Wednesday, February 26, 2014

MR. DAKGALBI, Korean FOOD Yang Sememangnya Enak


Hi Korang,

p/s : Mr Dakgalbi dah berpindah dari outlet Bukit Bintang ni, now sekarang di Solaris Mont Kiara, Citta Mall, Setia City Mall, ioi City Mall, Sri Petaling, Setapak PV 128, Publika dan Tropicana City Mall (dated 1/1/2017)

Aku tau ramai yang kaki K-Pop baca blog aku ni kan.


Well I can see the patterns here especially biler citer bab Running Man, Super Junior, KARA dan memacam lagilah yang dating Korea. Memang ramai peminat kan.


How about Korean Food?

Meh sini aku citer pasal Restoran Mr Dakgalbi yang aku sempat terjah last week.

Mr Dakgalbi ni merupakan restoran makanan Korea yang specialize dalam menghidangkan pan grilled chicken. Alah masak-masak dalam kuali yang besar tuh, masak depan customer lagi tau. Lagi real coz kita boleh tengok secara LIVE apa yang diorang masak.


Bahan utama yang digunakan di dalam semua hidangan di sini menggunakan Chili Powder yang di import khas dari Korea. Di antara kelebihan menggunakan ‘Chili Powder’ special ni adalah:-

1. Sangat membantu dalam mencegah skin aging

2. Boleh kurangkan lemak di dalam badan

3. Sedikit Vitamin A, B & C dapat mengurangkan stress, biasalah spicy food kan

Wow, terbaik kan.



Ok meh kita tengok apa yang Chef John hidangkan untuk ktorang pada malam tuh.

Di sebabkan diorang ni akan masak dengan ktorang so meh lihat apa bahan-bahan yang akan di masak sekali nanti ek.

Ada



1. Chicken 닭(Dak)
Dakgalbi (닭갈비) maknanya chicken ribs in Korean, tapi kat Mr Dakgalbi, diorang guna chicken thigh instead. 

2. Rice Cake 떡(Ddok)
3. Sliced Cabbage
4. Onion
5. Sweet Potato
6. Scallions





Set ini ada hidangan family set meal untuk 4 orang, so portion ni memang sangat besar dan banyak. So kacau-kacau je sampai masak tapi bukan kacau sebarang ye ada skill ok.




So inilah hasilnya, jemput makan ye korang.






Now kite ke next dish. Ada lebihan bahan-bahan dalam kuali tuh kan, so Chef An tambahkan nasi berserta cheese dan dikacau sekali bersama bahan lagi sehingga masak. Kira macam masak nasi goreng gituh lah.

Kacau kacau dan kacau sehingga masak.

Nampak tak cheese lelehnya kuar, terbaek ooo



Inilah dia PIZZA RICE




Last but not least Mr John hidangkan ktorang dengan Jangban Noodles (Spicy Buckwheat Noodles) sebagai hidangan terakhir. Ianya merupakan hidangan sejuk yang separa pedas, pelik tapi benar. Nampak cam biasa-biasa je but noodles tu sangat sejuk makan ktorang makan. Just gaul-gaul lagi kesemua bahan dalam pinggan dan makan.

comel kan shaun ni, youtubers tuh..


Selain daripada makan, ktorang ada pelbagai aktiviti sementara nak tunggu makanan masak. Ada Creative and best Instagram caption, twitter marathon. Letih gak menekan-menekan keyboard tepon ni. Alah sesuka je for fun, tak menang pun.

camwhore time


kyushuk amik gambo




kacau jangan tak kacau

Dari segi harga plak, not bad lah. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah pun. Dalam KL mana ada yang murah lagi dah wei, semuanya mengikut harga pasar. Tu pi check kat menu yang aku dah attach ni ek




Korang yang interested nak cuba makanan special ni dari Korea bolehlah check it out kat


MR. DAKGALBI

Halal : YES




Rasanya memang pi lagi, bawak Mr Big plak coz hari tuh kan single invite so must probally weekend ni kot.

Unik sangat tau!


Tuesday, February 25, 2014

Deko Makanan Dengan POP CHEF


Hi Korang,

Aku beli POP CHEF ni thru internet.


Tapi tak ingat website mana, rasa kat FB online shop kot.

Pop Chef ni merupakan alat untuk mendeko makanan untuk menambahkan selera terutama sekali pada kanak-kanak. Aku ni pun beli suka-suka je

Tengoklah aku dah cuba pun hari tuh.


Try buat kat buah dulu tengok jadi ke tak. Ini aku cuba buat kat buah tembikai susu.

Hasilnya


Aku pilih bentuk bulat so jadi cam tu la.

Tengok aku buat kat tembikai ni plak

bentuk love, nak kasi Mr Big makan mestilah dengan kasih sayang kan



Comel kan


Sayang plak nak buang kulitnya, ok ok amik gambar dulu ek.

Ok itu baru experimen yang pertama, nanti aku nak cuba plak buat kat makanan lain ek.

Kalau korang nak beli, cuba search kat internet for sure ada je yang jual Pop Chef ni ek.

Time rajin boleh lah buat, tiba time malas, terus je ngap!




Bila Air Kena Catu Di Selangor

Hi Korang,

Dari tengahari semalam dah heboh pasal pengumuman MB Selangor pasal catuan air di Selangor ini. 

Bila aku balik petang semalam, mak oi kedai 2 ringgit penuh dengan orang yang sibuk beli tong air. Ermm kes parah ni.


Sampai je rumah terus tadah air, penuhkan segala tong-tong yang ada.

Walaupun berdua je kat umah ni tapi penggunaan air memang maha hebatnya. Aku kang pegang kucing sket kang nak basuh tangan, siram pokok lagi, pakai krim-krim kang kena basuh tangan lepas tuh. Itu baru aku belum lagi Mr Big kan.

Ermm 2 hari ada air dan 2 hari tak de air.


Boleh pening di buatnya. Yelah ko balik nak masak lagi, nak basuh baju, nak bersihkan sangkar kucing macam-macam lah. Nasib baik ada 2 bilik air, so bilik air belakang tu aku tadah air bebanyak. Air untuk masak standby kat dapur. 

Ini baru ktorang berdua.

Bayangkan family yang ramai, nak tadah air untuk anak, untuk isteri nak guna kat dapur, dengan sendiri punya usage kan. Jawabnya mau ada yang tak mandi pi office kan coz nak bagi anak-anak selesa. 

Kalau setakat 1-2 minggu ok gak lah. Ini dengar citer at least boleh sampai end of March. Boleh kering kontang dibuatnya

Aduiyai masak cam ni wei!