Friday, May 27, 2011

Muhasabah Diri

Salam Jumaat Korang,

Semalam kan aku seorang diri je kat umah. So dalam masa sengsorang tu aku banyak berfikir dari segala benda, segi, aspek pasal diri aku sepanjang 32 tahun aku hidup ni kan. Di antara:-



Rezeki sentiasa datang bergolek
Ermm lately banyak jugak rezeki yang datang kat aku. Walaupun sket but rezeki jugak kan daripada orang yang tak de tu kan.

Partner yang memahami
Kekadang aku geram jugak dengan perangai  si dia tu kan but bila fikir2 balik, mr Big tak pernah nak bising kalau aku nak keluar dengan kengkawan aku walaupun dia ada kat umah time tuh. Dia beri kebebasan yang sewajarnya

Family yang sentiasa sayang kat aku
Walaupun aku dalam susah ke senang ke diaorg nie semua bersusah payah untuk menolong aku tak kiralah apa pun kan.

Sesungguhnya aku memang amat2 bersyukur dengan apa yang di limpahkan kepada aku samada baik ataupun buruk.

Thursday, May 26, 2011

Sendiri Di Malam Jumaat

Hi Korang,

Ermm aku sendiri kat umah ni untuk malam ni. Mr Big may be tak balik coz dia ada dinner then dia terus balik umah omak dio.

Di sebabkan aku pun baru je balik dari Maybeline Event petang tadi so tak berapa lapo sangat nak makan kan but makan tetap kena makan kan so aku beli nie untuk peneman perut aku kan.


Aku tak tau ini pilihan yang salah untuk makan memalam kan but i like it. Mee goreng tu memang sedap tapi aku makan sket je selebihnya aku bedal ice cream coklat ni kan.


Masyuk sungguh. Memang enjoy sambil makan semangkuk ice cream tengok tv. Layan lah sebab tak de orang kacau pun kan.

Tapi terasa sunyi bila Mr Big tak de kat umah nie. Yelah kalau tak time-time sekarang ni bilik entertainment tu bukan main bising lagi sebab dia sibuk main PS 2 game sambil melalak berkaraoke kat you tube.

Ermm sunyilah rasanya..

Mr Big Tunjuk Skill Memasaknya

Hi Korang,

Hari tuh dengan tak semena-mena nya aku blur dah tak tau nak masak apa kan. Puaslah bukak katup pintu fridge tu untuk dengan apa barang yang tinggal. Last-last aku duk termenung sambil cakap dengan Mr Big makan luar jelah hari tuh.


Mr Big ni plak bila dah balik malas nak kuar2 rumah lagi kan. Dia bangun terus ke dapur. Memula dia pi masak nasi dulu. Aku tanya nak masak apa. Dia cakap surprise. Dia suruh aku duk je diam2 jangan tanya apa pun.



Dia amik bawang putih then hiris halus2. Kemudian bila nasi dah masak, dia cepat2 sejuk kan dulu. Ooo nak buat nasi goreng rupanya. Bila nasi dah sejuk, terus je dia panaskan kuali.

Tumis bawang putih dulu.

Masuk telur plak

Masukkan nasi


Memula tumis bawang putih tu dulu. Sampai hangus2 hitam ko dia buat. Kemudian dia pecahkan telur. Godak punya godak, then letak garam sket.  Bila dan memacam bau timbul terus je dia masukkan nasi dengan letak kicap sket.


Automatik bau hangus hangit tu hilang tup tup datang bau wangi plak. Dia gaul kan nasi tu tadi sampai sebati. Then baru dia cakap inilah dia Nasi Goreng Orang Bujang. Dia cakap masa dia bujang2 dulu, inilah yang selalu dia masak. Senang, mudah dan menyenyangkan.

Yang best tu, siap hidang dengan ice lemon tea sekali okeh.. Impress jugaklah aku dengan dia kan.

Anyway, sekali sekala si suami tolong masakkan untuk isteri ok gak kan, dapatlah ringankan sket beban kerjarumah kan, tapi jangan lah tiap2 hari. Melampau kan.

Hehehhehehehhe chaos..