Tuesday, November 8, 2011

Kulit Macam Porcelain Dengan Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse

Hi Korang,

Aku memang ada pakai BB cream but tak selalu lah sebab dia nampak cam creamy bila kat muka kan. So bila ada function ke outing ke then baru aku pakai. Nampak memang licin muka dan cam berminyak gak lah. Mana tak nya, kulit dah berminyak di tambah lagi cream yang berminyak kan, jawabnya leh goreng telur ek.


So sekali lagi Maybeline New York mengeluarkan lagi produk terbaru untuk BB cream ini iaitu Maybeline New York Pure minerals BB Mousse


Memang betul, BB cream dalam bentuk mousse. Selalunya kita jumpa dalam bentuk liquid je kan. Liquid ni nampak berat sket dan cam susah sket nak balancekan kat muka kan. BB Mousse ni plak ianya ringan dan mudah di sapu kat muka especially bagi korang yang baru first time pakai make-up kan.


Bila dah mula pakai BB Mousse ni, rasanya cam ada perubahan sket. Di antaranya ialah :-
  1. Instant poreless-looking skin
  2. Shine-free and fresh
  3. Reduced dullness
  4. Hydration
  5. Natural radiance
  6. soft and supple skin
  7. Lasts all day
  8. SPF30/PA+++ UV protection
Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 


Korang boleh dapatkan BB Mousse ni di memana supermarket dan juga farmasi di seluruh negara dengan harga RM54.90. Bunyi cam mahalkan but tahan lama tau.

Monday, November 7, 2011

Kerana Sepotong Ikan

Hi Korang,

Semalam aku tengok berita TV3 ni, diorg ada cover citer pasal seekor kucing ni. Nama kucing ni Hero. Kecian bila aku tengok pasal Si Hero ni. Rupanya kerana dia cuba mencuri sepotong ikan di sebuah kedai makan, tuan punya kedai tu terus potong kakinya dibahagian hadapan tuh.

Meh tengok video kisah Hero ni


Masa tengok berita ni, menitik air mata mak aku tengok nasib Hero ni. Nasib baik ada orang sudi nak bela dia kan. So terima kasih Hairy Yahya or 'PapaHero' kerana menjaga Si Hero ni.

Aku berdoa lah agar orang yang buat Si Hero ni terima pembalasannya.

Aminnn...






Friday, November 4, 2011

Nak Join Contest Gadget Impian

Hi Korang,

Siapa yang tak de Gadget Impian? Semua orang mesti ada punya lah. Even ayah aku tu duk sibuk tanya dah BB tu ape? Hah ko BB ok! aku pun tak payah BB dia dah tanya dah plak. Ini tak boleh jadi nie, haruslah aku berusaha mendapatkan gadget impian aku kan



Of courselah IPAD 2

Senang sket nak update blog kan. Kat memana pun boleh, dalam jamban pun boleh gak tau.

So justru itu, bro denaihati sedang mengadakan contest Gadget Impian ni. Aku haruslah tak lepaskan peluang kan, mesti lah join. Segala syarat2 ada kat entri ni. Klik tau. Kalau korang nak join pun boleh. Tarikh tutup pendaftaran contest Gadget Impian pada 11.59pm, 9/11/2011.

Contest Gadget Impian Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.net, eQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti dan Serverfreak.

Mehlah join ek..