Monday, July 4, 2011

Thank You Nuffnang & CityGolf, Kitaorang Dapat BMW X5

Hi Korang,



Thank you to Nuffnang and Citygolf kerana ktorg berdua menang BMW X5. Ermm gempak kan. La memang betul ktorg menang.

Tak caya, ni lah


Betul kan, aku tak tipu. Menang kitorg menang replika BMW X5 tapi ktorg juga dapat test drive BWW selama 3 hari over the weekend. Yang best tu ktorg boleh pilih BMW yang menjadi idaman kalbu di showroom nanti.


Nie gara-gara hayunan club mr Big yang paling terdekat dengan lubang golf tu kan. Nak harapkan aku.. erm hancuss but aku dapat no. 3 dalam main Dart. Ermm hebat kan.


So terima kasih sekali lagi ktorg ucapkan kat Nuffnang coz pilih ktorg ke sport carnival ni dan jugak Citygolf yang happening.

Will update later pasal event ni lagi tau. Skrg ni tengah sibuk buat sponsored post plak. Esoknya nak pi Penang ada keje. Aduh boleh patah riuk badan aku ni lah...hehehehhehe...

Sunday, July 3, 2011

Sunday Post : Mari Menjaga Hati

Hi Korang,

Nak ajak korang pi menjaga hati. Baca ni


Yelah dah tua-tua ni, mesti lah nak jaga hati kan bukan setakat emosi je but fizikal pun kena gak. Mana tau hati terbelah dua nanti plak kan.

Nanti aku update pasal event ni ek..

Saturday, July 2, 2011

Supper Dengan Celup-Celup @Downtown Cheras

Morning Korang,

Malam tadi sebab tak de benda nak buat ktorg pi jejalan ke Downtown Cheras. Ala bukan nak beli apa pun sekadar nak cuci mata je. Awal jugak ktorg sampai dalam kul 10 lebih cam tu but parking punyalah payah coz jalan tu tengah construction kan.

Once dapat je parking, jauh jugak lah kan. Terus berjalan ke area pasar malam tuh. Downtown ni sama beso dengan Uptown Danau Kota. Memacam benda ada jual kat downtown nie. Aku? tak beli apa-apa pun just jejalan je. Ingatkan urut kaki but ramai plak orang kan. So tak yahlah.

Abis je tawaf, ktorg duk lepak kat gerai tepi2 jalan area ni kan. Majoriti semua jual celup-celup dan sate ikan. Ermm favourite mrBig ni. Dia yang duk pilih apa nak makan. Aku duduk jelah.

La korang tak tau Celup-celup tu apa?


Actually dia macam steamboat jugak lah but makanan tu dicucuk kat lidi di buat macam sate gitu. Memacam pilihan ada spt sayur, telur puyuh, fishball craball prawnball pelbagai colour dan memacam lagi lah. Once kita celup dalam air panas yang diorg dah sediakan sekejap then curah kuah or sos pelbagai rasa yang di sediakan. Harga plak ikut apa yang korang pilih lah. Ada yang RM1.00 ada 80sen. Ermm kenyang makan ni as supper. Plus berkhasiat jugak tu kan. Yelah rebus2 gitu.

Kalau korang nak makan celup-celup ni jarang jual kat dalam shopping complex. Selalunya kat tepi2 jalan cam tu lah. If korang don't mind about location kan, why not pi cuba try sekali-sekala kan.

Happy Weekend Korang..