Monday, July 3, 2017

Cik Lily Putih Beraya Sederhana Tahun 2017 Ni

Hi Korang,

Aku tak de beria-ria pun untuk raya 2017 ni semuanya serba serbi sederhana je. May be sebab faktor usia kot so malas nak sambut ye ye ooo sangatlah

Baju raya 1-2 pasang je yang lelain pakai jubah yang beli masa pi umrah hari tuh, kuih raya beli untuk makan sendiri, ada yang orang bagi, deko rumah just tukar langsir yang sedia ada je, duit raya memang dah lama tukar, duit bagi mak untuk persiapan raya ermm dah bagi masa awal bulan puasa hari tuh. So memang tak de apa sangatlah.

Sederhana sangatlah

Hari pertama, beraya dengan mama

yang penting ada kuah lodeh dan rendang tuh ek

kami sekeluarga

Raya tahun ni beraya rumah mama dulu, so raya di Shah Alam dulu. Kemudian ke PD pulak untuk berkumpul dengan family lelain di banglo yang kitaorang sewa beramai-ramai. So malam tuh selain dari makan lauk pauk raya adan jugak BBQ food. 

beraya di rumah uncle tun

sugar glider pun beraya jugak 

lepak minum kopi kat swimming pool

comey je swimming poolnya

dengan biras

Hah makan makan dan makan lagi. Best jugak banglo tuh ada swimming pool dan jakuzi sekali, haruslah berendam sekejap hahahaha

Hari kedua pulak, beraya di rumah papa pulak (apak Mr Big)

comey kan hehehhe, tak colour sedondon tapi warna-warna tanah je

Still aktiviti makan-makan lagi beramai-ramai dengan orang datang beraya silih berganti kat rumah Rembau ni. Dah petang tuh baru dapat bergambar sekeluarga, memacam gaya ada yang penting semuanya happy. 


adik beradik pompuan


Malam tuh orang datang beraya lagi sampai ke tengah malam. Cuma aku tak paham kenapa nak beraya sampai ke tengah malam, tak tau ke rumah tuh ada budak kecik ramai even yang baru lahir pun hado dengan hujan lebatnya sebelum so of course tuan rumah nak berehat kan tapi orang-orang ni macam tak paham bahasa pulak, memang raya setahun sekali tapi waktu siang kan banyak. Habis je orang balik, kitaorang pun terus keluar dan check in hotel sebab umah apak bilik semua penuh. 

Hari ketiga, tak beraya ke mana pun

anak sedara saya yang kemain nakal sekarang ni

seronok pulak main IG story app ni ek

Lepas breakfast lepak-lepak kejap then terus balik umah. Sampai rumah apalagi housekeeping pun bermula. Bersihkan tempat DakUban, kemas dapur, basuh baju dan masak simple-simple je.

Hari keempat, balik Melaka

my cousin, sebaya tapi anak dia dah nak amik SPM tahun ni... jelesss

Mr Big tak ikut pun sebab dia dah mula kerja dan lagipulak aku balik tuh sebab nak ke Terengganu menghantar cousin aku bernikah. Once aku sampai je rumah mak terus ada je orang datang beraya, hahahaha kemain ramai lagi silih berganti jugak. Dah macam rumah YB pun hado, semua datang melawat ayah aku, yelah dia tak berapa sihat sejak operation mata dulu tuh. Sedara mara, kengkawan ayah, jiran ktorang masa duduk Polis Depoh kat JB dulu semua datang melawat. Seronoklah dapat jumpa diorang ni. 


Ok nanti aku cerita pasal wedding cousin aku di Terengganu tu ek, yelah hari ni dah mula busy dengan kerja ooo

Dahhh nanti sambung



CikLilyPutih

Wednesday, June 28, 2017

Santan Ayam Brand™ Boleh Masak Apa Jua Jenis Makanan Berkhasiat

Hi Korang,


Bagaimana anda hendak membuatkan hidangan nasi lemak lebih sedap, kari kepala ikan lebih berkrim dan smoothie lebih sihat untuk dinikmati oleh mereka yang tersayang? Santan ialah jawapannya. 

Santan telah menjadi sebahagian daripada masakan rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India, malah Peranakan selama berdekad-dekad lamanya. Ianya juga semakin di terima di negara Barat. 


Perkenalkan dengan rangkaian produk makanan dalam tin yang berkualiti tinggi, tanpa bahan awet, tiada MSG, sihat dan mudah, Ayam Brand sememangnya menjadi jenama pilihan isi rumah di Malaysia serta rantau Asia Tenggara. Ayam Brand juga menawarkan santan kelapa yang sedap dan berkhasiat di dalam pek mudah untuk berdekad-dekad lamanya. 

Ayam Brand™ Coconut Milk diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu. 

Manfaat Nutrisi

Lemak tepu yang ada di dalam santan sebenarnya berkhasiat kerana apabila ia diambil dalam jumlah sederhana bersama diet yang sihat, ia mampu memberi kesan positif kepada pengguna. 

Lemak tepu di dalam santan terdiri daripada asid laurik dan rantaian sederhana asid lemak (MCT) yang membuatkan tubuh kita lebih senang untuk memetabolisme[1], berbanding rantaian asid lemak yang panjang.

Tubuh kita akan memecahkan lemak santan menjadi monolaurin, satu kompaun yang mengandungi elemen antivirus dan antibakteria. Ini menjadikan santan sebagai satu sumber imunisasi tubuh.

