. Aku memang tak reti nak jaga kaki, kalau dah asyik tuh berjalan kehulu kehilir mengemaas rumah, masak,, basuh lantai, mop lantai bagai kan.
Bila SCHOLL memperkenalkan
Velvet Smooth Express Pedi ni aku cam excited nak mencuba. Dahlah aku ni tak de masa nak buat manicure pedicure kan, so dengan adanya alat ni rasanya boleh menolong masalah aku ni kot. Hehehehe
Untung dapat jemputan ke media launch baru-baru ni sebelum raya. So kat sini diorang cerita serba sedikit mengenai alat pedicure express ni.
Selaku pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki, Scholl pada hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Dikenali sebagai
Velvet Smooth Express Pedi, alat elektronik yang ringkas dan berguna ini direka mudah digunakan. Jadi, sesiapa sahaja boleh memilik kaki yang cantik serta lembut dengan mudah dan pantas di rumah masing-masing.
Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang sama atau lebih baik daripada sesi spa kaki profesional. Malahan, selepas setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.
“Scholl percaya bahawa kecantikan bermula dari kaki anda. Menerusi penambahan Scholl Velvet Smooth Express Pedi ke dalam rangkaian produk penjagaan kaki kami, kini kami membawakan pengalaman spa kaki dalam masa hanya tiga minit dengan kemudahan dan keselesaan di rumah.” jelas Pengurus Besar, Malaysia dan Singapura, Hina Nagarajan. “Maksudnya, mendapatkan kaki yang cantik bukan lagi satu kemewahan dan ia boleh dinikmati oleh semua orang sekarang.”
Abis je presentation, terus aku pi mencuba. Not bad jugak. Sekejap je dah siap dengan dipakaikan krim pelembut kaki sekali lagi tau. Suker suker. Memang rasa licin je tapak kaki terutama sekali tumit kaki.
Dapat plak bawak balik SCHOLL Velvet Smooth Express Pedi ke rumah. Apa lagi moh cuba sendiri gak lah.
Cara-cara menggunakannya
1. Keluarkan penutup penggelek sebelum menggunakannya.
2. Pastikan penggelek dimasukkan dengan betul. Jangan gunakannya tanpa memasang penggelek terlebih dahulu.
3. Hidupkan unit dengan memusing gegelung berwarna perak ke sebelah kiri. Kemudian luncurkan penggelek di atas kulit kasar dan kulit mati akan mengelupas sedikit demi sedikit.
4. Gunakan di atas kulit yang kasar. Jangan tekan terlalu kuat atau unit akan berhenti berpusing.
5. Matikan unit dan periksa sama ada anda telah mendapat kelembutan kulit yang diidamkan. Jika belum, ulang langkah sama sehingga tahap kelicinan kulit diperolehi.
Amaran: Jangan gunakan di tempat sama lebih dari tiga hingga empat saat pada satu-satu masa. Berhenti jika kulit terasa pedih atau merah.
6. Matikan unit dengan memusing gegelung berwarna perak ke arah kanan.
7. Kesat atau bilas kaki untuk menghilangkan partikel kulit yang telah mati.
8. Keringkan kaki sepenuhnya.
9. Sapu pelembab dan gosok perlahan-lahan ke atas kaki anda yang licin itu!
La senang bangat seh. Bila-bila aje boleh digunakan. Ada je free time, apa lagi mari menggelek la. Memang tumit kaki licin dibuatnya. Lembut je plak bahagian tuh.
Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90. Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki.
Nanti-nanti, ada promosi RM10 discount bermula dari 1 Ogos 2014. Baik beli sekarang ek.
Kalau korang rasa-rasa nak cuba dulu sebelum beli, apa kata korang ke roadshow Scholl Velvet Smooth Express Pedi baharu boleh mengunjungi pusat membeli belah One Utama (Concourse, Old Wing diluar Watsons) pada 6 - 10 Ogos 2014 bermula 10.30am hingga 9.30pm.