Tuesday, December 29, 2009

IceCream Float Coktail

Cuba bayangkan tengah panas2 nie dapat makan ice-cream float coktail.
Ermm lazatnya..

Nak buat? ala senangnya. hah cepat2 amik pen dgn kertas, salin cepat.


Bahan-Bahan : korang tengoklah gambar nie. Ice-cream,vanila coke, fruit coktail


Memula cari satu cawan yang besar untuk korang gunakan. Tengoklah cawan nie, macam modelnya jugak.


Bukak fruit coktail tu, then masuk kan kedalam cawan. Ikut suka, nak banyak ke nak sket ke kan.


Kemudian, tuangkan vanila coke dalam cawan tu, ikut suka gak


Pas tu, cedok ice-cream ke dalam cawan tau.


Kacau-kacau kan sesukaati


Then di makan & diminum seperti biasa.

Terima kasih kepada mr Big kerana sudi menjadi model dan juga menyediakan bahan2 sekali. Masa nie kat umah bondaku, dia haus sangat petang sampai sanggup pegi kedai mencari bahan2 nie. Aku tukang jadi reporter je.

Sekian dari dapur cik noriah kite.

p/s: memang sedap pun, very cooling!!

Kellog Special K, untuk Kesihatan Anda


Sekarang breakfast, aku cuba amalkan makan ni. Bile baca kat kotak, khasiatnye cam best je.



So kenalah makan dengan susu coklat sebab aku tak minum susu putih.


Bukan ape, sebab nak kurus sket lah. Ari tu masa 1 wk cuti naik 4 kg ooo.. gilors.

Terus panik kejap aku. Mampus lah cam ni, tak boleh nak bercuti lah coz cuti kali nie penuh dengan agenda makan2 je. Memane pegi pun asyik makan je dalam kepala otak aku nie.

Lagipun aku nak menyahut cabaran Mr Touyakaruma nie, untuk turunkan berat badan.

p/s : boleh ke aku turun 20 kg nie, uish uish uish... kene gelak dgn mr Big ade lah

Monday, December 28, 2009

Betul ke Alvin & The Chipmunks di Mines?


ermm kenaper? tak caye ke..


Korang tgkla sendiri, live tau dari Mines Shopping Centre last week.

Cadangnya nak jalan2 petang tu ke Mines sambil cuci2 mata sket tapi tak sangka plak, bile sampai sane baru nampak diorg tengah perform. Apalagi cepat2 amik gambo sambil berjalan. Berjalan? biar betul aku nie. Ha ah memang betul pun, sebab aku tak de spot nak berhenti amik gambo. Kawasan lobby mall nie penuh dengan orang. Sampai tingkat 3 pun still ramai orang lagi nak tengok diorg nie perform. Especially kids lah kan. Orang tua pun ramai gak yang sibuk2 amik gambo dan aku lah salah sorang daripadanya.

Then tetiba mr Big cakap,

mr Big : Jom amik gambo dengan diorg. I tau u suke kan.
me : Uik.. biar betul. Bole ke?
mr Big : Boleh la coz kite dah shopping lebih RM60 tu yg dapat pass utk amik gambo dgn diorg nie.
me : Nak nak.. jom cepat
mr Big : cam bebudak betul la.


So ktorg pun pegilah ke Information Counter, rupanye mr Big tadi beli barang pakai PB debit card, sebab tu ktorg leh dapat pass amik gambo tu.


Lepas beratur panjang2 yang orang berduyun ramai kat situ, dapatlah gak ktorg bergambar dgn Alvin & The Chipmunk. Rupanya diorg nie perform sempena film Alvin & The Chipmunk2 nak keluar kat cinema sempena Christmas nie.

p/s : sebijik cam bebudak kan?