Berdasarkan kajian profesor dan pengamal anti-penuaan dari Rawatan Kawalan Penuaan, Profesor Takuji Shirasawa, lemak santan memberikan tubuh kita nutrien dan tenaga. Pada masa sama meningkatkan penyerapan vitamin-vitamin yang terlarutkan lemak (A, D, E dan K), serta mineral (kalsium, magnesium dan zat besi)[2].

Santan adalah bebas laktosa dan boleh menggantikan produk tenusu dengan mudah untuk mereka yang mempunyai masalah pengambilan makanan berlaktosa. Ia juga menjadi pilihan popular dalam kalangan vegan[3].

Cadangan Penyediaan 


Memasak atau menyediakan makanan yang sihat dengan Ayam Brand™ Coconut Milk sememangnya mudah dan enak. Untuk penggunaan santan yang lebih moden, cuba Bubur Kuinoa dengan Buah-buahan Kering (Dried Fruit Quinoa Porridge). Ia bebas gluten. Jadi ia lebih mudah dihadam, kurang alergen dan tinggi kualiti proteinnya bersama antioksidan dan phytonutrient anti-radang. 

Bagi memuaskan selera anda terhadap sesuatu yang manis, hidangan Kelapa dan Chia Yoghurt Parfait Buah (Coconut and Chia Yoghurt Fruit Parfait) nyata pilihan lebih sihat. Kombinasi santan dan biji chia yang kaya dengan nutrien, menjadikannya pilihan terbaik untuk diambil sebelum atau selepas aktiviti bersukan. Ia juga satu pilihan sarapan yang sihat dan mudah untuk disediakan. 


Untuk meningkatkan stamina anda, cuba Ayam Brand™ Coconut Milk dengan Bubur Biji Chia (Ayam Brand™ Coconut Milk with Chia Seed Porridge). Ia padat dengan kesan enzim, mineral, vitamin dan asid amino yang mengandungi bahan-bahan antibakteria, antifungus dan antioksidan. Para atlet memanggil resepi ini sebagai ‘Liquid Gold’.


Untuk sesuatu yang mudah, isikan bekas minuman anda dengan Chocolate Banana Coconut Smoothie dan nikmatinya ketika sedang berjalan ke tempat kerja anda. Ia akan menyegarkan hari anda kerana koko mengandungi fenetilamina, satu neurotransmiter di dalam otak yang diketahui berfungsi untuk menaikkan mood dan antikemurungan yang bersifat semula jadi. 

Paleo Kale Smoothie berkait dengan ‘mencegah adalah lebih baik daripada mengubati’ kerana resepi ringkas ini mengandungi jumlah vitamin K, A dan C yang tinggi daripada Kale. Vitamin K penting untuk kesihatan jantung, tulang, pembekuan darah, menghalang kanser dan diabetes. Sementara vitamin A menyokong kesihatan kulit dan mata. Vitamin C pula meningkatkan ketahanan tubuh, metabolisme, memastikan kesihatan sendi terjaga dan mengekalkan penghidratan badan. 

Semua resepi ini boleh didapati di alam buku Food For The Brain, oleh Prof. Shirasawa. 


Ayam BrandTM Coconut Milk ditawarkan pada harga RM 10.28 untuk 1000ml (bersamaan dengan lima biji kelapa) yang sesuai untuk penyediaan makanan untuk keluarga besar atau memasak pada hari perayaan. Manakala pek 200ml pula berharga RM2.65 (bersamaan dengan sebiji kelapa). Santan nipis (Trim coconut milk) 200ml berharga RM2.54, sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan dan mahu membuat kari atau kuah yang sedikit cair. 

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di semua cawangan runcit seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati santan! 

[1] https://nutritionreview.org/2013/04/medium-chain-triglycerides-mcts/ 

[2] Professor Shirasawa, Food For The Brain, 54. 

[3] https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/ingredient-focus-coconut-milk







Dari 

Cik Lily Putih




Saturday, June 24, 2017

EVERSOFT™ Baharu – Pembersih Wajah lebih dari sekadar membersih

Hi Korang,

Samada anda seorang suri rumah, pelajar mahupun wanita bekerjaya; adakalanya anda akan tergesa-gesa meninggalkan rumah atau kembali ke bilik tidur setelah seharian di luar. Membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda menggunakan alat solek ataupun tidak. Membilas air semata-mata tidak mencukupi, kini Eversoft hadir dengan lebih manfaat untuk lebih kebaikan.


Produk ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk - EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral. 

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas. Pengguna kini boleh membersihkan wajah sambil menyegarkan kulit dan menanggalkan solekan. Pengguna juga boleh menikmati manfaat ekstrak organik Yuzu dan Tomato yang memberi khasiat serta melindungi wajah dengan cara yang selamat pada kulit.


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Anda hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!

EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

EVERSOFT™ yakin dengan keberkesanan produk pembersih muka ini bagi menanggalkan solekan jenis berkalis air dan sedang mengadakan kempen jaminan wang kembali 100% (100% Money Back Guarantee) bagi produk EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water. 


Pembersih dan pembersih dengan air EVERSOFT™ ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat, pada harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan. EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)* manakala EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak) dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara.

*Harga tertera termasuk 6% GST.





Dari

Cik Lily Putih