Monday, September 5, 2011

Email Yang Mengembirakan

Hi Korang,

Pepagi isnin ni elok aku citer yang sempoi2 je. Yelah semua orang baru je naik cuti raya kan mesti mood2 malas keje + monday blues kan. Citer yang berat2 kang, terus jem otak korang kan. hehehehhehehe

Tak de apa lah kan, cuma nak bagi tau aku dapat email yang cukup mengembirakan lah.


Hah, ko aku dapat Oreo supply untuk setahun. Oit banyak tu kan. 10 kotak tuh. Dah pi amik pun Jumaat lepas. Penat memikulnya guna troli.

Anyway, aku dah allocate sket untuk geng tali barut dan geng blogger yang lelain tau. So sesiapa yang bertuah tu, korang tunggu jelah. Nak buat contest, malas lah nanti jadi cam nie plak kan. 

Rezeki, mestilah kena share dengan orang2 yang tersayang cam korang kan.

P/S : nanti aku tunjuk gambo ek...

Sunday, September 4, 2011

Sunday Post : Rindu Nak Sarapan Kat Sini

Hi Korang,

Lepas2 raya nie, rasanya tekak aku mengidam nak makan memacam2 benda. Yelah sebulan tak makan benda2 favourite kan sebab puasa. So lepas raya ni kira cam nak balas dendam lah kan.

So ini adalah salah satu yang di idamkan


Breakfast kat Mc Donalds. Apa macam, besar kan selera aku nie. Last aku makan Mc D punya breakfast lebih kurang 2 bulan lebih cam tu lah. Rindu nak makan big breakfastnya especially pan cake kan.

So hopefully dapatlah lepak kat sini dalam 2-3 hari terdekat nie. Rasanya dah merembas air liur ni kan, bila tengok iklan Mc D kat tv tuh.

Anyway,

Happy Sunday Korang...

Saturday, September 3, 2011

Dapat 2 Invitation Tapi...

Hi Korang,

Pepagi sabtu ni korang buat apa ek? Tak jalan raya ke? hehehehhe. Aku may be balik umah M.I.L kot. Raya sana plak. Walaupun kat Setiawangsa je but balik jugak lah kan.

Malam tadi barulah sepenuhnya dapat check email, tup tup aku terpandang 2 invitation nie.

Premiere Screening Of Contagion

Premiere Screening Of Apollo 18

Aduh cam ne aku boleh tak perasan ni ek. Ishk rugi betul lah. Aku nak tengok sangat citer Apollo 18 nie. Selalunya aku alert je pasal movie screening nie.. 

Tak perlah, nak buat cam ne. Bagi chance orang lain plak lah. Asyik2 aku je kan akhakahkahkhak


Btw korang, mintak tolong Vote aku ek untuk MSS 2011. Click je kat link bawah nie.



TQ so much tau... Kalau ada rezeki dapatlah korang something dari aku ek...

hehehehhehe...